Dek kerana komitmen pada pekerjaan ramai yang leka dan meninggalkan solat yang menjadi kewajipan buat umat Islam. Perkara ini diakui oleh seorang pramugari.
Namun kehadiran ustazah Asma Harun dalam satu penerbangan pulang dari umrah mendetikkan kesedaran dalam hati pramugari ini untuk menunaikan solat ketika di dalam kapal terbang.
Perkara ini diceritakan oleh Ustazah Asma’ Harun dalam catatan di akaun Facebook beliau yang menyentuh hati ramai.
“11 tahun bekerja sebagai pramugari, ini kali pertama saya tunai solat atas kapal terbang, sebelum ini saya tak ambil berat…”
SubhanAllah, itulah luahan seorang pramugari yang tiba-tiba datang memegang erat tangan saya. Waktu itu, saya bersama jemaah umrah pulang ke Malaysia dari tanah suci. Tak silap Saudi Airlines, pramugari tersebut bukan orang Malaysia. Kami berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
Ketika itu kami bertolak malam, jadi apa yang saya fikirkan mungkin semua jemaah akan tidur dan tidak sedar bila masuknya waktu Subuh nanti. Jadi saya beritahu kekhuatiran ini kepada pramugari tersebut. Jika nak kejutkan jemaah seorang demi seorang agak mustahil kerana terlalu ramai.
Ads
Dengan keadaan pesawat yang gelap, suasana yang nyenyak untuk tidur, memang agak sukar. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya memujuk pramugari tersebut untuk memberi keizinan menggunakan speaker pesawat bagi membuat pengumuman mengejutkan jemaah nanti.
Tetapi pramugari tidak mengizinkan kerana perbuatan saya ini melanggar prosedur.
Saya cuba pujuk berulang kali sehingga dia minta izin untuk bincang dengan kapten dahulu. Sementara itu, timbul rasa tak senang hati sambil berdoa agar dilembutkan hati kapten dan dipermudahkan urusan perbincangan tersebut.
Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah, pramugari itu datang dan maklumkan kapten memberi keizinan. Allahu Akbar. Sungguh, saya rasa sangat bersyukur. Barulah dapat tidur sebentar dengan lega. Kemudian, bila hampir waktu Subuh, pramugari itu kejutkan saya untuk buat pengumuman.
Ads
“Assalamualaikum kepada semua jemaah. Sila bangun, sekejap lagi kita akan memasuki waktu solat subuh dan waktunya sangatlah pendek. Jadi boleh bersiap sedia untuk ambil wudhuk. Bagi perempuan, sekiranya ingin membersihkan hadas atau berwudhuk boleh ke tandas, jika boleh gunakan spray wudu’ masing-masing, jika dapat solat di tempat yang disediakan di bahagian belakang. Namun jika tidak, solat di tempat masing-masing dan pastikan menghadap kiblat.”
Tidak lama selepas selesai solat, pramugari tadi datang lalu memegang erat tangan saya. “Madam, tadi merupakan pengalaman pertama saya solat di dalam kapal terbang sepanjang 11 tahun bekerja sebagai pramugari.
Saya Muslim, hari ni saya jumpa orang yang bersungguh menjaga solatnya dan memikirkan tentang solat orang lain. Terima kasih Madam, kerana jadi asbab saya solat pada hari ini, jika tidak saya hanya solat bila tiada penerbangan.” Allahu Akbar, sebak mendengar luahan hati si pramugari. Dia bercerita sambil menangis dan bersungguh.
Ads
Alhamdulillah, benarlah hidayah itu milik Allah. Ditakdirkan bahawa pintu hatinya terbuka saat melihat kesungguhan hamba-hamba Allah yang ramai menunaikan kewajipan solat tanpa mengira tempat atau kekangan kemudahan yang ada.
Mungkin ramai lagi orang yang hadapi situasi yang sama dengan pramugari tadi walaupun di dalam organisasi yang berbeza. Maka perbanyakkanlah doa supaya ilmu dan hidayah itu sampai kepada kita semua.
Melihat situasi di Palestin hari ini tak dinafikan pasti ada yang terlintas di fikiran untuk turut sama ke sana bagi perjuangan jihad. Berperang menentang orang kafir yang menindas, ibarat short cut untuk ke syurga jika diakhiri dengan kematian.
Tapi hakikat yang perlu kita tahu jihad bukan sekadar melawan musuh Islam atau berperang melawan orang kafir untuk mempertahankan agama Islam. Ada beberapa lagi jenis jihad yang boleh kita lakukan di tanah air dan untuk diri kita sendiri.
