Bukan sekali dua beliau mencuba kaedah ini untuk mendapatkan anak. Tetapi berkali-kali hinggalah cubaan kelima akhirnya diri disahkan hamil dan lahirlah comel pipi merah dinamakan Siti Aafiyah.

Ternyata perjalanan kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memang cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana yang masih belum dkurniakan cahayamata.

Tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa, malah sentiasa berdoa agar dikurniakan anak untuk menceriakan lagi rumahtangga bersama suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam tempoh perjalanan itu, Siti mengakui pada mulanya beliau hampir berputus asa ketika berusaha mendapatkan zuriat menerusi rawatan tradisional ataupun menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini.

Namun begitu kesungguhan serta sikap tidak pernah berputus asa yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha mendapatkan zuriat jadi penguat semangat baginya.

Beliau sangatt berbesar hati dengan Raja Permaisuri Agong yang tidak putus-putus memberi semangat padanya untuk terus berusaha mendapatkan anak.

IKLAN

Menurut Siti, beliau terkenang kembali bagaimana kesungguhan Raja Permaisuri Agong yang menjalani 17 kali rawatan sebelum berjaya mendapatkan anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Malah penyanyi tersohor ini juga turut berkongsi cerita dengan Baginda Tuanku sepanjang tempoh kehamilan, selain dari ahli keluarga.

Beliau sangat berterima kasih atas segala nasihat yang diberikan oleh Tuanku.

“Tuanku menjadi inspirasi pada patik dan begitu mengambil berat sepanjang mengandungkan Siti Aafiyah. Malah Baginda Tuanku juga sempat mencemar dulu hadir ke kediaman patik untuk memberikan nasihat.

IKLAN

“Bagi patik Tuanku seorang yang sangat mengambil berat pada rakyatnya.  Khusus pada wanita yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cahayamata.

Tak Putus Berdoa & Diberi Semangat Oleh Raja Permaisuri Agong, DS Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Dapatkan Zuriat

“Dan alhamdulillah dengan apa yang Tuanku tunjukkan dan kongsikan bersama rakyat jelata menjadikan ia semangat untuk tidak berputus asa

“Sebenarnya ada cahaya yang menunggu selagi kita berusaha dan percaya pada kuasa Allah yang akan memberikan segalanya setelah kita berusaha dan berdoa,” ujar Siti yang berucap ketika hadir di majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall Centre di Damansara.

IKLAN

Tak Putus Berdoa & Diberi Semangat Oleh Raja Permaisuri Agong, DS Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Dapatkan Zuriat

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir sama di majlis berkenaan adalah Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah serta pengasas dan pengarah urusan Alpha IVF and Women’s Specialist, Datuk Dr. Colin Lee.

Pada majlis itu juga turut menyaksikan pusat fertiliti itu memberi penajaan 15 rawatan IVF kepada Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI