“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –
“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).
Ads
Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-
Sehari dua ini kecoh hal Carprise atau nama sebenarnya Aris Ramli yang cuba membuat pendedahan mengenai “beberapa masalah” dicetuskan oleh Ustaz Ebit Lew dan teamnya ketika memberi bantuan ke Gaza yang didakwa tidak disenangi oleh beberapa pihak di Palestin.
Ramai bertindak tidak menyokong caranya sementelah dia kini dilihat keseorangan di Mesir dan masih belum berjaya memasuki Gaza seperti dirancangnya. Dakwaannya dilihat “melawan arus” di mana ramai yang menyayangi Ustaz Ebit yang dilihat tidak pernah berkira memberi bantuan wang, makanan, peralatan dan lain-lain lagi bukan saja pada rakyat Malaysia tapi negara luar seperti Afrika dan terbaru Palestin. Sehingga semalam, Ustaz Ebit dalam penjelasannya mengakui agak sedih kerana niatnya hanyalah mahu menyebarkan kasih sayang tanpa mengira apa agama dan kedudukan tapi masih ada yang kurang senang.
Malah semalam juga, hal ini mendapat perhatian dari Ustaz Muhammad bin Abdullah yang sudah biasa mengikut misi memberi bantuan ke Palestin sejak dari tahun 2016 lagi. Bacalah perkongsian dari Ustaz Amin. Seperti katanya, tak perlu gaduh-gaduh, tenang-tenang sajalah. Soal nama kita disebut di dunia tidak penting, asalkan ia disebut di langit. Deepkan, ya itu yang kita harapkan, bukan disebut di dunia tapi di akhirat. Apa guna nama disebut di dunia tapi di langit, nama kita tidak disebut dan didoakan oleh para malaikat.
Baca perkongsiannya :-
Janganlah gaduh-gaduh, tenang-tenang sajalah
Saya ingin mengulas mengenai bantuan ke tanah barakah. Kerana ia bukan sahaja tanah yang unik, tetapi strategi untuk ke sana juga sangat unik.
Tahukah anda bahawa tempat ini adalah tempat yang paling banyak berlaku peperangan sejak beribu tahun dahulu.
Bermaksud, telah berlaku juga penghantaran bantuan sejak beribu tahun dahulu. Zaman Nabi Ibrahim dengan Namrud (1800 s.m) Perang Samsum al-Ghazi (1400 s.m) zaman Nabi Musa (1300s.m) Nabi Daud 1050 (s.m) Perang Nabuchadneezar (586 s.m) Perang Titos (70 m), Saidina Umar (637m) perang Salib (1187m) dan beribu lagi peperangan di tanah barakah ini. Sebab itu ia di sebut sebagai bumi syuhada’ sehingga hari kiamat.
Apakah anda rasa ketika Nabi Isa mengalahkan Dajjal di kawasan sini, tidak berlaku operasi penghantaran bantuan dan sokongan dari umat Islam satu dunia.
Dalam operasi bantuan ke tanah barakah ini, saya suka berpegang dengan hadith Nabi SAW, “hendaklah kamu sungguh-sungguh membantu dengan cara senyap-senyap”kenapa? Jika dihebohkan, musuh akan dapat tahu cara kita dan di kalangan orang Islam pun akan banyak salah sangka.
Cara bantuan secara makro dan mikro juga berbeza. Bantuan melalui Mesir atau dari Jerusalem pun berbeza. Bantuan ketika musim panas pun tak sama ketika musim sejuk. Dan kita pun tak akan dapat bantu semua orang, sesetengah tempat di bantu, di tempat satu lagi akan terasa kenapa tidak sampai kepada kami.
Untuk Solidariti tanah barakah ini, semua orang ada caranya tersendiri, dan ingat, tidak ada gading yang tidak retak,tidak ada misi yang tidak ada kelemahan.
Nasihat saya pada yang baru nak terlibat dengan bantuan ke sini, ia sangat unik dan tidak akan sama ke mana-mana tempat lain di dunia. Belajarlah dan rujuklah juga pada orang lama untuk kematangan di dalam bantuan ke sana. Belajar untuk sama-sama bekerjasama untuk matlamat yang satu. Soal nama kita disebut di dunia tidak penting, asalkan ia disebut di langit.
Dan ingatlah, setiap kali Ramadhan, setiap kali akan berlaku ketegangan di sini, jadi, jika tidak sempat tahun ini, bersedialah untuk tahun hadapan. Hanya lagi 10 bulan akan berlaku lagi ketegangan.
Tenang-tenang sajalah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Siapa sangka disaat dirinya baru mahu mengenali Islam, beliau diuji apabila suami tersayang dijemput Ilahi.
Namun itu bukanlah menjadi asbab untuk kembali ke agama asal. Bagi Mualaf, Nur Amira Ann Lee Abdullah, momen bersama arwah suami akan kekal terpahat diingatan.
