Dalam mencari pasangan hidup, seseorang itu diharuskan memilih yang sekufu. Ini bagi memastikan rumahtangga dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Namun bagaimana yang dikatakan sekufu ini. Adakah bagi pasangan yang mencintai satu sama lain ini dianggap sekufu.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, pengguna yang menggunakan akaun nama @KhairIthnin menjelaskan maksud sekufu dalam mencari pasangan hidup.
Setelah kita tahu berkenaan sekufu dalam erti bahasa, kita kena tahu apa yg dimaksudkan dalam fiqh islami. Dalam I’anah al-Tholibin hasyiah kepada Fath al-Mu’in mengatakan sekufu itu, ialah sesuatu yg disebabkan ia, pihak perempuan takkan berasa malu dan aib.
Dalam erti kata lain, jika pasangan itu tidak sekufu dengan kita, ia akan dapat memalukan pihak kita secara adat nya. Ingat sekufu mengikut Mazhab Syafi’i bukan syarat sah nikah. Tetapi ia merupakan suatu bentuk untuk menyelematkan sesebuah pihak dari ditimpa malu.
Sekufu ini merupakan hak kepada perempuan dan wali perempuan. Cth, perempuan minat dah si lelaki ni. Tup² didapati dia tidak sekufu, maka wali boleh membantah dan membatalkan pertunangan dan perkahwinan tersebut. Jadinya, sekufu menurut Mazhab al-Syafi’i dilihat pada 5 aspek:
1) Agama dan Kesolehan.
Seseorang yg beragama (bukan yg alim or yg mengaji kat Al-Azhar je, cukup dia itu baik akhlaknya) tidak sekufu dengan yg minum arak, yg berzina, dll. Begitu juga, tak sekufu dengan fasiq atau yg buat bidaah.
2) Nasab (Keturunan).
Seorang itu kadangnya bangga dengan keturunan sendiri. Oleh itu urutan ikut kitab, keturunan al-Hasyamiy dan al-Matlabiy hanya untuk depa. Dan tak sekufu dengan arab yg lain. Arab Quraisy tak sekufu ngn arab lain. Untuk yg bukan arab kena rujuk adatlah.
Cth: Keluarga diraja mana nak sama ngn keluarga biasa. Haa dll lah contoh. Tapi sesiapa yg menuntut ilmu agama (so yg lain ngajilah agama) dia paling tinggi dari sekalian keturunan.
3) Cacat
Seorang yg cacat seperti gila, mati pucuk, yg takde alat langsung, kusta. Atau penyakit sperti Aids, HIV yg boleh berjangkit (Corona saya tak tahu lagi ye) tak sekufu dengan yg sempurna anggota badan dan kesihatannya.
4) Pekerjaan
Pekerjaan ni berbalik pada adat. Contoh suatu pekerjaan yg boleh memalukan. Kalau dulu, tukang kutip sampah atau kerja angkut najis ni, adalah pekerjaan yg aib. Jadi tak sekufu lah dengan anak ahli perniagaan, cikgu dll. Ingat ia berbalik pada adat kita.
5) Merdeka.
Iaitu tidak hamba. Atau anak kepada seorang hamba (walaupun dia merdeka) tak sekufu dengan anak yg merdeka. Kelima² ini adalah panduan untuk lelaki dan perempuan. Cuma lelaki tak dititikberatkan sgt, walaupun dia kawin dengan yg bawah daripada dia.
Jadi, kesimpulannya kesemua ini hanyalah panduan untuk kita dalam memilih. Supaya tak menyesal kemudian hari. Sbb itu wali juga main peranan untuk memastikan anak perempuan mereka dinikahi dengan seorang yg sekufu dan mampu membahagiakan anak
dia.
Ya, boleh je da pastikan semua ini tetap berlaku perceraian. Tapi sekurang²nya kita usaha dah yg terbaik. Saya ulang, benda ni ikut adat dan suasana family kita. Masih boleh budi bicara dengan keluarga. Sbb ia bukan syarat sah nikah.
Yelah kalau dah bercinta lamakan tetiba tak sekufu, dah nnty broken payah pulak. So sembang lah baik². Untuk masa depankan? Itu guna masa pertunangan untuk selidik pasangan masing². Jgn main bedal je kawin dengan org mana entah. Last² menyesal. Lain lah korang wali Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ada yang mengatakan bergelar anak sulung dalam keluarga menjadi satu kelebihan. Tetapi ada juga yang mengatakan ia seperti suatu beban kerana terpaksa memikul tanggungjawab sementara kepada ibu dan bapa dalam keadaan tertentu.
Namun sebenarnya anak sulung ini dikatakan seorang yang cepat matang dan berani membuat keputusan. Malah ramai yang dikatakan mencari calon isteri dari mereka yang anak sulung ini kerana banyak kelebihan.
Selain menjadi kakak yang terbaik kepada adik-adiknya, ada faktor hebat membuatkan diri mereka adalah calon terbaik untuk dijadikan isteri.
Ayuh kita lihat ciri-ciri anak sulung yang pastinya menjadi calon isteri idaman dalam mencari syurga nan abadi bersama.
Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ itu wajib ada. Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati. Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan dan tidak kedekut. Mereka ini juga sentiasa murah hati, garang tetapi sebenarnya lembut hati.
Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tidak suka terbawa-bawa emosi negatif. Dari kecil lagi ibu ayah sudah pupuk sifat penyayang pada anak pertama.
Mereka ini juga jenis tidak suka pamer kesedihan walaupun sedang bersedih. Anak sulung lebih banyak tersenyum sepanjang masa.
