Kebelakangan ini ramai memuji keperibadian Mizz Nina yang tidak pernah mencipta sebarang kontoversi di sebalik hijab dipakainya. Tampil islamik mengikut saranan agama, Mizz Nina dan suaminya, Noh terus berbakti kepada masyarakat luar khususnya di Syria dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Ekoran dirinya menjadi pujian masyarakat kerana meletakkan syariat terkehadapan dalam kehidupannya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dijemput dalam rancangan Malaysia Hari Ini beberapa hari lalu. Saat diajukan pertanyaan ramai yang memuji-mujinya kerana kebaikan dakwah dan usaha kebajikannya, Mizz Nina tampil dengan jawaban sangat merendah diri.
Dikongsikan oleh seorang peminatnya di fb, Waridah Lothpi, bekas pelantun lagu Kurnia ini mengakui amat takut dengan pujian dunia. Berikut adalah temubualnya dalam MH.
Apa perasaan Nina apabila orang glorify dan memuji-muji Nina?
Ads
"Saya rasa takut sangat. I am nobody to be idolized.
Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat, atau ummul mukminin.
Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan dan harapan tinggi.
Ads
Saya rasa, 'Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu?'
Setiap kali saya baca komen memuji-muji, "Ya Allah please forgive them for what they say about me. They don't know the real me. Forgive me, and help me to become better than what they said.
Forgive me as well for my shortcomings, because I do not live up to many of the things that people said.
Ads
Nobody is perfect, but Allah.
Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, "Apa kamu buat apabila terima pujian begitu?
Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?"
Saya takut."
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Pernah puasa 360 hari, sampai sakit.’ Kisah hijrah, lelaki muka gangster ini buat ramai sebak. Bagaimana dia mencari-cari jawapan dan akhirnya agama Islam membuatkan kekosongan di hatinya mula terisi.
Disebabkan terlalu memikirkan dosa-dosa lalu, lelaki ini nekad berpuasa 360 hari dalam tempoh setahun hingga dia jatuh sakit. Dari situ dia tahu mengapa Islam melarang umatnya berpuasa tanpa henti.
Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya apabila ditanya soal agama telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ berkongsi kisahnya ketika ditanyakan soalan adakah dia orang Islam.
Jelas Muhammad Mikhael Sathayah, dia berasal daripada agama Hindu dan satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Apa yang membuatkan ramai sebak apabila sang ibu masih lagi menerima anaknya walaupun berbeza agama. Ibunya beragama Hindu tetapi dia tidak pernah sekali pun mengahalang anaknya untuk memeluk agama Islam.
Malahan ibu tua ini juga pernah menghadiahkan sejadah buat anaknya. Bertambah kagum, bila dua beranak ini keluar berdua, ibunya akan menemani anaknya solat di masjid. Walaupun terpaksa tunggu di dalam kereta dan berpanas, dia langsung tak kisah.
Tambah Muhammad Mikhael Sathayah, sepanjang hidupnya semenjak kecil, dia merasa kekosongan di hati dan jiwanya meronta mencari apakah erti kehidupan.
“Kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi.
“Di luar nampak berjaya, bekerjaya tapi tapi saya dalam kesakitan. Apa yang kurang. Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
‘Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta hingga subuh di suatu pagi terdengar suara yang indah mengatakan, “Aku Yang Cipta Kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu. Maka terima sajalah.’ luahnya.
Persoalan ini bermain-main di fikiran dan apakah maksudnya yang sebenar, lelaki ini jadi tertanya-tanya. Hingga satu saat, dia mendapat jawapan dan beritahu perkara sebenar pada emaknya.
‘Emak, saya nak masuk Islam.’
‘Tapi mak hanya terdiam, terkejut. Selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. terima kasih mak kerana menerima saya dalam apa keadaan sekali pun.
‘Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak sudah tidak ada anak. Anak mak dah mati. Ada juga yang kata hidup saya jadi begini sebab mak terlalu manjakan saya.
‘Ternyata semua itu salah, mak seorang yang baik. Terima kasih mak. Makin hari mak Nampak saya semakin tenang, mak juga sentiasa bersama saya,’ ceritanya sebak.
Luah lelaki ini, terima kasih mak sebab tak hiraukan cakap saudara-mara atau sesiapa. Malah mak sentiasa menerimanya.
Dalam video yang sama, Muhammad Mikhael Sathayah kongsikan bahawa dia telah membeli sebuah rumah bersebelahan rumah ibunya kerana tidak mahu tinggalkan emaknya.
Sebelum ini Muhammad Mikhael Sathayah pernah puasa sepanjang tahun sepanjang tahun bila memikirkan dosa-dosanya yang lalu walaupun Islam larang.
“Islam memang larang, tapi saya puasa 360 hari. Hari raya aidilfitri dan hari raya haji saja saya tak puasa.
‘Hari lain saya puasa untuk hilangkan dosa sampai saya sakit. Rupanya sebab itu Islam larang kita paksa diri untuk berpuasa.
