Tahniah buat pengantin baharu, Mira Filzah dan suami, Wan Emir yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 September 2020. Semoga sahaja pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Begitu juga buat pengantin baharu lainnya. Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci yang diredha Allah SWT. Pernikahan adalah ibadah yang begitu suci dan mulia, di dalam agama Islam sendiri pernikahan digambarkan dengan kata mitsaqan ghalizha, iaitu janji yang sangat agung.
Ikatan agung ini tidak hanya menyatukan adam dan hawa saja, tetapi juga dengan kedua keluarga. Maka jelaslah, restu dan redha daripada kedua orang tua adalah sesuatu yang harus diambil perhatian.
Oleh itu, doa yang paling penting adalah doa dari ibu dan ayah mempelai agar berkahnya pernikahan yang dijalani. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Ads
Doa yang terbaik adalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kebiasaannya kita hanya ucapkan “Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia ke anak cucu” Tahukah kita bahawa doa begini tidak ‘dipersetujui oleh Rasulullah SAW? Oleh itu, kita amalkan doa berikut yang jauh lebih baik mengikut Sunnah.
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa, jika Nabi SAW ingin mengucapkan selamat kepada seorang yang telah menikah, Baginda mendoakan,
“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR Abu Daud: 2130)
Kashoorga : Oleh yang demikian, selepas ini, kita titipkan doa sebagaimana sunnah sama ada diucapkan atau ditulis pada kad. Semoga kita mendapat manfaatnya. Bagaimanapun selagi kalimat doa itu masih mempunyai maksud yang baik, maka ia tidak menjadi kesalahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan lelah menjadi seorang isteri. Terpaksa menguruskan keluarga dan dalam masa sama perlu bekerja untuk membantu kewangan suami.
Walaupun penat namun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dipenuhi tanpa sebarang rungutan.
Jadi kalau boleh sebagai suami perlu bijak membahagiakan isteri. Jangan lupa hargai mereka. Sesekali belikan mereka hadiah. Tidak perlukan yang mahal, cukup sekadar bawa mereka berjalan-jalan.
Hatta ajak pergi pasar malam juga sangat membahagiakan isteri. Kalau tak percaya boleh cuba buat dan dapat lihat wajah si dia akan senyum sampai telinga.
Dahsyat sangatkah jadi orang perempuan ini? Asyik mengadu penat. Orang lelaki yang baik dia takkan mengeluh apatah lagi mengherdik isteri yang meluah rasa penat. Suami yang baik akan peluk dan usahakan cara sampai isteri penat rasa bahagia.
Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.
Hukum perkahwinan kanak-kanak hendaklah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan di dalam sesebuah negara. Justeru, melihat kepada kaedah maslahah, istihsan, sadd az-zara’ie, zuruf serta adat, sewajarnya tidak dibenarkan perkahwinan di bawah umur menurut undang-undang. Pengecualian hanya boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu sahaja, setelah menepati syarat-syarat yang ketat dan diperakui oleh pihak mahkamah.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Kami juga nyatakan di sini dengan tegas pendapat dan cadangan kami dalam isu ini:
1. Memahami sesebuah isu dan realiti setempat dan keadaan persekitaran perlu diambil kira dalam mengemukakan pendapat dan hukum.
2. Kerajaan boleh dan perlu menggubal undang-undang yang lebih meraikan Maqasid Syariah dan menggabungkan antara nas syarak serta maslahah, yakni institusi keluarga yang penuh belas kasihan dan cinta. Justeru di bawah prinsip siyasah syar’iyyah yang telah kami bahaskan, kerajaan berkuasa untuk menetapkan polisi mengehadkan umur minimum perkahwinan kerana ia termasuk di bawah kategori taqyid al-mubah (mengikat perkara yang harus dengan suatu maslahat) bagi menegakkan keadilan dan bukanlah bertujuan untuk mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan.
3. Kaedah ini menjadi asas dan sudah menjadi polisi beberapa negara Islam seperti Jordan, Syria, dan termasuk negeri-negeri di Malaysia dan disokong oleh para ulama semasa seperti Syeikh Mustafa Siba’ie dan Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaily bahawa penetapan had umur minimum perkahwinan menepati tujuan sebenar pensyariatan nikah.
4. Hendaklah diberi kefahaman yang mendalam kepada pasangan yang ingin berkahwin berkenaan maksud, tujuan, cabaran dan tuntutan dalam perkahwinan. Alam rumahtangga memerlukan kedua-dua suami isteri mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi, dan perkahwinan kanak-kanak tidak memenuhi syarat ini.
