Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”[5]
Meski bulan ini penuh dengan kemuliaan, syaitan diikat dan seharusnya dipenuhi dengan ibadah, ada juga manusia yang mencemarinya dengan perbuatan zina termasuklah di siang hari ketika umat Islam lain sedang berpuasa.
Ads
Mungkin juga pernah dilakukan dalam kalangan kita satu ketika dulu namun kini insaf, perbuatan zina ketika sedang berpuasa ini sangatlah keji.
Makna kafarah
Mereka yang melakukanya bukan saja berdosa besar malah jika perbuatan dilakukan ketika puasa di bulan Ramadan, ia juga dikenakan kafarah serta wajib disusuli dengan taubat.
Ulamak Sheikh ‘Abdullah Bafadhal menyatakan:
Ads
وَإِن زَنَيَا وَلَا على من ظن أَنه ليل فَتبين نَهَار وَهِي عتق رَقَبَة مُؤمنَة سليمَة من الْعُيُوب الَّتِي تخل بِالْعَمَلِ فَإِن لم يجد صَامَ شَهْرَيْن مُتَتَابعين فَإِن لم يقدر أطْعم سِتِّينَ مِسْكينا كل وَاحِد مدا
Maksudnya: “Meskipun kedua-duanya berzina, tidak dikenakan kafarah kepada sesiapa yang menyangka sudah malam tetapi masih lagi siang. Kafarah itu ialah memerdekakan hamba yang beriman yang bebas daripada kecacatan yang mana boleh mencacatkan amalan. Jika dia tiada hamba, maka wajib baginya berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya tidak mampu hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin dengan satu cupak (makanan asasi) bagi setiap seorang.”
Perlu disusuli taubat nasuha
Selain perlu melaksanakan kafarah, perbuatan ini perlu disusuli dengan taubat nasuha kerana zina ini merupakan suatu perbuatan yang haram dan keji di sisi agama. Ia seiring dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka”
Semoga Allah menghindari kita dan ahli keluarga kita dari perbuatan zina ini.
Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares hingga menjadi tular di laman sosial.
Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.
“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.
“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya.
Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.
Tweet tersebut mendapat maklum balas positif dan telah diulang siar sebanyak hampir 50,000 kali.
Dalam perkembangan lain, Neelofa turut mengumumkan bulan ini merupakan yang terakhir dia akan mengacarakan program MELETOP setelah lapan tahun mengendalikannya dengan pasangan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.
Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.
Kita doakan semoga Neelofa terus berjaya dalam bidang diminati dan kejayaan figura ini dlam bidang keusahawanan sememangnya menjadi inspirasi buat wanita di luar rumah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selalunya apabila kita makan di luar, jarang sekali kita membersihkan meja selepas usai menjamu selera. Mungkin masing-masing terfikir mengapa perlu membuat itu semua sedangkan kita sudah membayar dan bukan makan percuma jadi biarlah pekerja di situ sahaja yang membersihkannya.
Ya! Memang ramai yang berfikiran demikian namun sebenarnya kita boleh ubah mentaliti ini. Berikut perkongsian dari penceramah bebas Firdaus Wong atau bro Firdaus.
Saya menjadikan satu kebiasaan untuk anak-anak saya iaitu apabila kami makan di luar, akan kami kumpulkan sisa makanan dan bersihkan meja bagi memudahkan pekerja untuk membersihkannya. Pada awalnya mereka pernah bertanya: “Kenapa kita nak bersihkan semua ni Daddy? Kan kita dah bayar dan pekerja akan bersihkan nanti?”
Well, soalan mereka ini valid cuma saya terangkan; “Ya betul kita dah bayar dan akan ada orang akan bersihkan cuma sebagai Muslim kita dididik untuk memudahkan urusan orang lain dan apa salahnya kita bantu bersihkan sedikit untuk mudahkan pekerja membersihkannya nanti?
MULA KEMAS SENDIRI
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga pernah sebut kalau kita mudahkan urusan orang di dunia, Allah mudahkan urusan kita di akhirat. Tambahan pula orang akan nampak kita sebagai Muslim ini pembersih dan suka membantu orang lain.”
Hari ini selepas mereka selesai makan, mereka pula kemas sendiri sambil berkata kepada saya; “Kan Daddy kata kita mudahkan urusan orang lain jadi kita bersihkanlah untuk mudahkan urusan orang lain. Kitakan Muslim.”
