Zikir Lebih 7 Ribu Kali & Tasbih Di Tangan Sampai Tertidur, Fatimah Tak Putus Kirimkan Doa Buat Arwah ā€˜Mamajeeā€™

Share

Kehilangan Chef Selebriti Adamdidam tahun lalu bukan saja meninggalkan kesan mendalam pada peminat dunia masakan, tetapi juga ahli keluarga terdekat.

Terutama anak buah kesayangan, Fatimah yang menetap di United Kingdom. Ternyata Fatimah tidak dapat menerima kehilangan bapa saudara yang begitu dekat dengan hatinya.

Walaupun sudah setahun berlalu, namun masih terasa kehilangan berkenaan.

Dalam satu posting di laman sosial Instagram melalui ibunya, memberitahu Fatimah tidak lekang beribadah dan berzikir sepanjang waktu.

Menurutnya, apabila Fatimah mendapat tahu setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang ramadan, jadi dia dan tasbih digitalnya seakan berpisah tiada.

Artikel Berkaitan:Ā Chef Selebriti Adamdidam Telah Kembali Ke Rahmatullah, Moga Rohnya Ditempatkan Bersama Para Solihin

Malah tasbih akan sentiasa berada di tangan sehinggakan ketika tidur pun masih memegang tasbih berkenaan.

ā€œDari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun,ā€ tulis ibu Fatimah menerusi akaun Instagram The Family UK.

Tambahnya, amalan Fatimah itu bukan sia-sia, kata Fatimah dia utuskan zikirnya itu buat Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

ā€œSuatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ā€˜Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajeeā€™.

ā€œSaya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.

ā€œKemudian kata saya; ā€˜Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?ā€™

ā€œJawab Fatimah; ā€˜tiada apa-apaā€™,ā€ ceritanya.

ā€œI finally learned the real meaning of true love from my six-year-old daughter, Fatimahā€¦As soon as she found out that our good deeds will be multiplied by Allah in the holy month of Ramadhan, her digital tasbeeh has become her new best friend since the start of Ramadhan.

ā€œThey have become literally inseparable ā€“ we even found her asleep with her tasbeeh still in her hands many times! Since the beginning of Ramadhan until now, Fatimah has done 7400 dzikir and counting! The number is impressive for a six-year-old, but thereā€™s a reason behind all her hard work and determinationā€¦

ā€œOne day, I overheard Fatimahā€™s duā€™a: ā€œYa Allah, please accept my dzikir and my good deeds, and send them as a gift to my beloved Mamajee.ā€ I didnā€™t expect that, coming from a six-year-old.

ā€œI then said, ā€œYouā€™ve asked Allah to send all of your dzikir and your good deeds to your Mamajee, so what about you? What do you ask for yourself from Allah?ā€ She then boldly replied, ā€œNOTHING.ā€ Thatā€™s it. Just one word came out from her mouth. She asks for nothing, she wants nothing, and she expects nothing for herself. This is love. This is pure love.

Written by Mrs Mom
#SundayWithAdam
24th Ramadhan 1441 AH

Ternyata perkongsian ini sangat menyentuh hati. Bayangkan kanak-kanak yang masih terlalu mentah usianya tahu bagaimana untuk menghargai insan tersayang yang sudah tiada di sisi.

Malah kasih sayang dan ingatan tidak pernah pudar biarpun pemergian chef selebriti ini sudah setahun berlalu.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM THEFAMILY.UK

IKLAN