5. Kami amat bersetuju dengan langkah proaktif pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Majis Agama Islam Selangor yang mahu menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun. Terdapat juga cadangan untuk mewajibkan hakim untuk mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas, menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta menjalani pemeriksaan perubatan yang dikendalikan oleh pegawai perubatan hospital kerajaan. Hakim juga akan diwajibkan untuk menyiasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan memanggil bakal suami atau bakal isteri dan bakal ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.[1]
6. Meraikan uruf dan adat setempat yang tidak bercanggah dengan syariat seperti kaedah yang masyhur ‘الْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ’ yang membawa maksud: “Adat itu boleh menjadi hukum” boleh diambil kira. Justeru, akta dan enakmen yang diwujudkan pada peringkat pusat dan negeri perlu diambilkira dalam membahas.
Ini juga mengambil kira kaedah fekah yang menyebut : لَا يُنْكَرُ تَغَيُّرُ الأَحْكَامِ بِتَغَيِّرِ الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ yang bermaksud: Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa dan tempat. Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya I’laam al-Muwaqqi’in menyebut : أنَّ الفتوى تختلف باختلاف الزمان والمكان والعوائد والأحوال yang bermaksud: Sesungguhnya fatwa itu berbeza dengan berbezanya masa, tempat, adat setempat, dan juga keadaan tertentu.
7. Isu ini (perkahwinan kanak-kanak) bukanlah termasuk dalam perkara tsawabit yang tidak boleh berubah seperti akidah, solat, dan seumpamanya. Bahkan ia termasuk di bawah perkara al-mutaghayyirat iaitu perkara furuk (cabang) yang boleh berubah dengan mengambil kira situasi semasa dan setempat.
8. Melihat kepada situasi zaman sekarang, di mana amat banyak perkahwinan kanak-kanak yang berakhir dengan perceraian dan penderaan ke atas wanita dan kanak-kanak, maka pihak pemerintah perlu mengambil tindakan sewajarnya menggunakan prinsip sadd az-zara’ie bagi mengatasi permasalahan yang timbul.
9. Justeru, sekiranya pemerintah di atas rasional dan kebijaksanaannya, setelah mengambil kira pandangan para agamawan berkenaan sesuatu isu, menetapkan suatu keputusan yang difikirkan lebih mendatangkan maslahah kepada rakyat, maka kita sebagai masyarakat awam dituntut untuk mengikutinya. Ini berdasarkan kaedah : تَصرُّفُ الإمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالمَصْلَحة iaitu : Tindakan (urus tadbir) pemerintah ke atas rakyat adalah terikat dengan maslahah.
10. Pengecualian untuk kebenaran perkahwinan kanak-kanak perlu dilihat kepada kes yang khusus dan tertentu, dan perlu melalui prosedur yang teliti dan melepasi syarat-syarat yang ketat. Contohnya, dalam kes perkahwinan remaja yang sudah terlanjur dan khuatir mengandung luar nikah yang boleh menyebabkan anak tersebut ternafi nasabnya. Justeru, wali hendaklah memainkan peranan penting dan mengetahui sebarang bentuk risiko agar kemaslahatan perempuan yang berkahwin terbela dengan sebaiknya.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Untuk kupasan lebih lanjut tentang isu ini, ikuti episod kelima Kashoorga Talk. Bersama Radin, mengupas isu ‘Kahwin bawah umur. Antara kebenaran agama dan logik akal’. Panel kali ini Ustaz Halim Hafidz dan Prof Dato Dr. Aishah Bidin.
Rabu, 14 November, jam 9.00 mlm hanya di Astro Oasis dan MAYA HD
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ternyata teaser drama Perempuan Itu yang dikongsi oleh pelakon Zul Ariffin semalam yang mempunyai adengan maksiat di mana lelaki dan perempuan berpelukan dan lagak bagai filem Barat serta bakal ditayangkan di bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi mendapat perhatian dari Menteri Agama, Senator Idris Ahmad. Jelas Menteri Agama ini, Ramadan adalah bulan mulia dan tidak seharusnya dicemari dengan maksiat dan pihaknya bakal memanggil penerbit drama berkenaan untuk berbincang mengenainya.
Dalam satu perkongsian selepas teaser ini tular, Menteri Agama ini menulis di faceboknya.
Hela nafas panjang saya.
Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.
Hiburan tidak dihalang dalam Islam.
Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.
Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.
Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela.
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.