Dalam kitab berjudul Zad al-Ma’ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ada empat jenis jihad yang perlu diketahui.
Jihad untuk memerangi hawa nafsu dengan cara mempelajari hidayah dan agama Islam yang benar. Berjihad melawan hawa nafsu dan mengajak orang lain untuk mendalami ilmu dan mengajar ilmu tersebut kepada orang yang belum mengetahui juga adalah jihad. Begitu juga jika seseorang itu sanggup berdepan segala kepayahan dalam berdakwah dengan penuh kesabaran. Itu juga adalah jihad
Jihad untuk melawan syaitan. Berjihad dengan menolak apa saja godaan atau pengaruh syaitan kepada hamba, termasuklah perasaan ragu-ragu. Begitu juga jihad melawan syaitan dengan menolak segala keinginan syahwat yang merosakkan. Salah satu saranan dalam melawan godaan ini adalah dengan berpuasa. Puasa memiliki makna spiritual yang dirancang untuk menahan hawa nafsu.
Jihad melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Daripada memerangi mereka dengan hati, lisan, harta dan jiwa. Di sini dapat difahami bahawa jihad melawan orang kafir tidak semata-mata dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan senjata (jihad perang).
Ia adalah jihad untuk melawan orang-orang zalim, ahli bidaah dan orang yang membuat kemungkaran. Jihad dengan menggunakan perbuatan jika mampu agar kemungkaran tidak dibiarkan bermaharajalela.
Jika tidak mampu, solusi lain adalah dengan menggunakan lisan. Maksudnya, mencegah dengan menasihati pelaku kemungkaran. Memberi nasihat dengan kata-kata yang sopan.
Apabila kedua cara ini juga tidak mampu, maka jalan terakhir adalah dengan hati. Mengubah kemungkaran dengan hati adalah dengan membenci kemungkaran itu. Cara terakhir ini merupakan tanda kelemahan iman seseorang.
Berkenaan makan ikan yang dimasak sekali dengan tahi dan darahnya tanpa dibersihkan terlebih dahulu itu apakah hukumnya menurut pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie dan di sisi jumhur ulamak?
Darah ikan adalah najis. Semua jenis darah yang mengalir sama ada yang terdapat pada ikan atau daging atau lainnya adalah najis dan memakannya adalah haram dan inilah pendapat yang paling sahih.
Oleh kerana itu wajib membersihkan daging dan ikan terlebih dulu daripada darah yang mengalir sehingga bersih sebelum memasaknya untuk dimakan.
Disebut pada Kitab Al-Ma’ani Badi’ah :
مَسْأَلَةٌ: عِنْدَ الشَّافِعِيِّ وأَكْثَر الْعُلَمَاءِ جميع الدماء نجس
Ertinya :
“Ini satu persoalan : Disisi mazhab Syafie dan majoriti ulamak sekalian jenis darah adalah najis.”
Darah yang haram dimakan yang wajib dibersihkan itu ialah darah yang mengalir yang basah di dalam perut ikan manakala darah yang ada di dalam daging dan urat itu termasuk dalam najis yang dimaaf.
Ertinya :
“Katakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.” (Al-An’am : 145)
Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :
اتفق العلماء على أن الدم حرام نجس، لا يؤكل ولا ينتفع به، وقد ذكر تعالى الدم هاهنا مطلقاً وقيّده في الأنعام بقوله: {أَو دَماً مَّسْفُوحاً} وحمل العلماء المطلق على المقيد، ولم يحرموا إلا ما كان مسفوحاً
Ertinya :
“Telah sepakat oleh ulama atas bahawasanya darah itu haram lagi najis tidak dimakan dan tidak diambil menafaat dengannya. Dan sungguhnya Allah Taala telah menyebut di sini secara mutlak dan mengkaitkannya pada surah Al-An’am dengan firman-Nya ‘Atau darah yang mengalir’.
Ulamak telah menanggung akan yang mutlak atas yang muqayyad dan tidalah mereka itu yakni para ulamak mengharamkan melainkan darah yang mengalir.” (Kitab Tafsir Rawai’ul Bayan)
Ertinya :
“Telah berkata ‘Imran bin Hudair : Aku telah bertanyakan Abu Mijlaz tentang daging yang bercampur darah dan tentang periuk masakan yang nampak di dalamnya merah darah.
