Hidayah itu milik Allah. Siapa yang menerimanya sangat beruntung dan semoga terus istiqomah dengan jalan pilihan.

Jika menyebut nama Bill Gates, lelaki ini antara jutawan di dunia. Pernah tersenarai 13 kali berturut-turut sebagai orang terkaya di dunia. Bahkan namanya cukup terkenal di seluruh dunia kerana mengasaskan Microsoft Corporation (bersama rakan kongsinya, Paul Allen).

Namun sehari dua ini, nama Bill Gates sekali lagi menjadi sebutan. Kali ini bukan kerana kekayaannya, tapi viral mengatakan anak perempuannya, Jennifer Gates sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nayelm Nassar asal dari Mesir pada 15 Oktober lalu bersamaan hari Jumaat yang mulia di New York. Dan dikatakan majlis diadakan mengikut syariat islam.

IKLAN

Masyarakat berspekulasi bahawa Jennifer Gates sudah bergelar seorang mualaf kerana Nayelm merupakan seorang muslim. Ini kerana syarat pernikahan, kedua mempelai harus memiliki agama yang sama tetapi sehingga ke hari ini, tidak dipastikan adakah anaknya memang benar memeluk agama islam.

IKLAN

Ini kerana proses ijab kabul pasangan ini dilakukan secara tertutup di taman seluas 142 hektar di North Salem, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana sehari selepas akad nikah, keduanya melakukan pengesahan dokumen. Majlis persandingan dilakukan sehari selepas itu dengan kehadiran 300 tetamu dan kumpulan Coldplay menghiburkan tetamu di majlis istimewa itu.

IKLAN

Anak Bill Gates Peluk Islam? Selamat Bernikah Dengan Atlet Nayelm NassarResepsi pernikahan itu dilakukan di ladang kuda mewah bernilai USD16 juta yang merupakan hadiah Bill Gates kepada puteri sulungnya itu selepas lulus dari Stanford University. Malah saat menjengah Instagram keduanya, jelas Nayelm merupakan atlet yang aktif dalam sukan berkuda dan minat itu dikongsi dengan Jennifer. Majlis persandingan mewah bernilai USD2juta itu turut dihadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda Gates di mana Jennifer tampil cantik memakai gaun direka oleh Vera Wang.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI