Ketokohan beliau dalam menyampaikan ilmu serta dakwahnya amat disegani. Apa saja perbuatan baik yang dilakukan menjadi ikutan serta amalan harian.
Ternyata keperibadian Menteri Agama yang dulunya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memang sangat disegani ramai.
Beliau gemar melayan warganet yang ingin bertaya apa juga soalan berkaitan hukum akidah atau fiqah atau perkara lain di laman twitternya.
Ads
Dalam satu posting laman sosial twitter, seorang pengguna ada memberitahu doa yang sering beliau baca setiap kali mengakhiri ucapannya.
Rupanya adalah doa mengelak wabak. Dan sangat bagus untuk kita amalkan dalam saat penularan wabak merbahaya, COVID-19 ini.
Ads
Maksud doa ini adalah:
Ads
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.
Setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak ketahui. Kadang-kadang perkara dibuat hanya kecil sahaja, tetapi memberi makna cukup besar kepada yang menerima pertolongan.
Seperti kisah perkongsian lelaki ini, Zairul Eizam yang ditakdirkan oleh Allah untuk menolong sepasang suami isteri yang Orang Kelainan Upaya (OKU) pada lewat Maghrib ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
Menurutnya ketika dalam perjalanan di satu highway, dia perasan motor ditunggang seorang penunggang motor lain seperti tidak stabil.
Rupanya motor berkenaan dinaiki sepasang suami isteri yang membawa anak mereka masih bayi untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Motor yang ditunggang suami isteri ini kurang angin dan jika tidak stabil boleh menyebabkan motor jatuh. Tanpa diminta, dia terus menolong keluarga OKU ini sehingga sampai ke rumah.
Situasi ini memberi satu pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna buatnya. Ternyata Allah menggerakkan hatinya untuk berkongsi kisah pasangan ini di laman sosial.
Dia juga berharap Allah juga akan menggerakkan hati sesiapa yang membaca kisah ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat keluarga OKU ini.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad) atau 151044019060 – Maybank (Zubair Mohammad)
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Sejak posting ini dimuat naik warganet turut bersimpati dengan kisah keluarga OKU ini. Mereka turut menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan melalui akaun dinyatakan.
Malah pasangan ini juga berjaya mendapatkan rawatan untuk anak di Hospital Sungai Buloh yang lebih dekat dengan rumah mereka.
Semoga pertolongan En Zairul ini mendapat basalan sewajarnya dari Allah. Nilai sumbangan kecil, tetapi sangat bermakna buat lelaki ini yang mengharapkan segala urusannya juga akan dipermudahkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lagi lima enam hari sahaja sebelum kita bertemu Ramadan. Walaupun kita berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tetapi tetap perlukan tenaga untuk membuat aktiviti berfaedah lain.
Dan pastinya buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk bekalan seharian berpuasa.
Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.
Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman.
Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur.
Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!”
Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari.
Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.
”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).
Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Kurma / kismis
Air suam
Cara Membuatnya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.
2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.
3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.
p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan
2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.
SUMBER: TRIBUNNEW.COM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sepucuk surat yang viral di media sosial ditujukan buat barisan frontliner dari seorang pengetua madrasah sangat menyentuh hati.
Memberitahu mengenai saringan yang dilakukan ke atas anak-anak yatim piatu di sini bagi mengenal pasti COVID-19.
Ternyata walaupun mereka penat bekerja, tetapi masih ada masa melayan anak-anak yatim yang menjalani saringan berkenaan.
Surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan petugas di ketua Dr Amirah yang sudi datang dan melayan anak-anak yatim ini dengan baik.
Ayuh, ikuti perkongsian surat yang sangat menyentuh hati ini.
Buat Dr Amirah dan krew dari KKM.
Kali ini kami berdepan dengan pegawai kesihatan sendiri di Madrasah Hashimiah. Saringan pertama sudah dilakukan, dan kali ini saringan kedua.
Dr Amirah sendiri hubungi pejabat Madrasah Hashimiah. Seribu satu soalan mengapa KKM mahu datang sendiri ke madrasah. Adakah kerana ada anak-anak Madrasah Hashimiah itu disaring positif?
Bila Dr Amirah tiba di Madrasah Hashimiah, katanya perlu saring sekali lagi. Kami turutkan dan sediakan kerusi dan meja. Beliau juga minta bantuan untuk panggil komuniti pelarian yang lain yang dalam senarai mereka untuk disaring sekali lagi.
Saya perhati sahaja doktor dan krew ini bekerja. Mereka terpaksa pakai ppe seperti plastik berlapis-lapis. Nampak seperti tidak selesa, lagi-lagi bila berpeluh. Tetapi mereka pakai juga. Barangkali itulah sop nya.
Saya lihat bagaimana mereka melayani anak-anak madrasah. Yang tinggal sekarang hanya anak-anak yatim, mereka tiada ibu bapa atau penjaga.
Biar pun krew KKM ini datang sendiri ke madrasah, mereka layan anak-anak madrasah dengan lembut sekali. Seolah-olah anak mereka sendiri. Krew lelaki pun begitu. Mesra sekali layanannya.
Sakit sikit ya nak ambil darah ni. Adik dah makan? Kata krew KKM. Sedar-sedar darah diambil. Mereka cuba buat selembut habis dengan anak-anak Madrasah Hashimiah.
Saya percaya mereka sudah bertugas hampir setiap hari. Mendedahkan diri kepada ancaman Covid-19. Penat, keletihan itu sudah pasti. Esok mungkin mereka terpaksa bertugas di tempat lain pula. Tapi macam mana keadaan sekalipun, mereka tetap layan anak-anak madrasah dengan baik.
Alhamdulilllah keputusan darah antibodi anak-anak madrasah semua negatif. Kami di madrasah hanya mampu ucapkan terima kasih. Dan mendoakan mereka agar sentiasa dilindungi dari ancaman virus corona ini.
Terima kasih buat staf KKM kerana sudi datang dan layan anak-anak yatim kami dengan sangat baik. Moga Allah rahmati kerja kalian semua… ♥️
Pengerusi Madrasah Hashimiah
Perkongsian ini juga mendapat perhatian dari warganet. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada petugas yang sangat ikhlas dalam menjalankan tugas diberikan.
ANissa RahManAlhamdulilah…terima kasih petugas kesihatan kerana masih kuat utk jalankan tugas..dan pihak madrasah kerana bekerjasama memudahkan urusan
أدريان دارينAlhamdulillah…terima kasih semua bagi kerjasama pada KKM…Begitulah layanan staff KKM sebenarnya, Utamakan nyawa orang awam. Tahniah KKM. You do the best job. May Allah blessed you, guys!
Ita YusofSemoga ank2 ini sentiasa berada dlm lindungan Allah..dicurahkan rezeki yg barokah dan beroleh rahmat dr Allah…dunia dan akhirat…Aamiin Ya Allah…
Roselina Abu HassanYa allah terharu sungguh tengok kecik2 cam ni dah jadi anak yatim but at the same time bangga sbb mereka sedang belajar ilmu alquran… moga sentiasa dibawah lindungan allah
Nans Man*Kami rkyt Mlysia bbgga dgn kcekalan pasukan frontliner kt.. Moga Allah swt slmtkn mreka dn kt smua…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.