Alhamdulilah.. Mereka semakin faham. Moga usaha kita yang sedikit tetapi istiqomah ini akan membuahkan hasil dengan akhlak yang baik pada generasi akan datang. Allahuma Ameen. Mungkin sahabat semua juga boleh melakukannya bersama anak-anak nanti tetapi mulakan dengan diri kita sebagai orang dewasa ya…
Sumber kredit: FB: Firdaus Wong Wai Hung
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika sebelum ini tular tentang isu valet doa, kini tular pula kisah valet solat hajat. Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa.
Ikuti perkongsian Najmi Farisham tentang gejala valet solat hajat seperti yang ditulis dilaman Facebooknya.
Aku terlihat satu posting seorang akak mohon bantuan sesiapa yang ada di Mekah Madinah untuk buatkan solat hajat baginya. Dia minta sebutkan harganya sekali.
Aduh, aku mengeluh sendirian. Macam manalah sampai begitu sekali nak buat. Perkara ini kalau dibiarkan, pasti akan buka satu lubang baru untuk bisnes. Dulu pernah tular isu Valet doa. Kini solat hajat pula.
BERGERAK SECARA SENYAP
Ya aku pasti yang perkara ini sebenarnya dah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Cuma ianya bergerak secara senyap atau underground. Aku pernah dengar akannya sebelum ini.
Biasanya bila terjadi begini, kawan itu dah dalam keadaan terdesak. Boleh jadi ada anak sakit, hantar ke hospital tak jadi, ke bomoh tak sembuh, ke ustaz tiup-tiup tak mujarab.
Kita faham benar bila situasi terdesak, macam-macamlah yang kita sanggup buat. Dan orang akan gunakan peluang ini untuk kaut keuntungan. Orang minta caj bayaran ribuan ringgit pun, kita sanggup.
Sebenarnya kita lupa yang kita duk minta orang doakan di Mekah Madinah itu, rupanya Tuhan itu adalah sama dengan Tuhan di kampung kita. Kita duk solat 5 kali sehari, kita duk sembah Dia. Orang di Mekah Madinah pun sebenarnya duk sembah Tuhan yang samalah.
Benar, di Mekah Madinah doanya lebih mustajab. Ia kelebihan tempat. Namun kita di kampung juga Tuhan berikan kelebihan waktu. Mustajabnya doa antara azan dan iqamat, ketika waktu berbuka puasa, ketika hujan turun, selepas solat, 1/3 akhir malam, ketika sujud dalam solat, saat usai baca tashahud akhir sebelum beri salam dan banyak lagi.
Kita tak perasan itu semua. Yang kita nampak Mekah Madinah. Kena pi sana untuk doa sebab di sana mustajab. Kalau tak mampu, upahlah sesiapa pun asalkan Mekah Madinah. Rela habis ratusan tingggit, tak apa asalkan Mekah Madinah.
Pelan-pelan cara berfikir begini disuntik masuk dalam kepala kita. Pelan-pelan kita mengajar orang sekeliling bahawa agama ini hanya untuk golongan kaya raya saja. Dah nak apa-apa, kena pi Mekah Madinah. Ingat harga nak pi sana murah?
LEBH BAIK BUAT SENDIRI
Aku tak halang kita minta rakan-rakan doakan kita. Cuma ada benda yang kita semua perlu jelas. Bab doa ini, aku lebih suka untuk buat sendiri terlebih dahulu. Hanya kita tahu dan faham betapa perlunya sesuatu itu, betapa naknya kita sampai mampu menitiskan air mata.
Berbeza kalau upah orang, dia hanya bacakan tanpa ada emosi seperti kita. Sebab dia tak tahu apa yang kita mahukan. Dalam mana yang kita hajatkan.
Tuhan ada kasi tahu, kalau ada nak minta apa-apa, minta sajalah dariNya. Tuhan nyatakan dalam al-Quran, berdoalah kepadaNya nescaya akan dimakbulkan.
Kita doakan rakan dalam diam, malaikat aminkan dan doakan kita balik.
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN TENTANG VALET DOA YANG PERNAH TULAR SEBELUM INI
Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA. Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.
Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya.
Sabda Baginda: ‘(Maka balasan) Allah lebih banyak.” (Riwayat Ahmad, no. 10749)
Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.
KASHOORGA: Lebih afdhal sebenarnya jika kita sendiri yang memohon doa kepada Allah.
Sumber kredit: Najmi Farisham dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...