Sudah biasa mengggalas tanggungjawab sejak kecil lagi. Anak sulung ibarat sebagai ibu bapa yang selalu diharapkan untuk membantu mereka buat kerja rumah dan menjaga adik-adik lain.
Memandangkan anda kerap jujur tentang adik beradik apabila berbicara dengan ibu bapa, jadi anda pasti selalu jujur dengan pasangan. Sikap jujur dan berterus terang sememangnya sudah menjadi sebahagian dari sifat natural anda, jadi siapa yang tidak mahukan isteri yang jujur bukan?
Sebaik sahaja adik dilahirkan, pastinya ada sudah belajar untuk berdikari dalam kebanyakkan perkara. Anak sulung selalunya kuat dan boleh menjaga hal berkaitan diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Ibu bapa memberi kepercayaan kepada anda walaupun anda seorang perempuan, kerana anak sulung kebiasaannya menjadi pembantu buat si ibu di rumah.
Ini perkara yang pastinya ramai yang bersetuju, yang anak perempuan sulung pandai memasak! Oleh kerana sifat mereka yang berdikari, jadi memasak merupakan salah satu perkara yang biasa dilakukan, dan pastinya resipi asli dari si ibu menjadi kebolehan mereka! Bukan sahaja anda lemah lembut, malah dengan kepakaran memasak anda pasti ramai jejaka yang akan terpikat!
Oleh kerana anda sudah terbiasa menguruskan adik-adik sedari kecil, pastinya anda sudah pakar dalam mengendalikan anak kecil malah menguruskan rumah apabila ibu sibuk menjaga anak-anak yang lain! Pastinya bila mempunyai anak sendiri, anda bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan keluarga.
Anda sebagai kakak sudah biasa mendengar cerita dan aduan dari adik-adik, maka ini jelas menyatakan yang anda juga merupakan seorang pendengar yang baik. Anda setia mendengar celoteh si adik dan memberi nasihat kepada mereka.
Anda selalu bantu ibu bapa menguruskan rumah apabila mereka tiada rumah, seperti memasak, berkebun, membasuh baju dan sebagainya. Anda juga melakukan dengan ikhlas kerana faham akan kesukaran ibu menguruskan keluarga tanpa bantuan apabila bapa ke tempat kerja.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.
Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jenazah lelaki.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Kain kafan yang selalu kita lihat membaluti jenazah adalah berwarna putih, jarang sekali kita lihat selain warna ini. Jika ada pun mungkin atas faktor kecemasan.
Bagaimanapun, bagi menjawab persoalan menarik ini, kita ikuti penjelasan dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah kita ingin mengkafankan jenazah di kawasan yang tiada padanya kain kafan berwarna putih ?
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kafan bermaksud suatu yang membalut atau menutup badan jenazah yang meninggal dunia. Secara umumnya, mengkafankan jenazah dengan kain putih adalah dituntut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah
Kata perintah dalam ayat tersebut membawa kepada hukum sunat. Ini kerana, Rasulullah S.A.W ada memakai pakaian-pakaian yang tidak berwarna putih dalam keadaan yang banyak bagi menjelaskan keharusannya.
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa proses mengkafankan jenazah ini disunatkan padanya untuk menggunakan kain kafan yang berwarna putih.
Jenis (kainnya) pula bagi hak si mati adalah apa yang dibolehkan untuk dia memakainya semasa masih hidup. Maka dibolehkan untuk dikafankan orang perempuan menggunakan kain sutera, namun makruh hukumnya. Manakala bagi orang lelaki haram dikafankan dengan kain sutera.
Justeru, jika tiada kain kafan dalam pemahaman masyarakat iaitu kain yang berwarna putih, maka boleh untuk jenazah dikafankan dengan apa sahaja kain yang dibolehkan untuk si mati memakainya semasa hayatnya.
Sekiranya tidak mencukupi tiga helai kain, memadailah dengan sekadar sehelai kain sahaja untuk menjadi kain kafan kepada si mati.
Kata Imam al-Nawawi: أقل الكفن ثوب ، وأكمله للرجال ثلاثة ، وفي قدر الثوب الواجب ، وجهان . أحدهما : ما يستر العورة ، ويختلف باختلاف عورة المكفن في الذكورة والأنوثة . والثاني : ما يستر جميع بدنه إلا رأس المحرم ، ووجه المحرمة
Maksudnya: Sekurang-kurang kain kafan adalah sehelai pakaian. Yang paling lengkap adalah tiga helai pakaian. Kadar pakaian yang wajib (sebagai kain kafan) ada dua pandangan (di sisi ulama mazhab).
Pertama: (Pakaian) yang menutup aurat, dan ia berbeza dengan perbezaan aurat individu yang dikafankan antara jenazah lelaki dan jenazah wanita.
Kedua: Pakaian yang menutup kesemua tubuh badan jenazah melainkan kepada jenazah yang dalam keadaan berihram dan wajah jenazah perempuan yang dalam keadaan berihram.
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya tidak terdapat kain kafan yang berwarna putih keseluruhannya itu untuk digunakan dalam proses mengkafankan jenazah, adalah dibolehkan untuk dikafankan jenazah dengan pakaian yang menutup seluruh aurat jenazah dengan jenis kain yang dibolehkan kepada dirinya untuk dipakai semasa hayatnya di dunia.
Kami juga mencadangkan agar para pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat-masyarakat di pedalaman agar turut membawa bersama bahan-bahan pengebumian masyarakat bagi memudahkan urusan masyarakat tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Kashoorga: Bukan sahaja pendakwah, kita sebagai individu harus membuat persediaan awal dengan menyimpan baik kain kafan putih bagi kegunaan masa hadapan. Kita tak tahu bila ajal kita sampai.