Bulan Ramadan sangat mulia. Pada bulan ini, Al-Quran diturunkan bahkan pada bulan ini juga telah ditetapkan satu malam lebih baik beramal padanya daripada seribu bulan.
Rasulullah SAW turut menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bahkan di bulan yang sangat istimewa ini juga, Allah memadamkan 60 ribu nama umat Nabi Muhammad daripada neraka jahanam. Justeru janganlah lepaskan peluang untuk memohon kepada Allah SWT agar nama kita terpilih.
Demikian kongsi Ustaz Wadi Annuar dalam satu perkongsiannya. Oleh itu kita digalakkan untuk membaca satu doa yang sangat masyhur ini di bulan Ramadan.
Ads
Doa ini pendek namun memberi erti yang cukup besar iaitu membebaskan kita dari azab api neraka.
Doanya berbunyi begini:-
Allahumma Jaaína min utaqo’fi shahri ramadan
Ads
Maksudnya; “Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.
Untuk itu ambillah katanya ambil masa di waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan iaitu beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk membaca doa tersebut agar nama kita terpilih.
Dalam pada itu pesannya ketika itu janganlah kita leka membiarkan waktu mustajab itu berlalu begitu saja dengan melihat handphone mahupun memilih makanan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bohonglah jika ada yang gembira ketika mendengar berita insan tersayang meninggal dunia. Walau siapa pun dia; alim ulama’, orang baik-baik atau penjenayah sekalipun akan ada yang berduka. Semua kita akan meninggalkan dunia fana ini menuju ke alam barzakh. Itu pasti tanpa ragu.
Perkara ini pasti terjadi, cuma tak tahu bila masanya kerana ia rahsia Allah. Tugas kita adalah melakukan persiapan awal. Persiapan ibadah kita mengutip pahala selama di dunia, itu adalah tanggungjawab peribadi.
Bagaimana pula kita yang masih hidup ini nak uruskan persiapan semasa ada ahli keluarga meninggal dunia? Tak kan nak serahkan bulat-bulat kepada AJK masjid untuk uruskan segala?
Ramai juga waris yang kalut dan bingung tak tahu apa yang nak dilakukan. Fikiran kusut dan emosi rapuh saat itu.
Bagi mengelakkan keadaan kelam kabut jika ada ahli keluarga dijemput Ilahi, ini adalah panduan yang sangat berguna yang dikongsikan oleh ustaz Saifudin yang mana proses persediaan ini terbahagi kepada dua iaitu persediaan sebelum dan semasa kematian.
Tiga langka ini bukan apa, ia akan memudahkan kita membuat bayaran pengurusan awal jenazah seperti memandikan, mangkafankan sehinggalah ke urusan pengkebumian. Ini semua pihak masjid boleh bantu. Jadi rajin-rajinlah berukkuwah dengan AJK masjid.
1. Bawa bertenang Paling utama kita harus bertenang. Jangan cemas. Apabila kita bertenang, otak dapat berfikir dengan baik.
2. Sampaikan berita kepada AJK masjid Segera maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Segera hubungi sanak saudara lain Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan berita duka ini.
4. Rapatkan mata arwah Secara perlahan, pejamkan kedua-dua matanya dan ikat kedua-dua rahang menggunakan kain agar mulut tidak terbuka. Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan sekali lagi mata jika masih terbuka.
5. Lembutkan tulang sendi Perlahan-lahan, uruskan setiap tulang-tulang sendinya. Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku bagi melembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letak pemberat atas perut Cari dan letak objek sesuai yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Sunat tanggalkan pakaiannya Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Diselimutkan bagi menutup aurat Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Biasanya dengan beberapa helai kain batik lepas sudah mencukupi.
9. Letak di tempat tinggi & menghadap kiblat Pastikan kita letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Pengesahan daripada doktor Dapatkan pengesahan rasmi ahli keluraga telah meninggal dunia dari doktor klinik atau hospital.
11. Laporan polis Selepas itu, dengan menggunakan surat pengesahan doktor tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
12. Permit pengkebumian daripada polis Apabila laporan dibuat di pejabat atau balai polis, pihak berkuasa akan keluarkan Permit Pengkebumian atau surat matti sebagai kebenaran urusan pengkebu mian jenazah.
13. Penggali kubur Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
14. *Waris berehat seketika Berehat seketika dan cubalah tidur dulu sementara menunggu subuh jika kejadian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
Ada dua perkara mustahak yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika arwah memiliki harta peninggalan. Pertama adalah membersihkan harta peninggalannya dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan itu.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atasnya.
Perkara tersebut ialah:
Bayaran kos pengurusan jenazah: Tolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kenderaan jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
Menyelesaikan hutang arwah: Termasuklah sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan.