‘Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi membimbing dan mendoakan saya agar terus kekal istiqamah,’ ujarnya lagi.
Kashoorga: Semoga Muhammad Mikhael Sathayah kekal istiqamah dan bahagia di samping ibunya.
Hidayah itu milik Allah. Tiada kira bagaimana permulaan hidup kita tapi paling penting adalah pengakhirannya.
Sebenarnya sangat beruntung orang yang menerima hidayah dari Allah. Hidayah ialah cetusan halus yang dicampakkan Allah s.w.t dan menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat.
Dalam surah Al-Fatihah ayat 6 :
Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus
Perkongsian dari penyanyi kumpulan rock Amuk, Bandi yang sering mengenakan topeng dalam setiap persembahannnya mampu menjadi inspirasi buat kita semua. Dalam erti kata lain, tidak terlewat untuk kita terus belajar Al-Quran pada usia yang mungkin sudah senja. Kata orang asal ada kemahuan, di situ Allah berikan jalannya. Kalau sudah lama tak membacanya, belajarlah membacanya kembali walau secara merangkak-rangkak. Tak lancar tak mengapa, asalkan Allah tahu.
Dalam satu perkongsian di Harian Metro, Bandi Amuk, 57 tahun mengakui selepas tiga tahun belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas, dirinya bersyukur bersyukur apabila berjaya khatam, baru-baru ini.
Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia mula mengikuti pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz.
"Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar. "Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti," katanya lagi.
Bandi yang kini menetap di Johor Bahru berkata, jika ada persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sanggup mengambil penerbangan awal supaya sempat belajar mengaji. Ada ketika saya sampai rumah jam 7 malam dan terus mandi serta bersiap-siap kerana kelas bermula jam 8.30 malam.
"Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.
"Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya," katanya.
Bandi berkata, dia juga tidak mahu apa yang dilakukannya dianggap seperti menunjuk-nunjuk kepada peminat.
"Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.
"Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih," katanya.
Bandi mengakui dia pernah membaca al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.
"Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.
"Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti," katanya.
Dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya. Sumber : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Derma semua bonus piala dunia kepada orang miskin.’ Hakim Ziyech, adalah juara di hati rakyat Morocco. Tiada kata yang indah dapat diberi kepada pemain bola sepak ini melainkan rasa kagum tak terhingga kerana kemurniaan hatinya.
Hakim Ziyech, mendermakan semua bonus Piala Dunianya £280,000 (RM1,528,767) kepada orang miskin di Maghribi atau Morocco.
Bintang Maghribi (Morocco) dan Chelsea, Hakim Zayech yang lahir pada tahun 1993 ini, tidak pernah mengambil gaji dari pasukan kebangsaan sejak tahun 2015.
Setiap gaji yang diterima, dia sedekahkan kepada staff pasukan dan keluarga-keluarga miskin di Morocco. Dialah juara sebenar di hati rakyat Morocco. Masyallah!
Hakim Ziyech tidak hanya tampil cemerlang bersama pasukannya di Piala Dunia 2022. Pemain sayap Chelsea ini juga cuba memberi lebih banyak sumbangan kepada masyarakat Morocco dengan lebih meluas.
Bayangkan, Ziyech memilih untuk mendermakan semua wang yang diperolehnya semasa Piala Dunia 2022 kepada rakyat Morocco yang memerlukan.
Hakim Ziyech tidak menikmati satu sen pun daripada gaji atau bonus yang diterimanya pada Piala Dunia 2022. Sebaliknya, dia memberikan semuanya kepada kakitangan pasukan dan juga kepada golongan miskin di Morocco.
Maklumat ini diperoleh daripada Khaled Beydoun. Lebih istimewa lagi, sikap pemurah Hakim Ziyech bermula sejak 2015 lagi.
“Bintang Morocco Hakim Ziyech tidak mengambil satu dolar pun ketika bermain untuk negaranya sejak 2015.
‘Dia menyumbangkan segalanya kepada kakitangan pasukan dan keluarga miskin di negara asalnya Morocco,” tulis akaun Khaled Beydoun yang merupakan peminat sukan, profesor undang-undang dan penulis di akaun Twitternya.
Dilaporkan Hakim Ziyech menderma dana sehingga IDR 5.4 bilion daripada Piala Dunia 2022 sahaja untuk golongan miskin di Morocco.
“Hakim Ziyech menderma semua bonus untuk Piala Dunia 2022 sehingga 325 ribu dolar Amerika Syarikat kepada rakyat miskin Morocco,” tulis orang yang sama.
Biarpun pada Piala Dunia 2022 dia hanya mengumpul satu gol, Hakim Ziyech mempunyai peranan penting di sebalik perjalanan Morocco untuk mara ke separuh akhir.
Ditugaskan sebagai penyerang sayap, kerjasamanya bersama Achraf Hakimi sering menyusahkan pertahanan lawan.
Penampilannya bersama Morocco akan menjadi penting apabila dia menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2022 walaupun pasukannya kecundang.