Kematian itu menjemput kita tidak kira masa sama ada cepat atau lambat. Kalau memang Dia sudah mengkehendakinya, siapalah kita hambaNya yang mahu menolak ketentuan Illahi.
Seperti perkongsian di laman twitter apabila seorang remaja lelaki, Ilyas Munzir Isahak yang meninggal dunia akibat kemalangan sebaik setelah menunaikan solat Subuh di Masjid Pangkalan Balak, Masjid Tanah Melaka Ahad lalu.
Ternyata pemergian remaja yang baru berusia 17 tahun ini amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya. Mereka turut muat naik ucapan takziah di laman sosial kepada arwah.
Ads
Masing-masing meluahkan rasa rindu terhadap kehadiran Allah dan rata-rata teman-temannya mengakui arwah seorang insan yang baik budi pekertinya.
Kematian yang menghidupkan haji yang lama mati.
Ads
Kemalangan sebab langgar tiang lampu. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pemergian teramat mulia.
Ads
Serah rindu pada Allah.
Rehatlah dengan segala permainan dunia.
Moga tenang di sana & tunggu di syurga.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Ketika hayatnya, arwah juga merupakan ahli kelab remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu sudah menjangkiti 219 juta manusia dengan kadar kematian dicatatkan sebanyak 4.55 juta di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, setakat semalam 14,545 kes dengan 250 kematian dilaporkan semalam.
Sesungguhnya dalam urusan ajal, manusia tidak mampu menolak takdir. Ia sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Dari satu perkongsian dari doktor perubatan Dr Arisman di fbnya, pegawai perubatan ini memaklumkan kematian seorang pesakit Covid-19 Affendy bin Mohd Yusof.
Pernah tular sebelum ini di media sosial kerana pesakit enggan ditidurkan dan kes ini mendapat perhatian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya pada 13 September 2021 selepas ia viral di media sosial sehari sebelumnya.
Dalam kenyataan media itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkata, Affendy telah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengidap Covid-19 tahap empat dan pemeriksaan awal menunjukkan tahap oksigen dalam darah sangat membimbangkan. Sehubungan itu, rawatan terapi oksigen telah dimulakan. Namun begitu pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah pesakit hanya dapat distabillan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator.
Pegawai Perubatan Pakar Rawatan Rapi dan ICU telah memaklumkan tentang keadaan kritikal ini kepada pesakit dan ahli keluarganya. Pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan kepada tubuh dan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberi rawatan tersebut. Walau bagaimanapun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan disyorkan dan telah memohon agar dibenarkan pulang atas risiko sendiri.
Pihak hospital masih menempatkan pesakit di ICU untuk pemantauan walau pun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan ventilator memandangkan keadaan pesakit yang masih kritikal dan berisiko menyebarkan penyakit Covid-19 kepada individu lain sekiranya dibenarkan pulang.
Dalam situasi ini, didakwa peguam yang mewakili pesakit telah menasihatkan pesakit agar tidak keluar dari hospital dan arwah kemudiannya dipindahkan ke wad biasa.
Namun ajal yang sudah tertulis buatnya kerana diberitakan semalam arwah disahkan meninggal dunia selepas lebih 10 hari menjalani rawatan.
Sesungguhnya, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Kita mungkin bukan pakar dalam bidang orang lain dan begitulah sebaliknya. Kita mampu memberikan sudut pandang dari kepakaran kita tetapi selebihnya adalah kuasa Allah taala.
Dalam pada itu, seorang pengguna fb mengucapkan terima kasih di atas layanan pihak perubatan KKM yang merawat saudaranya dan mengucapkan takziah di atas kejadian menimpa arwah.