Melaksanakan wasiatnya: Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada hartaT
Tuntutan harta sepencarian: Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan arwah atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
Andai selesai empat perkara di atas, maka baki harta peninggalan barulah boleh diuruskan mengikut pembahagian faraid kepada ahli waris yang berhak.
Kashoorga: Ramai yang kurang ambil kisah persiapan awal pengurusan jenazah ini. Faham kan betul-betul supaya kita boleh fokus dengan baik semasa kejadian. Untuk *14, itu adalah saranan supaya waris dapat rehat dan tenaga mencukupi bagi urusan pengurusan jenazah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap makhluk yang Allah ciptakan sangat istimewa khususnya manusia. Allah berfirman dalam Surah at-Tiin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
Allah SWT turut memuliakan manusia seperti firman-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
Tidak hairanlah, disebut di dalam satu riwayat, bahawanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan dan tidak minum, tidak duduk dan tidak bercakap.
Bertanya orang kepada Rasulullah SAW:
“Bagaimana kita dapat mengenali orang-orang mukmin kelak di hari kiamat?”.
Maka jawab Rasulullah SAW ‘Umatku dikenali kerana wajah mereka putih disebabkan oleh wuduk.
Bila tibanya hari kiamat maka Malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecualiI pada tempat sujud. Bekas sujud ini tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka akan tetapi debu itu ialah debu keimanan.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-hamba-Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW “Apabila datang hari kiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga”.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud “makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu.’
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. “Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan”(Surah Al-Baqarah : 237).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pilihan paling sukar dilakukan oleh anak-anak khususnya yang berkerjaya ialah berhenti dan menguruskan ibu ayah yang semakin uzur. Ia bagai berada di satu persimpangan, memilih satu di antaranya. Mana lebih menjadi keutamaan dalam hidup ketika itu.
Tiada yang salah dan tiada yang betul kerana setiap orang situasinya berbeza. Hanya mereka yang lebih memahaminya. Perkongsian dari artis Norman Hakim yang diuji dengan masa dan masa yang sama ayahnya semakin uzur membuatkan ramai memahami situasi dilaluinya. Bahkan inilah dilema dilalui oleh kita semua khususnya yang komitmen hutangnya masih tinggi.
Cerita semalam; sempat ‘lari’ balik Kuantan kejap. Last balik, minggu lepas dengan ‘rombongan cik kiah’ naik bas. Memang tak ada dalam plan untuk balik sebab saya sejenis spontaneous, kalau tiba-tiba ada ruang masa free antara 4 ke 6 jam, memang akan terus balik. Semalam ajak wifey @memeysuhaiza teman sekali.
Cuma lately, saya noticed makin meningkat usia ayah mak kita. Emosi dia orang makin sensitive. Lepas spent masa dengan mak kat bawah, naik atas jumpa ayah pulak. Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30pm.
Ayah tanya sampai bila stay dekat Kuantan ni? Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik. Terus dia hela nafas panjang pastu pandang tempat lain. ”Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati.
Pastu dia sambung “kenapa tak stay sampai esok?”. Saya susun ayat explain satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan pastu ada kerja kat ofis, pastu ada rehearsal & shooting & etc. Dia balas balik “ni depan mata tanggungjawab jugak..bla..bla..bla..” Checkmate.
Saya mintak izin keluar kejap. Terpana akal & hati. Tak tau nak cakap apa. Macam satu wake up call.Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan. Macam-macam benda main dalam kepala. Rasa gagal pun ada. Menggigil & sebak jap. Istigfar, terus cari wifey mintak peluk. Wifey faham dah benda-benda macam ni.
Bila dah reda sikit, saya naik atas semula. Tanya ada apa-apa lagi tak nak cakap? Dia terus tunjuk kuku dia dah panjang, mintak tolong potong. Sambil-sambil potong tu, saya cakap mintak ampun, redha & doa atas apa pekerjaan yang sebelum, sedang & yang akan datang. Dia senyap je. Bila bagi duit belanja,dia still senyap. Ending dia cakap “terima kasih”.Tu je.
Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian,kan? Ujian saya, batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah & mak. Part ni saya takde doa yang spesifik, hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu. Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.
Saya share sini untuk sama-sama kita doa & ambil iktibar. Ayah mak bukan setakat tanggungjawab kita bagi duit belanja. Sampai masa, tanggungjawab emosi pun kena ambil tahu sebab dia orang jarang nak luah sebab tak nak kita risau. Selagi masih ada. Sampai masa kita akan rindu ini semua. Sumber : IG @normanhakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.