Berkongsi di laman sosial youtube, pekas pramugari, Amira sangat bersyukur dipilih Allah mengenali islam walaupun Tuhan menduganya mengambil nyawa insan yang disayangi.
Menurutnya dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat sehinggalah beberapa bulan menyatakan hasrat untuk berkahwin.
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf.Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahunkedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amiraa juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu.
Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Jual barang mekap tak salah. ‘Yang haramnya bila wanita buat tutorial mekap untuk tatapan umum.’
Bila ramai yang lihat tutorial mekap yang kita buat, bayangkan saja lelaki yang melihat. Pasti bukan sekadar melihat mekap yang ditunjuk tetapi pasti bermacam-macam di fikiran mereka. Ya Allah, minta dijauhkan.
Berat saya nak tulis tentang perkara ini. Ia berkaitan hukum. Tapi, saya rasa saya perlu tulis supaya lebih ramai orang yang tahu. Saya sendiri pun tak arif berkaitan hal ni.
Beberapa hari lepas, saya ada hubungi seorang kawan untuk tanya barang makeup yang dijualnya. Memang selalu sangat dia upload tutorial makeup sebagai salah satu cara marketingnya.
Rupa-rupanya, dia dah tak berjual barangan makeup tersebut. Terkejut juga saya. Bertahun dia buat bisnes ni. Takkan semudah itu dia stop kalau tak ada sesuatu yang berlaku.
“Jual makeup tak haram. Yang haramnya bila aku buat tutorial makeup tu untuk tatapan umum.”
Itu jawapan dia pada saya.
Tapi disebabkan dia betul-betul berazam untuk tak buat tutorial makeup lagi, maka dia tinggalkan semua.
Subhanallah, betul-betul dia berjuang untuk lawan nafsu sendiri. Dia stop jual segala jenis makeup supaya tak ada lagi keinginan untuk bertutorial tu.
Bukan senang tau hendak melawan nafsu sendiri. Memang kena berjuang habis-habisan. Lagi-lagi untuk sesuatu yang kita suka buat.
“Betul ke haram buat tutorial makeup?” Saya minta penjelasan lebih lanjut daripada dia.
“Ustaz Adnin ada buat analogi. Orang perempuan ni, mesti tak suka kalau dia lalu, ada lelaki yang pandang je dia, kan?
Kita akan rasa tak selesa dan tak suka. Rasa nak korek saja mata orang yang tengok tu. Tapi itu di dunia realiti.
Bila upload video tutorial makeup, beratus ribu orang yang tengok, baik lelaki baik perempuan. Baik bujang, baik bapak orang, baik tua bangka, baik lelaki buaya. Semua tengok.
Dalam keadaan kita duk tenyeh muka sana-sini. Bercantik-cantik untuk orang tengok. Padahal bukan tak tahu, cantik tu untuk suami.
Soheh la berdosa!”
Panjang lebar lagi sebenarnya dia terangkan pada saya. Tapi ini antara point penting yang melekat terus dalam kepala saya.
Entah-entah ada orang save pulak video kita duduk tenyeh lipstick itu untuk buat benda tak elok. Aduh, seriau weh!
Saya ada juga terbaca tulisan Ustaz Zulbakri berkaitan hal ini.
Katanya, kalau tak sampai tabarruj (berhias secara berlebihan) boleh saja. Tapi, pendapat peribadi saya dan saya ada juga tanya beberapa orang asatizah, mereka semua sepakat bahawa tutorial makeup yang diupload untuk tatapan umum adalah haram.
Manusia zaman sekarang ni, yang tidak-tidak saja dalam kepala mereka. So bab macam ini, lebih baik kita ambil langkah selamat daripada cuba berhusnuzon dengan orang yang tengok tu semata-mata nak teruskan apa yang kita suka buat.
Kawan saya kata, ada kawan-kawan dia yang masih jual barangan makeup dan masih buat tutorial tapi diorang buat group khas untuk perempuan sahaja.
Insyallah bila kita usaha jaga benda ni, Allah tak akan kurangkan pun rezeki kita. Bahkan kita akan rasa cukup sebab ada berkat di dalamnya.
Saya tulis ni tentang makeup ye. Yang memang menarik minat orang untuk tengok dan telek wajah kita. Kalau berkaitan skincare, saya tak pasti. Sebab skincare ini tak ada warna-warna yang menghias muka, kan?
Bab skincare ni, kalian tanyalah orang yang lebih arif. Wallahua’lam.
Kawan-kawan,
Kalau jalan mujahadah inilah yang akan bawa kita ke syurga, semoga kita terus kuat untuk melaluinya. Semoga kita terus kuat melawan kehendak yang berlawan dengan syarak.
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.