Menjadi impian setiap dari kita untuk dipanggil sebagai jemaah menunaikan ibadah haji di tanah suci.
Namun jika belum ada rezeki, Tuhan masih belummemanggil kita untuk menjadi tetamuNya.
Sejak awal Februari lalu, pihak Tabung haji sudah menghantar surat rasmi kepada jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.
Tabung Haji sudah menghantar surat rasmi kepada jemaah terpilih.
Dan pastinya Jjka dapat mengerjakan haji di usia masih muda, pastinya satu pengalaman yang sangat dinantikan oleh setiap orang.
Siapa sangka sudah menjadi rezeki wanita ini dipanggil menjadi tetamu Allah ketika usianya muda.
Ads
Wanita ini yang merupakan pengguna di laman sosial twitter, Siti Aisya Jabaruddin telah berkongsi satu berita memberitahu dia menerima surat tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji musim kali ini.
Lebih menggembirakan bukan dirinya saja yang menerima tawaran berkenaan tetapi juga adik beradik lain turut dipelawa untuk menunaikan ibadah haji pada tahun yang sama.
Ads
Tambah Aisya lagi, peluang menjadi tetamu Allah ini adalah kerana kegigihan ibu dan ayahnya yang membuat pendaftaran haji ketika mereka sema masih dibangku sekolah lagi.
Ternyata berita gembira dia yang berpeluang tunai haji pada usia muda begitu dikagumi warganet.
Ads
Malah ramai yang turut berharap mereka turut sama diberi peluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia muda.
Rezeki empat beradik tunai haji tahun ini.
Untung tunai haji usia muda kerana masih banyak tenaga
Moga dipermudahkan urusan & mendapat haji mabrur
Jadi sangat digalakkan supaya ibu bapa untuk mendaftar anak-anak dengan Tabung Haji supaya mereka kelak berpeluang menunaikan Rukun Islam ke lima ini dalam usia muda.
Satu pengalaman indah dapat jejakkan kaki ke sini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berubah ke arah kebaikan untuk menjadi insan yang lebih baik adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Manusia itu tidak sempurna dan tidak pernah terlepas melakukan kesilapan tetapi masih belum terlewat untuk bertaubat selagi masih bernyawa.
Bagi golongan selebriti selain menjadi tumpuan khalayak, di sisi lain, mereka juga seperti insan biasa. Di sebalik dunia gemerlapan, sebilangan mereka sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, akan terdetik satu perasaan untuk berubah. Sudah ramai selebriti terkenal dan popular berhijrah kerana melalui sesuatu peristiwa atau diberi petunjuk untuk berubah.
Berikut lapan selebriti yang sudah pun berhijrah.
MIZZ NINA
Kisah penghijrahan Mizz Nina bermula selepas dia pulang mengerjakan haji pada 2013 bersama keluarganya. Mizz Nina juga mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya dalam dunia nyanyian. Ketika itu, Mizz Nina sudah pun berkahwin dengan Noh Hujan. Mizz Nina kini banyak menghadiri majlis ilmu selain melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan bersama-sama suaminya.
DIANA AMIR
Diana mula berhijrah selepas mendengar cerita rakannya yang baru berhijrah mengenai Rasulullah dan terus terdetik untuk menutup aurat kerana sayangkan ayahnya dan tidak mahu menyusahkannya di akhirat kelak.
IRMA HASMIE
Penghijrahan yang dilakukan oleh Irma lebih kepada kepada kesedaran dirinya sendiri. Dia juga merasakan sudah tiba waktu untuk dia berpakaian menutup aurat. Dia juga mengaku lebih tenang dan bahagia selepas penghijrahannya.
CATRIONA ROSS
Semuanya bermula apabila Catriona menemani rakannya ke sebuah butik tudung. Sambil menunggu rakannya. dia tergerak hati untuk mencuba tudung dan ketika melihat wajahnya di cermin, tiba-tiba datang satu perasaan pelik sehingga bergenang air mata dan mengambil keputusan untuk memakai tudung.
