Sememangnya wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan. Menjadi satu kelaziman buat seorang wanita untuk kelihatan cantik dan menawan. Wanita gemar bersolek kerana solekan mampu menaikkan serta mengubah penampilan wajah seorang wanita.
Berikut perkongsian oleh Farid Rashidi seorang penulis buku genre Islamik, motivasi dan cinta tentang trend live video tutorial solekan di Facebook.
Sejak dua menjak ini, selalu sangat melintas lalu di laman FB secara live mempertontonkan tutorial solekan wajah. Ya, beberapa orang wanita menunjukkan cara-cara bersolek di khalayak lalu diminta pula orang ramai yang menonton supaya share ke seluruh pelusuk group FB.
Ada juga disiarkan langsung di Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya.
Maka berpusu-pusulah orang share video live tersebut. Bahkan dijanjikan pula dengan hadiah menarik. Nak bagi hadiah, tak ada masalah. Bagilah. Saya pun mahu. ?
Tapi yang menjadi masalah di sini ialah menyiarkan wajah wanita disolek secara langsung itu.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Apa jua alasan, sama ada mahu menjual produk, beriklan, mengajar tutorial dengan mempertontonkan wajah wanita disolek itu adalah ditegah di dalam Islam. Ingat ya, matlamat sesekali tidak menghalalkan cara.
Eh, itukan salah satu marketing berniaga?
Iya, tahu marketing berniaga. Tapi bukankah ramai sifu mengajarkan bahawa marketing itu ada beratus-ratus cara? Kenapa hendak digunakan juga cara yang menyebabkan kita terpalit dosa? Allahu Rabbi.
Saudari-saudari seIslamku, jangan begitu. Mahu buat tutorial, silakan. Tapi cukuplah sesama wanita di tempat terlindung dari mata nakal lelaki. Kenapa disiarkan secara umum begitu. Bukankah laman sosial ini di akses oleh jutaan manusia setiap detik?
Ada anak kecil, ada golongan lelaki bukan mahram, non-muslim, ada lelaki baik, lelaki jahat buaya darat, lelaki tua miang keladi aiskrim yam yam… semua jenis lelaki ada.
Ads
Sudah tentu mereka akan menontonnya walaupun terkadang tak sengaja pun nak klik.
Kenapa ditegah?
Sebab ada dalil menyebutkan tentang keharaman wanita berhias atau bersolek berlebih-lebihan ketika di khalayak.
“Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…”
[Surah al-Ahzab: 33]
Ibnul Jauzi di dalam tafsirnya menyebutkan dua penerangan ulama’ tentang makna tabarruj:
Ads
Pertamanya Abu ubaidah mengatakan:
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
“Tabarruj: Wanita menampakkan kecantikkannya (di depan lelaki yang bukan mahram).”
Keduanya, az-Zajjaj mengatakan:
التبرُّج: إِظهار الزِّينة وما يُستدعى به شهوةُ الرجل
“Tabarruj: Menampakkan bahagian yang indah (aurat) dan segala yang mengundang syahwat lelaki (bukan mahram).” [Zadul Masir fi Ilmi at-Tafsir, 3/461]
DOSA BERGANDA
Ads
Justeru, mempertontonkan video tutorial solekan di khalayak itu ditegah dan diharamkan. Wanita bersolek untuk tontonan khalayak pun sudah haram, inikan pula mengajak orang turut melakukan hal yang sama.
Aduhai, berdouble triple dosa. Dosa-dosa lain pun sudah sarat menggunung tinggi, inikan pula mahu ditambah lagi dosa begitu.
Sesungguhnya, tiada guna bisnes juta-juta di mata manusia tetapi miskin maruah, sirna rasa malu dan tak takut dosa. Sia-sia. Hilang keberkatan hidup nanti.
Hawa (Tak kiralah yang berniqab atau tidak), kalaulah hilang rasa malu dalam dirimu. Apalagi yang tinggal? Janganlah biarkan dirimu dieksploitasi oleh anak didik Dajjal yang berleluasa.
Jika seminggu yang lalu kita mendengar Pendakwah Bebas yang juga selebriti, PU Riz telah disahkan positif COVID-19.
Ketika itu dia memohon agar semua mendoakan kesembuhannya dari wabak yang merbahaya ini.
Dan semalam berita gembira diterma apabila dia telah disahkan negatif dan bebas wabak pandemik ini selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya perkara berkenaan dimaklumkan oleh jururawat selepas ujian swab kali kedua dibuat sebelum itu.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.
“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya kepada Harian Metro.
PU Rizz juga turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan membantu dirinya. Hanya Allah saja yang membalas jasa mereka.
Tambahnya lagi selepas ini dia perlu menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu dan kemudia pergi ke klinik berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak koronavirus ini.
Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Alangkah beruntung seseorang itu jika terjaga dari tidur di tengah malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk bangun dan tunaikan apa yang patut seperti solat sunat hajat atau tahajjud.
Sebenarnya terjaga di tengah malam merupakan perkara biasa dan jika terjaga digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda.
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata,
“Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam. Jelas ia merupakan perkara yang mulia dan disukai Allah.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...