Seperti kisah yang dikongsi oleh Miya Juna saat detik perkenalan dengen suali tersayang, Daeng Mizan.
Menurut Miya, ketika itu suaminya cuba ‘mendekati’ dan dia hanya mengambil sikap jual mahal.
Malah hanya memberi tanda jempol (ibu jari) atau Like sahaja setiap kali ucapan salam diberi suaminya itu.
Namun dek sikap tidak jemu dan sentiasa berusaha mendekati, akhirnya berjaya melembutkan hatinya dan selang beberapa tahun kemudian kedua-duanya sudah sah menjadi suami isteri.
Ads
Pasangan ini juga kini sudan dikurniakan seorang anak, diberi nama Anggun Khadijah pada 9 Ogos lepas.
Dalam postingnya itu juga Miya memohon orang ramai dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak meraka ini agar besar menjadi insan yang solehah.
Ternyata kisah pasangan ini sangat memberi inspirasi terutama kepada yang belum mendirikan rumah tanga.
Bukan itu sahaja, warganet turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini sekeluarga.
‘Suamilah syurga, susah dan senang biarlah bersama.’ Pengorbanan seorang isteri, sanggup kendong suami naik, turun tangga dari tingkat 4 rumah pangsapuri.
Ternyata tidak semua mampu mengharungi dugaan ini, betapa beratnya bila tempat bergantung iaitu suami sakit dan hilang upaya. Jika tak cukup kuat, pasti hilang pertimbangan. Namun ternyata wanita tabah ini berjaya melaluinya.
Kisah ketulusan kasih sayang seorang isteri kepada suami ini tular di laman sosial telah meruntun hati ramai. Ungkapan pendek yang diungkapnya iaitu, Suamiku syurgaku, juga memberi makna yang mendalam.
Video Nik Junainah Nik Soh, 41, atau mesra disapa June menggendong suami tercinta Mazlan Othman, 48, menuruni rumah pangsapuri mereka yang berada di tingkat empat Pangsapuri Kasawari, Cheras, Selangor mendapat perhatian war ganet.
Malah, rakaman yang dikongsikan aktivis masyarakat, Hamsatul Hamzah tular di laman sosial.
“Suamilah syurga saya, susah senang saya ingin sentiasa bersamanya,” demikian catatan Hamsatul tentang kata-kata June yang menjentik hati warganet.
Menurut June, suaminya Mazlan sakit sejak 12 tahun lalu. Biarpun lebih sedekad diuji, guru tadika itu tetap setia dan cekal menyokong lelaki itu.
“Suami sudah 12 tahun mengalami psoriasis (sakit kulit kronik). Disebabkan itu juga, beliau mengalami masalah sendi.
“Selain itu, beliau juga mengalami masalah hati iaitu hepatitis dan baharu sahaja menamatkan rawatan tibi (tuberkulosis) pada bulan Ogos baru-baru ini,” katanya.
Tambah June, jika sebelum ini, suaminya berupaya berjalan dengan sempurna. Tetapi nasib suaminya, Mazlan, berubah setelah insiden yan g berlaku pada Ogos lalu.
“Awal bulan Ogos 2021, suami saya tidak sedarkan diri di rumah dan terus dibawa ke hospital Serdang. Selepas Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) doktor sahkan ada jangkitan kuman tibi dari paru-paru ke otak dan beliau ‘ditidurkan’ selama dua minggu lebih.
“Selepas keluar dari hospital beliau ada masalah untuk berjalan kerana mengalami kesakitan pada sendi punggung dan paha. Doktor lakukan X-ray dan mendapati sendi-sendi berkenaan berlaga yang menyebabkan suami sakit apabila berjalan.
“27 November 2022 baru-baru ini, suami terjatuh di bilik air hingga luka pada dahi dan patah lengan kanan. Selepas kejadian itu, paha kanannya semakin sakit dan tidak boleh berjalan selama seminggu,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Katanya lagi, kesakitan pada sendi suaminya menjadi kronik selepas kejadian itu. Malah kaki kanan Mazlan sakit tidak boleh berpijak ke lantai apabila berjalan.
“Mungkin disebabkan jatuh terhentak, kami risau ada patah tetapi apabila X-ray , Alhamdulillah tiada kepatahan cuma doktor beritahu ada sedikit kecederaan pada bahagian dalam sendi,” katanya yang memberitahu suaminya terpaksa memakai lampin pakai buang selepas kejadian itu.
Justeru, wanita tabah ini bertindak sebagai pemudah suaminya untuk bergerak dengan cara mengendong lelaki itu untuk ke mana sahaja termasuk menuruni pangsapuri mereka yang tidak dilengkapi lif.
Sementelah kini June perlu membawa suami menghadiri janji temu daripada pakar kulit, pakar sendi, pakar hati dan pakar tulang.
“Dalam sebulan tidak tentu, ada empat kali, ada dua kali. Boleh dikatakan dua kali sebulan dan fisioterapi,” katanya.
Pergerakan Mazlan yang terhad memerlukan lelaki itu dibantu. Wanita tabah itu bersyukur anak-anak remajanya, memahami dan ringan tulang membantu kebajikan si bapa.
“Apabila saya bekerja, anak-anak akan tengokkan bapa mereka. Nur Alya Maisarah, 16 tahun dan Muhammad Rasydan Fahtullah, 13 bergilir-gilir membantu sementelah persekolahan mereka berlainan sesi,” katanya.
