Berdoa amat dianjurkan di dalam agama dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya hal. Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60).
Tak hairanlah, kita disarankan menyuarakan apa saja hajat melalui doa dan insya Allah, lambat atau cepat Allah akan perkenankan.
Satu perkongsian dari seorang pemuda menunjukkan kebesaran doa dan peristiwa dilaluinya cukup menyentuh hati.
Ini kerana dirinya telah merakam satu peristiwa dan menjadi kenangan seumur hidupnya kerana Allah “menjawap’” terus doanya di dalam Raudhah iaitu tempat yang mustajab berdoa. Malah Raudhah antara tempat yang paling diingin dimasuki oleh semua jemaah yang menunaikan haji dan umrah kerana tidak hanya dikenali sebagai taman syurga tapi di dalam Raudhah juga terdapatnya makam Nabi Muhammad SAW, nabi pemberi syafaat.
Ads
Berkongsi keajaipan dilaluinya, di saat orang lain berebut-rebut dan mempunyai masa yang singkat di dalam Raudhah tapi pemuda ini berkongsi dirinya dapat berlama-lamaan di dalam Raudhah.
Ini kerana dalam doanya, dia meminta terus kepada Allah agar memberinya kebenaran duduk di dalam taman syurga ini hingga selesai waktu Maghrib untuk dapat bersolat di dalamnya.
Ads
“Pada ketika saya habis solat sunat dan berdoa dalam sujud berikan saya peluang ini. Habis solat, saya langsung disuruh keluar oleh pengawal bertugas. Saat saya berlalu di hadapan pengawal bertugas, dirinya bertanya kepada rakannya saya berasal dari negara mana.
Ads
“Tanpa disangka-sangka dia berkata, saya boleh berada di sini, di sisi makam Rasulullah hingga waktu Maghrib. Allah maha besar, Allah maha Agung. Allah menjawab doa saya secara terus,” katanya sambil menangis.
‘Kurang peka cara lupuskan Al-Quran, tergamak buang ke longkang.’ Kitab suci sepatutnya dijunjung dan dimartabatkan, bukannya sesuka hati buang merata-rata.
Ternyata, terdapat sesetengah pihak masih kurang peka soal melupuskan naskhah al-Quran dengan betul apabila memilih longkang sebagai tempat pembuangan kitab suci itu.
Artikel Berkaitan:
Hujung minggu lalu, seluruh umat Islam di Malaysia gempar apabila tular sebuah video di media sosial memperlihatkan sebanyak 13 naskhah al-Quran ditemui di dalam longkang di Taman Sri Murni Jinjang, Kuala Lumpur berhampiran Pasar Borong Selayang.
Jelas kelihatan, kesemua kitab tersebut diletakkan di dalam sebuah beg biru dan ditemui seorang pengunjung wanita di kawasan riadah di situ.’
Setelah diteliti beg berkenaan, terdapat salah satu al-Quran dalam keadaan terbuka menyebabkan wanita berkenaan meminta bantuan orang awam untuk mengutip kesemua al-Quran tersebut.
Lantas kesemua Al-Quran tersebut telah disimpan di Masjid Annas Kampung Selayang Lama.
Sehingga kini, tidak pasti apa motif sebenar pelaku, sama ada dengan niat melupuskan atau sengaja mencetuskan provokasi, namun pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian itu.
Hasil siasatan awal mendapati sebanyak 13 naskhah al-Quran yang dijumpai di dalam longkang itu sengaja dibuang di situ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan kitab suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat ke atas keharmonian agama.
Dalam masa yang sama, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kebimbangan awam.
Kejadian ini mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap kitab suci dan telah mencetuskan kemarahan umat Islam.
Menurutnya, al-Quran adalah sebuah kitab suci yang diwahyukan oleh ALLAH SWT ke atas Rasul dan Nabi-Nya untuk dibaca, difahami serta dijadikan panduan hidup oleh setiap umat Islam.
Katanya, mencampakkan al-Quran ke tempat sedemikian merupakan satu penghinaan yang tidak dapat diterima walau atas apa alasan sekali pun. Ujar beliau, menghina al-Quran dengan sengaja boleh menyebabkan seseorang murtad dan wajib bertaubat.
Isu al-Quran ini sensitif kerana martabatnya begitu tinggi. Orang dulu-dulu mengajar kita meletakkan kitab suci ini di tempat paling tinggi, biasanya di atas almari dan tidak boleh dilangkah-langkah apatah lagi dibuang dalam longkang.
Cara orang dulu-dulu juga, tidak suka-suka buang al-Quran lama. Mereka akan simpan walaupun keadaannya sudah lusuh seperti kertas pembalut belacan.
Berbeza dengan orang sekarang, akses mendapatkan al-Quran semakin mudah. Boleh diperoleh pada harga murah adalah antara faktor sikap menghargainya kian kurang.
Begitupun, terdapat beberapa cara untuk melupuskan al-Quran antaranya merendam dalam air sehingga semua tulisannya hilang. Kaedah ini agak susah dan mengambil masa.
Cara kedua adalah dengan menanam al-Quran di tempat bukan laluan utama supaya tidak dipijak orang seperti di pergunungan.
Kini, seiring dengan perkembangan semasa, institusi agama seperi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sendiri telah menyediakan pusat pelupusan al-Quran yang sistematik.
Ia dikenali sebagai Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor yang berupaya melupuskan 150 kilogram naskhah al-Quran yang rosak dalam masa sehari.