Salam takziah. Very sad indeed. Saudara rapat saya warded in ICU selama 40 hari. Berada di wad biasa 20 hari lagi. Total warded is more than 60 days, kami biarkan saja dr dan pakar perubatan menjalankan tugas mereka. Sekarang dia sudah balik ke rumah. Masih lemah dan dalam therapy. Dr dan petugas kesihatan menyambung tugas mereka dengan merawat dia di rumah dan dipantau selang beberapa hari. Saya ingin mengucapkan terimah kasih kepada petugas petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana tidak berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya. This people are the walking angels among us. Jangan memperlekehkan mereka. Semasa dia di masukkan ke ICU tahap oksigennya hanya 85% saja. Peluang untuk dia hidup pun 50 % saja. Mereka tidak berputus asa. Kita harus memberikan mereka ruang untuk mereka bekerja tanpa gangguan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dek kerana komitmen pada pekerjaan ramai yang leka dan meninggalkan solat yang menjadi kewajipan buat umat Islam. Perkara ini diakui oleh seorang pramugari.
Namun kehadiran ustazah Asma Harun dalam satu penerbangan pulang dari umrah mendetikkan kesedaran dalam hati pramugari ini untuk menunaikan solat ketika di dalam kapal terbang.
Perkara ini diceritakan oleh Ustazah Asma’ Harun dalam catatan di akaun Facebook beliau yang menyentuh hati ramai.
“11 tahun bekerja sebagai pramugari, ini kali pertama saya tunai solat atas kapal terbang, sebelum ini saya tak ambil berat…”
SubhanAllah, itulah luahan seorang pramugari yang tiba-tiba datang memegang erat tangan saya. Waktu itu, saya bersama jemaah umrah pulang ke Malaysia dari tanah suci. Tak silap Saudi Airlines, pramugari tersebut bukan orang Malaysia. Kami berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
Ketika itu kami bertolak malam, jadi apa yang saya fikirkan mungkin semua jemaah akan tidur dan tidak sedar bila masuknya waktu Subuh nanti. Jadi saya beritahu kekhuatiran ini kepada pramugari tersebut. Jika nak kejutkan jemaah seorang demi seorang agak mustahil kerana terlalu ramai.
Dengan keadaan pesawat yang gelap, suasana yang nyenyak untuk tidur, memang agak sukar. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya memujuk pramugari tersebut untuk memberi keizinan menggunakan speaker pesawat bagi membuat pengumuman mengejutkan jemaah nanti.
Tetapi pramugari tidak mengizinkan kerana perbuatan saya ini melanggar prosedur.
Saya cuba pujuk berulang kali sehingga dia minta izin untuk bincang dengan kapten dahulu. Sementara itu, timbul rasa tak senang hati sambil berdoa agar dilembutkan hati kapten dan dipermudahkan urusan perbincangan tersebut.
Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah, pramugari itu datang dan maklumkan kapten memberi keizinan. Allahu Akbar. Sungguh, saya rasa sangat bersyukur. Barulah dapat tidur sebentar dengan lega. Kemudian, bila hampir waktu Subuh, pramugari itu kejutkan saya untuk buat pengumuman.
“Assalamualaikum kepada semua jemaah. Sila bangun, sekejap lagi kita akan memasuki waktu solat subuh dan waktunya sangatlah pendek. Jadi boleh bersiap sedia untuk ambil wudhuk. Bagi perempuan, sekiranya ingin membersihkan hadas atau berwudhuk boleh ke tandas, jika boleh gunakan spray wudu’ masing-masing, jika dapat solat di tempat yang disediakan di bahagian belakang. Namun jika tidak, solat di tempat masing-masing dan pastikan menghadap kiblat.”
Tidak lama selepas selesai solat, pramugari tadi datang lalu memegang erat tangan saya. “Madam, tadi merupakan pengalaman pertama saya solat di dalam kapal terbang sepanjang 11 tahun bekerja sebagai pramugari.
Saya Muslim, hari ni saya jumpa orang yang bersungguh menjaga solatnya dan memikirkan tentang solat orang lain. Terima kasih Madam, kerana jadi asbab saya solat pada hari ini, jika tidak saya hanya solat bila tiada penerbangan.” Allahu Akbar, sebak mendengar luahan hati si pramugari. Dia bercerita sambil menangis dan bersungguh.
Alhamdulillah, benarlah hidayah itu milik Allah. Ditakdirkan bahawa pintu hatinya terbuka saat melihat kesungguhan hamba-hamba Allah yang ramai menunaikan kewajipan solat tanpa mengira tempat atau kekangan kemudahan yang ada.
Mungkin ramai lagi orang yang hadapi situasi yang sama dengan pramugari tadi walaupun di dalam organisasi yang berbeza. Maka perbanyakkanlah doa supaya ilmu dan hidayah itu sampai kepada kita semua.
‘Semua jemaah haji masuk Raudhah melalui pintu 37.’ Pintu 32 pinggir Raudhah, jangan salah info. Jemaah haji yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci pasti keliru mana pintu yang sebenar.
Oleh sebab itu amat tidak digalakkan menyebarkan info yang salah kerana bimbang mengelirukan orang ramai. Bagi membetulkan keadaan, Nur Syazwani Halim berkongsi tip dan pintu manakah yang sebenarnya boleh akses ke Raudhah.
Bagi yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang datang menunaikan haji, jemaah akan dibawa masuk ke dalam Raudhah pada siang hari.
Selalunya selepas Subuh (bagi jemaah wanita) dan selepas Zohor (bagi jemaah lelaki), bergantung kepada petugas KT masing-masing.
Namun, jemaah boleh masuk ke Raudhah sekali lagi menggunakan permit Nusuk mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Bagi jemaah wanita, permit Nusuk hanya di sebelah malam bermula pada pukul 9.30 malam.
Pintu masuk ke dalam Raudhah masih lagi menggunakan Pintu 37. Pintu 32 memang dibuka selepas Subuh dan Isyak untuk jemaah wanita tanpa perlu menggunakan permit Nusuk, namun hanya untuk masuk di pinggir Raudhah (kawasan masjid lama).
Memang akan ada mihrab juga di situ, tetapi ianya bukan Mihrab Nabawi/Mihrab Rasulullah, tetapi Mihrab Hanafi. Harap maklum.
INFO 1: Pintu 21 juga dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini. Namun, ianya juga bukan laluan ke Raudhah bagi jemaah yang tiada permit Nusuk.
Diharap tiada posting lama berkenaan Raudhah dipanjangkan kepada umum kerana boleh mengelirukan jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini.
Sebelum ini, ada yang kongsi satu hantaran mengenai Raudhah yang mengandungi gambar di bawah berserta gambar-gambar yang lain (Secondary post) di dalam Group Umrah/Hajj Pre & Post for Ladies sebelum ini.
Credit to the first author, but I hafta leave it anonymous disebabkan maklumat yang dikongsi di dalam post asal dengan mengatakan Raudhah boleh di access melalui Pintu 21 dan 32 adalah sangat tidak tepat (The post is no longer in the group).
Ini adalah pinggir Raudhah. Kawasan masjid lama. Bersebelahan dengan Raudhah. Kalau masuk melalui Pintu 32 selepas Subuh dan Isyak bagi jemaah wanita, memang tidak perlu menggunakan permit kerana hanya masuk ke kawasan ini.
Ini adalah kawasan pinggir raudhah, menurut sumber tiang di pinggir raudhah berbeza dan tiada kelopak. .
Sebab itu diletakkan penghadang kanvas putih untuk membezakan kawasan Raudhah (yang ada tempat muazzin) dengan kawasan masjid lama ini.
Boleh masuk untuk ziarah, tiada masalah. Sis terpaksa letak highlight nanti untuk pos ini sebab I cannot reach everyone on this.
Info 2: Seperti yang dinyatakan sebelum ini, laluan masuk melalui Pintu 21 juga akan membawa anda ke pinggir Raudhah. Pintu tersebut dibuka kepada jemaah wanita selepas Isyak bermula sebelum musim haji baru-baru ini.
Info 3: Diharap tiada lagi perkongsian sebegini kerana ia boleh mengelirukan para jemaah, terutamanya yang pertama kali ke sini. Ini adalah kerana kami selalu ditanya mengenai hal ini.
Setakat hari ini, semua jemaah (lelaki dan perempuan perlu beratur di hadapan Gate 363 dan akan masuk ke dalam Raudhah melalui Pintu 37.
Kashoorga: Semoga tiada lagi perkongsian yang mengelirukan jemaah haji kerana peluang masuk ke Raudhah bukan datang selalu.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...