ABBY ABADI
Nekad memakai tudung semasa di Mekah, Abby berdoa semoga Allah menetapkan iman untuk dia istiqamah dalam penghijrahannya. Abby juga menceritakan tentang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan selepas menunaikan umrah.
YATT HAMZAH
Penghijrahannya bermula selepas mengikuti rakannnya menghadiri usrah. Ia telah berjaya menimbulkan keinsafan dalam dirinya kerana sering mengabaikan solat serta mendedahkan aurat. Katanya, setiba di rumah, dia terus menunaikan solat taubat dan pada rakaat terakhir, dia tidak dapat mengangkat kepalanya serta mengakui terlihat jelas keadaan wanita yang mendedahkan aurat diseksa di neraka. Dia kemudian terus sujud memohon keampunan sambil menangis.
WARDINA SAFIYYAH
Wardina pernah memberitahu bahawa dia merasakan sesuatu yang aneh sebaik sahaja melihat Kaabah dan bermula dari situ, dia mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Bermula dengan tidak meninggalkan solat wajib lima waktu dan kemudian menzahirkan keinginan untuk mula mengenakan hijab.
ABBY FANA
Sekembali menunaikan haji, Abby Fana mula berhijrah. Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar merupakan seorang yang sederhana. Dia memberitahu pernah mengalami kemurungan dan mendapat bantuan profesional yang mengingatkannya supaya mendekatkan diri kepada Allah serta mencari kebahagiaan ke arah pengisian rohani.
Sumber kredit: Sekkito.net
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perlukah waris qada solat buat ibu bapa yang telah meninggal dunia terutamanya bagi orang tua yang terpaksa meninggal solat kerana uzur dalam tempoh yang agak lama sebelum meninggal dunia.
Sebagai waris atau anak pasti timbul rasa tanggungjawab apabila mengetahui orang tuanya memang meninggalkan solat di saat-saat kematian kerana sakit.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini dan haruskan waris mengqada atau membayar fidyah bagi pihak si mati yang meninggalkan solat?
Ibu saya baru saja meninggal dunia, dan sepanjang setahun terakhir ini, beliau kerap meninggalkan solat kerana sakit dan tak sempat qada sebelum meninggal dunia.
Adakah kami sebagai waris boleh qada solat yang ditinggalkan atau membayar fidyah bagi pihak beliau?
Jawapan:
Menurut pendapat muktamad mazhab Syafie, amalan qadha solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan. Kata Imam Syamsuddin al-Ramli:
ولو مات وعليه صلاة أو اعتكاف لم يفعل ذلك عنه ولا فدية له لعدم ورودها
Maksudnya: “Jika seseorang mati dan dia berhutang solat atau iktikaf (nazar), maka walinya tidak dapat qada bagi pihaknya dan hutang solat itu tidak gugur dengan fidyah, kerana amalan tersebut tidak sabit melalui nas.
Ada pandangan kedua (pandangan yang lemah) dalam mazhab Syafie yang membenarkan amalan ini, dan ia dipegang serta diamalkan oleh ramai ulama. Namun, ia dihukumkan sebagai lemah oleh Imam al-Nawawi:
Maksudnya:
Pengarang kitab al-Hawi menukilkan kalam daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Ishaq bin Rahawaih, mereka berdua mengharuskan solat bagi pihak si mati, manakala Syeikh Abu Sa‘ad Abdullah bin Muhammad bin Hibatullah bin Abi ‘Asrun daripada kalangan ulama mazhab kami yang mutakhir dalam kitabnya al-Intisar juga memilih pandangan ini.
Imam al-Baghawi daripada kalangan ulama mazhab kami (ashab al-wujuh) pula menyatakan dalam kitabnya al-Tahzib bahawa pandangan yang mengharuskan bayaran fidyah sebanyak satu cupak (mud) bagi setiap solat yang ditinggalkan ialah pandangan yang boleh diterima. Namun semua pandangan ini adalah lemah.
Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh Syeikh Abu Bakr al-Dimyati:
من مات وعليه صلاة، فلا قضاء، ولا فدية. وفي قول – كجمع مجتهدين – أنها تقضى عنه، لخبر البخاري وغيره، ومن ثم اختاره جمع من أئمتنا، وفعل به السبكي عن بعض أقاربه، ونقل ابن برهان عن القديم أنه يلزم الولي – إن خلف تركه – أن يصلي عنه، كالصوم .وفي وجه – عليه كثيرون من أصحابنا – أنه يطعم عن كل صلاة مدا
Maksudnya:
“Sesiapa yang telah meninggal dunia dan dia ada hutang solat, maka tiada baginya qada mahupun fidyah. Menurut sebahagian imam mujtahid pula, ia mesti diqada (oleh waris yang masih hidup) berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan selain beliau.
Oleh sebab itu, sebahagian ulama mazhab Syafi’i memilih pandangan ini, dan amalan qada solat ini diamalkan oleh al-Subki bagi pihak sebahagian daripada kaum kerabatnya. Ibn Burhan pula meriwayatkan satu fatwa lama (qaul qadim) Imam Syafi’i bahawa wali wajib qada dengan mengerjakan solat jika si mati meninggalkan harta warisan, seperti mana puasa.
Ramai ulama daripada kalangan Ashab al-Wujuh berpendapat bahawa bagi setiap solat yang ditinggalkan, hendaklah diberi makan kepada fakir/miskin dengan kadar satu cupak.
Berdasarkan penjelasan di atas, hal ini merupakan permasalahan fiqh yang diperselisihkan oleh para ulama mazhab Syafie. Namun pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah amalan fidyah solat ini tidak disyariatkan, manakala pandangan kedua membenarkannya berdasarkan qiyas kepada amalan fidyah puasa yang dibayar oleh pewaris si mati.
Syeikh Qalyubi pula menukilkan daripada sebahagian ulama mazhab Syafie yang mengharuskan amalan ini:
وهذا من عمل الشخص لنفسه فيجوز تقليده لأنه من مقابل الأصح
Maksudnya:
Amalan ini (qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati) ialah amalan peribadi seseorang, maka diharuskan untuk bertaqlid padanya, kerana ia merupakan pandangan muqabil al-asah (pandangan kedua dan lemah di dalam mazhab Syafie, namun ia merupakan khilaf yang kuat dan muktabar dalam mazhab).
Kesimpulannya, amalan qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan dan tidak sah menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, kerana tiada nas sama ada daripada al-Quran mahupun hadis yang sahih yang menunjukkan pensyariatan amalan ini.
Namun, mengambil kira perkara ini termasuk dalam khilaf yang muktabar, amalan ini boleh dilakukan kerana ia mempunyai sandaran dalam mazhab Syafie dan diamalkan oleh para ulama.
Tidak ada alasan untuk seseorang itu melakukan amal ibadah walaupun ditempat yang sempit dan kecil.
Asalkan niat itu ke arah jalan kebaikan, pekerjaannya sangat dimuliakan oleh Allah.
Baru-baru ini viral beberapa keping gambar seorang warga emas yang dilihat sedang duduk khusyuk membaca ayat suci Al-Quran di satu sudut sempit.
Gambar ini dilihat amat bernilai kerana nenek berkenaan menghabiskan sisa hidupnya melakukan amal ibadah seperti mengaji sambil menadah tangan berdoa.
Lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan di tempat serba kekurangan iaitu di sebuah lorong kecil.
Nenek berkenaan pastinya mengadu pada Tuhan mengenang nasib dirinya yang memohon apa yang dihajai kepada Allah SWT.
Ternyata posting yang dimuat naik di laman sosial twitter oleh pengguna menggunakan akaun nama Zia Ul Haq ini mendapat lebih 10 butang share dan 27 ribu tanda suka.
Malah pelbagai reaksi warganet yang sangat menyentuh hati melihat perkongsian gambar yang tular ini.
Masing-masing turut mendokan nenek ini dilindungi oleh Allah SWT dan segala yang dihajati dimakbulkan oleh Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?