Maka jawabnya : Tidak mengapa dengannya hanya yang dilarang ialah dari memakan darah yang mengalir. Dan berkata Ibrahim : Tidak mengapa dengan darah di dalam urat atau otak melainkan darah yang mengalir yang disengajakan.” (Kitab Tafsir Ma’alim At-Tanzil)
Ertinya : “Dan pendapat yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekalian darah itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam Malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Oleh itu, maka haram hukumnya makan makanan yang dimasak sekali dengan darah ikan yang mengalir tanpa dibersihkan terlebih dahulu dan setiap perbuatan yang haram dilakukan itu bermakna pelakunya berdosa.
Berkata Imam Ibnu Rif’ah :
والصحيح كما قاله أبو الطيب قبيل كتاب الضحايا أنه نجس
Ertinya : “Perkataan yang sahih sebagaimana telah menyebutnya olEh Abu Tayyib pada Kitab Ad-Dhohaya bahasanya darah ikan itu najis.” (Kitab Kifayah At-Tanbih)
Ertinya : “Dan telah berkata Abu Tsur : Darah ikan itu najis kerana sungguhnya ia darah yang mengalir maka masuk darah ikan itu pada umum ayat yaitu firman Allah Taala : atau darah yang mengalir.” (Kitab Al-Mughni)
Kesimpulannya darah ikan yang mengalir dan kotoran dalam perutnya adalah najis dan dan wajib dibersihkan dahulu sebelum memakannya.
Kala ini ramai yang tersepit dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP yang hanya melibatkan beberapa sektor dibuka. Justeru itu mulai semalam kempen kibar bendera putih bermula di mana ia adalah satu kempen rakyat membantu rakyat bagi mereka yang terjejas pendapatan berikutan banyak kes bunuh diri dilaporkan sejak PKP lebih sebulan lalu.
Dipetik dari fb rasmi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau berkongsikan senarai masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan yang menyediakan Gerobok Rezeki bagi golongan memerlukan.
Berikut perkongsiannya:
Saya sertakan di sini lokasi masjid dan surau yang terlibat dengan Gerobok Rezeki (barang asas dapur) dan Dapur It’am (makanan tengahari) yang bermula sejak Mac 2020 di Wilayah Persekutuan. Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu.
Jumlah keseluruhan untuk dua inisiatif ini adalah melebihi RM4 juta. Terima kasih JAWI dan MAIWP. Terima kasih pembayar zakat!
GEROBOK REZEKI DI MASJID
1. Masjid Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR
ZON 1 1- Masjid Al-Imam Al-Ghazali 2- Masjid Abu Hurairah 3- Masjid Saidina Hamzah 4- Masjid Amaniah 5- Masjid Al-Firdaus 6- Masjid Al-Ubudiah 7- Masjid Al-Zakirin 8- Masjid Al-Qurtubi
ZON 2 1- Masjid Jamek Saad Bin AbiWaqqas 2- Masjid Al-Hidayah 3- Masjid Saidina Ali K.W 4- Masjid Amru Ibn Al-‘Ass 5- Masjid Bilal bin Rabah
ZON 3 1- Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa Taman Maluri 2- Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Perak 3- Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan 4- Masjid Bukit Aman 5- Masjid Nurul Islam, Taman Perwira Jaya 6- Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras
ZON 4 1- Masjid Al-Akram, Datuk Keramat 2- Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tmn Sri Rampai 3- Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa 4- Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati 5- Masjid Ibn Mas’ud, Jln Damai Ampang
ZON 5
1- Masjid Al-Muqarrabin 2- Masjid Al-Imam Al-Tirmizi 3- Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam 4- Masjid Saidina Othman Ibnu Affan 5- Masjid Ibn Khaldun 6- Masjid Abd Rahman Bin ‘Auf 7- Masjid Al-Muhsinin 8- Masjid Al-Khasyi’in 9- Masjid Al-Najihin 10- Masjid Al-Mukhlisin 11- Masjid Talhah Bin Ubaidillah 12- Masjid Zaid Bin Thabit
ZON 6
1- Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. 2- Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. 3- Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala. 4- Masjid Jamek Tg Abdul Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala. 5- Masjid Al-Ghufran, Pinggiran TTDI. 6- Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi. 7. Masjid Jamek Abdullah Hukum, Eco City.