Tidak hanya anak-anak, jiran tetangga yang prihatin tidak berkira dalam membantu mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah ALLAH Maha Baik sentiasa mudahkan urusan kami. ALLAH hadirkan jiran dan sahabat yang selalu bantu kami pada saat kami memerlukan.
“Ada juga sahabat yang membantu menggendong suami ketika turun dan naik tangga jika ada pemeriksaan di hospital apabila diminta oleh suami saya.
‘Mohon doakan juga semoga Allah selalu mudahkan urusan insan-insan yang baik ini. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami,” tutur June memetik laporan Sinar Plus.
Biarpun Mazlan yang sebelum ini bertugas sebagai juruteknik dan mendapat pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), June kini menggalas tugas mencari rezeki buat keluarga.
Pendapatannya sebagai guru tadika ‘cukup-cukup sahaja’ untuk menampung perbelanjaan makan minum keluarga, perubatan suami dan persekolahan anak-anak.
Sementelah kos perubatan dan ulang alik ke Hospital Serdang mencecah ratusan ringgit sebulan. Malah menurut June, suaminya sering kehabisan ubat tahan sakit dan perlu membelinya di farmasi.
Pun begitu, June bersyukur anak-anak amat memahami kewangan keluarga dan tidak pernah meminta di luar kemampuan.
Bagi kalian yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan kepada akaun Maybank Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP), 5622 6355 9574.
Kashoorga: Semoga June dan keluarganya terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Amin.
Tahniah buat pengantin baharu, Mira Filzah dan suami, Wan Emir yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 September 2020. Semoga sahaja pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Begitu juga buat pengantin baharu lainnya. Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci yang diredha Allah SWT. Pernikahan adalah ibadah yang begitu suci dan mulia, di dalam agama Islam sendiri pernikahan digambarkan dengan kata mitsaqan ghalizha, iaitu janji yang sangat agung.
Ikatan agung ini tidak hanya menyatukan adam dan hawa saja, tetapi juga dengan kedua keluarga. Maka jelaslah, restu dan redha daripada kedua orang tua adalah sesuatu yang harus diambil perhatian.
Oleh itu, doa yang paling penting adalah doa dari ibu dan ayah mempelai agar berkahnya pernikahan yang dijalani. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Doa yang terbaik adalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kebiasaannya kita hanya ucapkan “Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia ke anak cucu” Tahukah kita bahawa doa begini tidak ‘dipersetujui oleh Rasulullah SAW? Oleh itu, kita amalkan doa berikut yang jauh lebih baik mengikut Sunnah.
Doa untuk Pasangan Pengantin Mengikut Sunnah
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa, jika Nabi SAW ingin mengucapkan selamat kepada seorang yang telah menikah, Baginda mendoakan,
“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR Abu Daud: 2130)
Kashoorga : Oleh yang demikian, selepas ini, kita titipkan doa sebagaimana sunnah sama ada diucapkan atau ditulis pada kad. Semoga kita mendapat manfaatnya. Bagaimanapun selagi kalimat doa itu masih mempunyai maksud yang baik, maka ia tidak menjadi kesalahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semoga Allah memberkati. ‘Terima kasih kedua isteri ku yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Ashraf Muslim dan kedua isterinya antara keluarga yang patut dikagumi kerana mampu hidup kekal bahagia walaupun berpoligami.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah bergelar suami kepada dua orang isteri jika kedua-dua wanita ini tidak saling bekerjasama dan bertolak ansur.
Baik Dr Noor Dayana Lokman, mahupun Wan Sakinah Ahmad Saburi tentu saja salin g berkorban rasa demi kebahagiaan bersama. Tidak semua wanita mampu mengharunginya. Salute!
Namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka yang berpoligami merasa bahagia. Jika nakhodanya bijak memainkan peranan dan meletakkan agama di tempat yang teratas, insyallah Allah akan permudahkan.
Beberapa hari lalu, pelakon ini ada membuat hantaran di akaun instagram dan dalam masa yang sama Ashraf turut meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri seperti Noor Dayana dan Wan Sakinah.
Posting Ashraf Muslim mendapat respon positif daripada semua pengikutnya dan rata-rata kagum dengannya.
Ikuti perkongsiannya,
Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteri ku yang ku sayangi yang sentiasa membantu ku dalam susah senang kehidupan ini.
Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyallah dapat keberkatan dari-Nya. Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.
Fridayfizza
Alhamdulillah. Semoga bahagia sampai ke jannah. Amin. Seronok bila tengok poligami digunakan dengan cara yang Rasulullah, tunjuk contoh dan dengan apa yang Allah izinkan.
Yakmatnorizan
Semoga kalian bahagia sehingga ke Jannah. Menjadi sebuah keluarga yang sakinah …. Happy sangat bila melihat Ashraf dengan isteri-isterinya bahagia…. Moga akan sentiasa begitulah hendaknya sehingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan. Aamiin!
Yuslizawankakyus
Sudah macam adik beradik jer nie. Bahagia sampai syurga hendaknya.
Hasleena67
Suka tengok famili Asyraf, semoga menjadi contoh pada yang lain dan sentiasa bahagia dunia akhirat
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.