Setelah dilupuskan melalui proses pembakaran, abu al-Quran ini akan dihanyutkan di tengah laut atau sungai.
Carian di internet turut menemui terdapat tiga lagi pusat pelupusan al-Quran di Lembah Klang iaitu di Cheras, Rawang dan Kuang.
Sebaiknya al-Quran yang tidak mahu lagi digunakan diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan. Jika memang sudah tidak boleh digunakan, orang awam boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk melupuskannya dengan adab yang betul.
Rasulullah SAW bersabda, bacalah al-Quran maka ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi orang yang membacanya. (Hadis Riwayat Muslim).
Kashoorga: Sebaiknya sebagai umat Islam, kita martabatkan kitab suci al-Quran, bukannya membuang sesuka hati.
Majoriti rumahtangga hari ini, suami dan isteri bekerja kerana keperluan kewangan yang amat mendesak. Kos sara hidup yang tinggi ditambah kenaikan barangan, memaksa suami dan isteri bekerja.
Dalam pada itu, timbul isu di mana ramai lelaki salah faham tentang nafkah kepada pasangan di mana mereka beranggapan, jika suami sudah membayar pinjaman bank untuk rumah atau kereta, maka barang-barang keperluan dapur atau jagaan nurseri anak menjadi tanggungjawab isteri membayarnya. Alasannya, kongsi bersama kerana gaji tidak mencukupi.
Perlu difahami, nafkah kepada isteri wajib dibayar oleh suami dan ia hak seorang isteri dan dirinya bebas berbelanja wang tersebut.
Menurut pejabat Mufti Wilayah, nafkah dari segi bahasa mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syarak ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia di namakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: Hasyiyah al-Bajuri ala Ibn Qasim Halabi Fatoni, 2/185, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 4/274)
Berdasarkan hadis dari Mu’awiyah al Qusyairi R.anhu telah bertanya kepada Nabi SAW:
يا رسولَ اللَّهِ ، ما حقُّ زَوجةِ أحدِنا علَيهِ ؟ ، قالَ : أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Baginda menjawab,”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (Lihat: Sunan Abi Daud, al-Maktabah al-Asriyyah Birut, 2/244)
Sehubungan dengan itu, majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
(Lihat: Mughni al-Muhtaj, Dar al-Fikri Birut, 3/426, al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7349)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang tertulis diatas. Malahan ia termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipangku oleh suami.
Jadi secara kesimpulannya, nafkah ini adalah hak isteri. Membayar kereta itu tanggungjawab suami, bukan termasuk dalam kategori nafkah. Jangan lepas tangan mengenainya kerana ia memang menjadi tanggungjawab suami dalam perkahwinan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap orang memiki sifat yang berbeza-beza. Memiliki hati yang bersih pastinya keinginan setiap orang agar terhindar dari sifat cela. Namun sayang, hati tidak selamanya bersih dan suci murni.
Banyak penyakit hati yang kerap berlaku dalam kehidupan manusia seperti iri hati, dengki, sombong, mudah berdendam, cemburu dan banyak lagi. Hati yang sudah “kurang bersih” ini biasanya akan menimbulkan banyak nista dan celaka kepada orang sekelilingnya malah bahaya yang keterlaluan kerana individu yang memiliki penyakit hati ini biasanya akan tidak senang jika melihat kebahagiaan orang lain dan sekelilingnya.
Tahukah anggota tubuh yang paling mulia diciptakan dalam diri manusia ialah hati (kalbu). Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah AnNahl, ayat 78). Malahan Allah SWT menyebut tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingan hati kepada manusia.
Lalu kalau semasa lahir hati kita anggota paling bersih, bila masa ianya tumbuh menjadi kotor? Hal ini boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri kenapa kita tidak memiliki hati bersih kerana hati itu sifatnya misteri. Mulut mungkin menafikan tapi hanya individu itu tahu hatinya bagaimana. Dan bagaimana mahu menjadikan hati kita kembali bersih sama saat ketika kita dilahirkan?
Rasulullah SAW telah mengajarkan kita semua satu doa untuk membersihkan hati yang kotor. Doa ini tercantum dalam hadis riwayat Muslim dari Zaid bin Arqam Radliyallahu 'Anha. Berikut doanya.
Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a'uzubika min 'ilmin la yanfa'u wa min qolbin la yakhsya'u wa min nafsin la tasyba'u wa min da'watin la yustabu laha.
Ertinya: "Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan."
Ini 30 tanda-tanda hati kita kotor
1. Gelisah walaupun tiada masalah. 2. Selalu berbangga dengan diri sendiri. 3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain. 4. Tidak amanah dan mungkir janji. 5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya. 6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain. 7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya. 8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang. 9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran. 10. Berlagak alim semata – mata untuk dipuji orang 11. Menyampaikan ilmu dengan riak. 12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain. 13. Berpakaian elok untuk dipuji serta menunjuk-nunjuk. 14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. 15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang) 16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada. 17. Solat yang tidak boleh khusyuk. 18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik. 19. Selalu mengeluh serta tidak redha dengan suratan takdir. 20. Cinta kepada duniawi dan materialistik. 21. Mudah bersangka buruk terhadap orang. 22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh. 23. Suka bergosip dan menabur fitnah. 24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi. 25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia. 26. Pendendam. 27. Penting diri dalam semua hal. 28. Berpura-pura dan suka membodek. 29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain. 30 Nafsu serta kehendak yang tidak terbendung.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.