LABUAN
1- Masjid Jamek An-Nur 2- Masjid Jamek Layang-layangan 3- Masjid Sultan Muhammad V 4- Masjid Al Ehsan Kg Sungai Labu 5- Masjid Kg Bebuloh 6- Masjid Nurul Iman Kg Ganggarak 7-Masjid Muzakirullah Kg Lubuk Temiang
ZON 1 1. Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut 2. Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda 3. Surau Al Hikmah, PPR Beringin 4. Surau Al-Hijrah, PPR Intan Baiduri 5. Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2 6. Surau Al-Muhajirin, PPR Batu Muda 7. Surau Al Hijrah, PPR Pekan Batu 8. Surau Al-Hijrah, Mutiara Magna 9. Surau Al-Muttaqin, PPR Pekan Kepong 10. Surau Al Hijriah, PPR Sri Aman
ZON 2
1. Masjid Masjid Amru Bin Al-‘Ass 2. Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati 3. Surau Medan Idaman 4. Madrasah Iktisamiah, Taman Melati 5. Surau At-Taqwa, Jalan Dato’ Senu Utama 6. Madrasah Raudatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu 7. Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota, 8. Surau Al-Amin, PPR Sentul Murni 9. Surau Sakinah, PPR Gombak Setia 10. Surau An-Nuur, Bandar Baru Sentul
ZON 3
1. Masjid As-Sodiqin , Taman Kobena Cheras 2. Masjid As-Syakirin KLCC 3. Surau Silaturrahim, PPR Sri Alam Fasa 2 4. Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang 5. Surau At-Taufiqiyah, Jalan Perkasa 6. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad 7. Surau Abbas Al-Habshee, PPR Laksamana 8. Surau Al-Aslahiyah, Jalan San Peng 9. Surau Al-Islah, PPR Sri Sarawak
ZON 4
1. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju 2. Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Tmn Sri Rampai 3. Masjid Al Akram, Datuk Keramat 4. Surau Jumaat Balai Islam, Jalan Tun Razak 5. Surau Jumaat Al Husna, Blok F, PPR Sri Semarak 6. Surau Jumaat At Taqwa, PPR Kampung Baru Ayer Panas 7. Surau Jumaat As Saadah, Wangsa Maju 8. Surau Jumaat Darul Huda, Wangsa Maju 9. Surau Jumaat Muhajirin, Jalan Persiaran Rejang 10. Surau Jumaat Al Hidayah, Keramat Wangsa
ZON 5
1. Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan 2. Masjid Al-Najihin, Jalan Sri Permaisuri 3. Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Sri Sentosa 4. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Batu 5 ½, Jalan Puchong 5. Madrasatul Aula, Flat Sri Labuan 6. Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil 7. Madrasah Hidayatul Islamiah, Bandar Tun Razak 8. Surau Asy Syakirin, Bandar Tun Razak 9. Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah 10. Surau Al-Firdaus, Pangsapuri Sri Penara
Zon 6
1. Masjid Ar-Rahman UM, Jalan Pantai Baru 2. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara Bangsar 3. Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi C2 4. Masjid Jamek Al-Khadijiah, Jalan Pantai Dalam 5. Masjid Jamek Tg. Abd. Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala 6. Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala 7. Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria 8. Surau Ibadurrahman, PPR Kampung Limau 9. Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat Desa, Pantai Hillpark, Pantai Dalam 10. Madrasah Nurul Huda, Apartment Hj. Abdullah Hukum, Kg. Haji Abdullah Hukum
1. Masjid Jamek Layang-Layangan 2. Masjid Jamek An-Nur 3. Masjid Al Falah, Kg Bukit Kalam 4. Surau Al Ghufraniah, Taman Perumahan LDA. 5. Masjid Al Ehsan, Kg. Sg Labu
JAWI Food Bank
1.Kaunter JFB, Lobi Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana KL Saya amat alu-alukan usaha ini untuk diperluaskan di negeri-negeri oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Tahniah atas usaha jitu Pihak Berkuasa Agama Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan sepanjang pandemik ini.
Bagi yang ingin menyumbang untuk agihan bantuan #Musaadah menerusi agensi di bawah saya ke seluruh Malaysia, ada beberapa saluran disediakan. 1. Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM No. Akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama: Yayasan Waqaf Malaysia. 2. Akaun Tabung Amanah YaPEIM: Bank Islam Malaysia Berhad :14023010000082 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia BSN: 1410029864503006 Beli & sumbang di YaPEIM’s Mart https://kyte.site/yapeims-mart-online Beli & sumbang di CMASA https://cmasa.my/home/category/366 3. Klik https://www.yadim.com.my/v2/pilihan-infaq/ atau salurkan ke akaun YADIM 5660 1062 5428 (Maybank) Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Membesarkan anak bukan sekadar memastikan mereka cukup makan, cukup pakaian dan berjaya dalam akademik. Hakikatnya, ia adalah amanah besar yang akan dipersoalkan di akhirat...