Mizz Nina bawa anak tunai umrah. ‘Bagi pendedahan awal, Musa banyak tonton & dengar tentang ibadat haji.’
Menerusi perkongsian Mizz Nina, dirinya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan idadah umrah bersama anaknya iaitu Musa.
Jelas Mizz Nina, dia telah memberi pendedahan awal kepada Musa beberapa bulan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah. Kongsinya,
‘Alhamdulillah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar, katanya.
Tunai Umrah
Dalam masa yan sama, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi insan yang baik akhlaknya serta beriman kepada Allah SWT.
Ads
‘Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran.
Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat,’ katanya lagi.
Bagi Pendedahan Awal
Sebelum itu, Mizz Nina turut menjadi salah seorang antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), beberapa hari lalu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Ads
Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.
Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.
Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.
Kashoorga : Tahniah buat Mizz Nina. Semoga ibadah umrah Mizz Nina dan anaknya Musa dipermudahkan.
Setiap orang diberikan kelebihan dan rezeki yang berbeza-beza. Ada orang yang berjaya dapat kerja selepas seusai tamat belajar, ada juga yang bertahun menganggur sebelum mendapat pekerjaan.
Di saat orang lain berjaya dan bahagia dengan kehidupan mereka, dalam diam pasti akan ada pihak yang kurang senang dengan kejayaan itu. Perasaan mereka terasa sempit apabila melihat orang lain mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada mereka.
Oleh itu, jika anda juga mempunyai perasaan yang sama, anda harus rawat perasaan ini dengan kadar segera. Jika dibiarkan merebak, perasaan ini boleh menjadi hasad yang akan merosakkan hati sendiri.
Pengurusan hati yang lemah menjadi punca utama kepada perasaan ini. Apabila kita terlalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan merasai diri kita gagal akan mengakibatkan kita rasa tidak bersyukur dengan takdir yang telah dikurniakan-Nya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Falaq ayat 5:
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya“
Ayat ini menunjukkan bahawa kita memohon perlindungan daripada orang-orang yang mempunyai hasad. Mereka ini adalah golongan yang dengki dan tidak berpuas hati dengan kelebihan orang lain.
Sedangkan kelebihan yang diperoleh oleh setiap individu adalah kurniaan daripada Allah SWT. Hal ini dapat dibuktikan melalui Surah al-Muzzammil ayat 20:
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Oleh itu, kita perlu sedar bahawa kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT ini boleh ditarik pada bila-bila masa dengan kuasa-Nya. Tak sewajarnya untuk seseorang dengki akan orang lain.
Menurut Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang juga penceramah, Ustaz Fazrul Ismail golongan yang ada hasad terhadap orang lain seolah-olah tidak berpuas hati dengan Allah kerana kelebihan itu adalah kurniaan Allah SWT.
Iblis dihalau dari syurga kerana dengki terhadap Nabi Adam AS. Iblis tidak mahu sujud kepada baginda kerana merasakan dirinya lebih hebat dan diperbuat daripada api.
Oleh sebab itu, Ustaz Fazrul mengatakan pemula untuk segalanya adalah iblis.
“Tiada balasan untuk golongan ini, melainkan mereka adalah kumpulan dengan iblis” tambahnya lgi.
Akhirnya, beliau berharap mereka yang mempunyai masalah hati ini agar segera dapatkan rawatan. Jika kita melihat orang lain lebih daripada kita, kita doa pada Allah nescaya Allah akan beri lebih daripada apa yang diminta.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Sejak usianya masih kecil lagi selebriti ini telah mula berlakon. Bakat yang dimiliki memang tak boleh disangkal.
Tetapi kini Datin Annge Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri lebih selesa bekerja di belakang tabir sambil menguruskan keluarga besar.
Melihat pada saiz tubuhnya yang kecil dan lincah bergerak aktif, tidak menyangka wanita ini sebenarnya sudah mempunyai enam orang anak masih kecil dan memerlukan perhatian daripadanya sebagai seorang ibu.
Bukan senang untuk menguruskan keluarga besarnya dan dalam masa sama perlu menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada suami tercinta.
Namun bagi Anne Ngasri biarpun sibuk menjaga anak-anaknya, beliau tetap cuba untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah SWT. Salah satu yang dilakukan adalah dengan membaca kitab suci Al-Quran.
Menurut Anne Ngasri, memang sudah menjadi rutin hariannya sejak dulu lagi membaca Al-Quran setiap hari.
“Saya bukanlah ustazah atau orang yang sepatutnya untuk memberi ayat-ayat yang hebat (dari Al-Quran) yang baik kepada orang lain. Tetapi saya ingin berkongsi amalan yang sering dilakukan setiap hari dan sudah bertahun-tahun saya buat.
“Setiap hari memang wajib dalam kehidupan saya akan mengaji sekurang-kurangnya dalam empat muka surat. Saya akan bangun lima pagi, akan mengaji sehingga Subuh, kemudian saya akan lakukan solat Dhuha.
“Dan inilah amalan yang dilakukan dari dulu hingga kini tanpa lelah dan jemu, kecuali jika ada hari yang tidak dibenarkan (uzur),” ujarnyanya yang sentiasa mengamalkan sikap positif dalam hidupnya.
Beliau yang berkahwin dalam usia muda seawal 21 tahun dan dikurniakan dengan enam cahayamata.
Ketika ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif.
“Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak,” jelasnya dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.
Beliau turut menganggap mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita.
Jadi kita patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama.
“Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi yang teruja dapat hadir bersama-sama rakan selebriti lain di majlis pelancaran berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?