kahwin

Dalam dunia serba-serbinya di hujung jari, kini semua orang bebas berkongsi aktiviti masing-masing di akaun media sosial yang mereka miliki.

Kebebasan berkongsi foto-foto koleksi peribadi membuka peluang kepada teman-teman menikmati momen-momen indah anda bersama insan tersayang.

Walau bagaimanapun ia bukan bermakna semua momen-momen mesra itu boleh dikongsi semuanya untuk dijadikan tatapan ramai.

Namun apa yang dikesalkan ialah apabila ada sesetengah individu yang sudah hilang rasa malu mempamerkan kemesraan dengan pasangan masing-masing.

Sama ada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun yang masih bercinta, tanpa segan silu memperlihatkan kemesraan antara satu sama lain tanpa rasa malu dan rasa bersalah.

Namun apakah kita mengetahui hukum bermesra-mesraan di depan umum dalam Islam? Sebelum trend ini menjadi ikut-ikutan dalam mempamkerkan foto-foto yang mesra dengan pasangan, ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam.

Hukum Pamer Kemesraan Suami Isteri Di Media Sosial Dalam IslamBAGI PASANGAN SUAMI ISTERI

Tidak hanya pada pasangan kekasih, kita juga sering kali melihat perkongsian foto milik pasangan suami isteri yang mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Walaupun telah ada dalam ikatan perkahwinan yang sah dan halal untuk bermesraan namun hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam bagi pasangan suami isteri adalah tetap dilarang.

IKLAN

Hal ini kerana kemesraan antara suami isteri tidak selayaknya untuk dipertontonkan secara terbuka.

Selain itu mempamerkan foto kemesraan ini juga boleh mengundang syahwat orang lain yang melihatnya dan membuatkan mereka mendekati zina. Hal ini sama sahaja dengan kita yang mendorong orang lain untuk melakukan kemaksiatan.

Secara tidak langsung kita juga akan mendapat dosa yang sama dengan mereka. Hal ini juga telah dijelaskan dalam sabda Rasulullah seperti berikut:

“barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa setiap orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR. Ahmad).

Mempamerkan kemesraan antara suami isteri juga boleh menjatuhkan kewibawaan dan juga martabat kita. Rasulullah juga telah mengajak kita untuk memiliki rasa malu untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang seharusnya tidak perlu dilihat oleh orang lain seperti mencium isteri secara terbuka, berpelukan dan sebagainya. Ketahuilah bahawa rasa malu juga meurpakan sebahagian daripada iman.

IKLAN

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Iman itu ada tujuh puluh sekian cabang. Dan malu salah satu cabang dari iman.” (HR. Ahmad).

Hukum Pamer Kemesraan Suami Isteri Di Media Sosial Dalam Islam

BAGI PASANGAN YANG BELUM BERKAHWIN

Melihat kemesraan yang di abadikan oleh pasangan yang belum ada apa-apa ikatan juga sudah menjadi perkara yang biasa kita lihat di media sosial.

IKLAN

Sedangkan mempamerkan kemesraan di kalangan pasangan suami isteri di media sosial tidak boleh di dalam Islam apatahlagi untuk pasangan yang belum berkahwin. Hukumnya tentulah haram dalam Islam.

Lagi pun bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan akan menjerumuskan kedua-duanya untuk mendekati zina.

Apalagi jika mempamerkan foto-foto mesra yang jelas perbuatan itu belum boleh dilakukan pasangan yang belum berkahwin.

Allah SWT telah berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra’ : 32)

Semoga dengan penjelasan ini kita tahu cara menghindari ghibah.

VIDEO KASHOORGA:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI