Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk menjaga kemaslahatan di kalangan masyarakat dan terbina dengan cara yang terbaik.  Melalui perkahwinan jugalah dapat mendatangkan ketenteraman hati dan jiwa manusia. Di antara kebesaran Allah S.W.T ialah menciptakan isteri kepada golongan pemuda tanpa diduga oleh mereka sendiri kerana sudah tertulis dan ditakdirkan siapakah pasangan mereka.

Firman Allah S.W.T.:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Surah ar-Rum: 21)

Namun hubungan batin yang tidak diuruskan dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya masalah perceraian.

IKLAN

Hubungan Batin Melalui Perkahwinan Itu Cara Urus Nafsu Seseorang Supaya Halal Dan Selamat Namun Jangan Sampai Jadi Asbab Perceraian


Dulu saya tidak bersetuju kenyataan, “jangan kawin kerana hubungan batin”, tetapi setelah membuat kajian dan pengalaman berhadapan dengan kes perceraian, saya bersetuju. Malah itulah yang menyebabkan berlakunya perceraian dengan mudah.

Tahukah anda rupa orang yang berkahwin kerana hubungan batin?
1. Setelah kahwin dia hanya beri perhatian kepada hubungan batin. Selepas bersama isteri dia tidur atau keluar rumah. Nanti bila dia perlukan hubungan batin lagi dia akan pulang.
2. Dia tidak fikirkan soal nafkah isteri, kebajikan isteri, kesihatan isteri dan keselamatan isteri.
3. Bila isteri tidak memberi layanan seks dia akan pukul dan dera isterinya.
4. Bila isteri sudah putus haid, dia akan tinggalkan isterinya, dan berkahwin lain.

IKLAN

Apabila keadaan ini berterusan, isteri akan bertindak memohon cerai, tetapi suami tidak mahu melepaskannya. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Sebenarnya Islam tidak menafikan hubungan batin, malah hubungan batin merupakan tarikan utama kepada perkahwinan. Bahkan orang yang tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan batin, haram berkahwin. Jadi, hubungan batin bukanlah musuh Islam.

IKLAN

Berdasarkan itu, berkahwin dalam Islam adalah untuk mengurus nafsu seseorang supaya halal dan selamat.

Dengan pengurusan yang sempurna itu akan terbinalah:
1. Kebahagiaan kerana pihak-pihak boleh bermain-main dan bergurau senda mengikut kehendak mereka.
2. Terbina kasih dan sayang apa yang disebutkan oleh Allah mawaddah wa rahmah.
3. Dikurniakan anak sebagai pengikut kasih sayang.
4. Rasa terhutang budi dan rasa tanggungjawab membela isteri.

Kalau semua ini terjadi dalam keluarga anda, tentu ada seperti satu jaminan untuk kekal hingga ke syurga. Jadi, anda boleh nilai perkahwinan anda sama ada yang pertama atau yang kedua. Wallahu aklam.

Sumber kredit: FB: Ahmad Baei

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI