‘Ya Allah, lindungi kami dari sihir pemisah.’ Kahwin lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci pada isteri seperti bermusuhan. Padahal selama ini cukup berkasih sayang.
Tak ramai yang memilih untuk percaya dengan sihir pemisah, namun perkara ini tetap berlaku dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia serba moden ini masih ada lagi “sihir-menyihir’ ini.
Ikuti perkongsian Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Disebalik kita bergurau, kecam dan bermain hal soal orang kahwin dua, saya dalam beberapa hari ini termenung juga dengar kawan-kawan yang diuji dengan sihir pemisah.
Kahwin sekian lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci sebenci bencinya kepada isteri.
IKLAN
Dari Sihir Pemisah
Isteri tak ada buat apa. Tiba-tiba kena cerai. Asal elok saja sikit, jadi benci balik. Sampai tak boleh tengok muka dan tak boleh sebut nama, jadi marah. Paling buruk jadi hilang akal, buat perangai gila terjerit-jerit sampai histeria bagai si suaminya.
Akhirnya terpaksa lafaz cerai. Sudah bercerai semua jadi elok. Dua-dua tak berkahwin lain. Saling duduk dekat membesarkan anak-anak. Bekas Suami masih jaga semua kelengkapan bekas isteri. Bekas isteri masih masak makanan untuk suami hantar bekal hari-hari.
Kahwin Lama, Anak Ramai
Baru plan nak rujuk, jadi semula. Benci semula, jadi gila semula si suami. Lalu keluarga nasihat teruskan berubat sampai betul-betul sihat. Mereka tak mahu tahu siapa yang buat, mereka hanya nak bersatu semula dan kembali sihat.
Sekarang dah masuk tahun ke-4 berpisah dan saling tidak berkahwin baru dan sangat yakin akan bertemu jodoh semula.
Tiba-Tiba Jadi Benci Pada Isteri
Ada orang tak percaya hal begini. Saya pilih untuk percaya. Sihir memang ada. Orang pernah hadap akan tahu bagaimana sukarnya nak melawan hal syirik ini.
IKLAN
Orang yang guna hal syirik ini dia tak perasan yang Allah benci dia. Dia lupa hal tersebut.
Ya Rabb, lindungi kami semua dari kejahatan orang.
Amin.
Kashoorga: Semoga Allah lindungi kita serta keluarga daripada sihir. Buat mereka yang terlibat dalam perkara ini, segeralah bertaubat dan kembali pada Allah.
Kata orang kalau sudh jodoh tidak akan kemana. Walaupun negara sekarang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak membataskan buat pasangan mempelai untuk membina masjid.
Dan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat pertama kalinya telah melaksanakan majlis akad nikah dalam talian di Malaysia.
Majlis pernikahan secara sidang video ini membabitkan Muhammad Don Jaadi Don Putra, 29 tahun, dan pasangannya Nahdatul Mohd Sharif, 29 tahun yang telah disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis yang cukup indah ini telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.
Dalam majlis penuh istimewa ini menyaksikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui Facebook Berita Al-Hijrah.
Majlis akad nikah dalam talinan ini juga telah dikongsi melalui Facebook hari ini. Dr Zulkifli juga turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.
Ini adalah usaha terbaik untuk menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Majlis ini juga adalah selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang beri kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh kebenaran berkahwin.
JAWI membenarkan majlis akad nikah secara sidang video ini berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara yang turut melaksanakan akad nikah dalam talian semasa COVID-19 ini adalah Emeriyah Arab Bersatu.
Tidak kiralah sudah berapa lama kita berumah tangga, pasti ada sedikit pertelingkahan dalam perkahwinan yang dibina. Bergaduh itu tak salah, Cuma janganlah dipanjangkan.
Jadilah seorang isteri yang baik, solehah dan sentiasa menurut kata-kata suaminya. Jika masih tidak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian 48 himpunan nasihat yang diberikan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Insya-Allah rumah tangga dibina kekal ’till’ ke jannah.
Dalam hal ini, seorang isteri itu patut mengalah jika berlaku salah faham antara keduanya. Tidak ada gunanya terus terusan bermasam muka kerana isteri perlu tahu syurga itu terletak pada tangan suaminya.
Jom semak pesanan Dr Fadzilah Kamsah yang senang dan muda untuk diikuti. Cuma no 23 tu kalau tak reti boleh belajar.
Rumahtangga bahagia kekal hingga ke jannah.
Tip Khusus Buat Isteri.
1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Teman pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pengetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak menggemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan gesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan.
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telah pun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42.Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsang suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihati suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat.
Syurga bagi seorang isteri terletak pada suaminya, manakala syurga anak lelaki pula terletak pada ibunya.
Bahkan melangkah ke alam rumahtangga, kita diajar status ibu mentua itu sama dengan ibu sendiri. Sebagaimana kita menyayangi ibu yang melahirkan dan membesarkan kita, begitu jugalah kasih sayang yang terlempar pada keluarga mentua.
Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana wujudnya mentua toksid yang mampu merosakkan rumahtangga anaknya sendiri.
Dikongsi dari fb Dr Azizul Azli Ahmad, dikongsikan luahan seorang isteri mengenai sikap ibu mentua yang menjadi toksid dalam rumahtangganya hingga timbul rasa menyesal kerana terlalu caring.
Baca perkongsiannya, tidak semua rumahtangga begini kerana banyak juga mentua yang baik.
Mentua toksid juga wujud?
Assalamualaikum Tuan Azizul. Saya terbaca post tuan mengenai Antara Takdir atau Tadbir.
Saya dah tersalah langkah, terlebih-lebih caring terhadap keluarga mentua saya.
Memandangkan saya menantu pertama yang bergaji besar, mentua dan adik-beradik suami banyak berhutang dengan saya. Sebab saya jenis tak sampai hati. Sebutlah, laptop, barang kemas setiap sorang, kereta baru, duit rumah elak kena lelong semua saya bagi.
Cara hidup mereka adalah hidup untuk hari ini. Kalau nanti takde duit, boleh mintak tolong atau hutang orang. Yang buat saya terkejut, berhutang dengan Ah long pun pernah.
Baru-baru ini saya dan suami difitnah adik ipar kononnya sejak suami berkahwin dan hidup senang dengan saya, kami menghina mereka. Saya yakin ini adalah salah faham, tapi kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan dan kami dibuang.
Kami plan nak beli rumah pertama kami, tapi saya tak nak sambung bayar kereta mentua saya. Kalau saya tak bayar siapa nak bayar? Suami saya pun serik nak tolong keluarganya sebab kami difitnah sampai dibuang keluarga.
Kalau saya biar kereta tak dibayar dan ditarik, saya akan disenarai hitam ke oleh bank? Kereta mentua tu atas nama saya. Ini kali pertama dalam hidup saya menyesali perbuatan baik yang saya pernah buat.
Saya minta bantuan tuan untuk memberi cadangan kes saya ni. Terima kasih banyak-banyak.
Soalan
Suami bergurau mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya. Di mana hendak maksudkan buncit seperti ibunya yang sudah tua. Kadang-kadang suami juga sering bergurau...