Hari perkahwinan adalah saatnya kita disatukan dengan pasangan sebagai suami isteri yang sah. Sebaik lafaz ijab dan kabul sah, segalanya sudah berubah. Status diri tidak lagi ‘single’ dan tanggungjawab juga berbeza sewaktu bergelar anak dara.
Kalau boleh kita mahu merai hari bahagia dengan kesihatan berada dalam tahap terbaik. Maklumlah hari bersejarah tika bergelar Raja Sehari pastinya mahu diraikan dalam suasana gilang gemilang tanpa mengetepikan batas syariah.
Namun jika diuji Tuhan dengan dugaan, siapalah kita mahu menolak ketentuanNya. Seperti perkongsian wanita ini di media sosial yang bakal berkahwin tidak lama lagi tetapi diuji apabila disahkan pengidap cancer stage 4.
Walaupun terpaksa membuang separuh dari paru-parunya disebabkan untuk membuang kanser, dia reda dengan pengalaman dilalui ini.
Dan 30 hari sebelum menjelang hari bahagianya, dia telah selamat menjalani pembedahan setelah hampir 7 jam bertarung nyawa di bilik bedah.
Alhamdulillah . Syukur diberi peluang ke selepas 7 jam bertarung nyawa dalam bilik bedah . Walaupun paru2 diuang separuh demi mbuang kanser . Sy redha . Sy ada 30 hari utk sembuh sblm jadi pengantin
Ads
Dia juga turut memberitahu tidak sabar untuk menyarung baju nikah dan berharap perkahwinan yang bakal dibina ini kekal hingga ke jannah.
Menulis posting di twitter menggunakan akaun @eykahmdn memberitahu dia yang bercinta dengan bakal Imamnya selama 8 bulan dan setelah bertunang setahun lebih bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.
10thn bff
8bln bercinta
1thn 3bln bertunang
Ads
2bln sebelum majlis pengantin perempuan disahkan pengidap Cancer Stage 4
1bln sblm majlis pengantin perempuan menjalani pbdhan
Semoga cinta kita kekal hgga ke Jannah . Semoga sy sembuh . Tak sabar nk pakai baju nikah next month
Ads
Sebaik muat naik postingnya, wanita ini mendapat komen positif dari warga net. Masing-masing memberi kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan selepas ini.
Jangan stress & doakan sembuh.
Moga kuat melawan penyakit kanser.
Semoga Allah pemudahkan.
Setiap hari baca surah Al Fil 1000x.
Cepat sembuh & kekal positif.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tiada wuduk, tak hadap kiblat dan memakai seluar pendek.’ Sujud syukur pemain bola sepak diterima atau tidak?
Sebagai seorang manusia, pastinya kita akan berterima kasih dan sangat menghargai hadiah ataupun pemberian orang lain kepada kita. Inikan pula seorang hamba kepada Tuhan Maha Pencipta.
Begitu juga dengan pemain bola sepak apabila team mereka mendapat kemenangan, pasti ada di antara mereka terus melakukan sujud syukur sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah atas kemenangan yang diberikan.
Sujud syukur adalah salah satu cara untuk memanifestasikan perasaan penghargaan kepada Allah swt atas berita gembira yang terima ataupun sebagai tanda berterima kasih sekiranya kita terlepas daripada musibah.
Dari Abu Bakrah ra, bahawa Nabi Muhammad saw kebiasaannya akan terus sujud kepada Allah swt apabila menerima berita yang mengembirakan. Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan,
“Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”
Kebiasaannya kita lihat situasi pemain bola sepak selepas jaringkan gol saja terus sujud tanpa wuduk dan menghadap ke kiblat. Persoalannya boleh ke kita sujud tanpa mengambil wuduk dan menghadap kiblat.
Berkaitan isu ini, Dai Fuad Mokhtar tampil menjelaskan cara sebaiknya kita melakukan sujud syukur. Kita selalu tengok perkara ini berlaku dalam masyarakat kita.
Cumanya amalan sujud syukur apabila mendapat berita itu memang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sebagai tanda gembira rasulullah.
Cumanya para ulama berbeza pendapat dan pandangan berkenaan tentang sujud tanpa wuduk dan sujud tanpa mengetahui arah kiblat.
Dan para ulama yang muassarah bahkan para ulamak yang beringan-ringan tentang masalah ini menyatakan bahawa tidak ada masalahnya jika mereka itu tidak berwuduk atau tidak tahu arah kiblat kerana perbuatan mereka hanya untuk menceritakan kesyukuran kepada Allah SWT.
Masalahnya bagi pemain bola sepak yang pakai seluar pendek, dalam mazhab Shafie, apabila kita nak solat atau kita nak sujud bagaimanapun tutuplah aurat yang sebaiknya. Oleh itu pemain bola sepak pakailah seluar ‘tight’ yang panjang sedikit.
Kashoorga : Sujud syukur bukan sahaja sebagai tanda kita berterima kasih kepada Allah swt, tetapi juga salah satu cara kita mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Setiap insan yang bercinta pastinya mahu mengakhirinya dengan hubungan yang sah dan halal. Tetapi kita hanya merancang hanya Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka ada kalanya jodoh yang kita sangka terbaik tetapi sebenarnya bukan. Ini semua perancangan Allah dan ada sebabnya kenapa Allah temukan kita dengan insan yang salah.
‘Sebesar mana pun rumah, akhirnya rumah abadi kita adalah liang lahad.’ Kematian pemutus kelazatan dunia. Ternyata bila meninggal dunia, tiada apa yang akan dibawa melainkan amal ibadat kita.
Oleh sebab itu, setiap kali ziarah orang meninggal dunia jadikan ia sebagai peringatan untuk kita sedar bahawa mati itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa.
Ikuti perkongsian Firdaus Wong ini bila mana dia bersyukur dikurniakan hidayah dan memeluk Islam.
Semalam (ketika posting ditulis) menghadiri solat jenazah dan kemudian pengebumian Tuan Haji Fadzil, penunggang Ducati yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.
Bukan kali pertama saya menghadiri solat jenazah dan pengebumian tetapi setiap kali menghadirinya, timbul rasa keinsafan dan kesyukuran. Bukan sekali dua tetapi setiap kali. Kenapa merasa insaf dan bersyukur?
Saya merasa insaf kerana teringatkan hadis Nabi Muhammad saw bahawa ingatlah pemutus kelazatan iaitu kematian. Ya, kematian itu memutuskan kita dari segala kelazatan di dunia.
Sama ada seseorang itu percaya kepada Tuhan atau percaya kepada hari akhirat, yang pasti dia percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti!
Sebesar mana rumah kita, sepopular mana pun kita, semahal mana kereta kita, secantik mana pakaian kita, akhirnya rumah abadi kita adalah di liang lahad 3×7 kaki menanti hari kiamat seorang diri dan yang menjadi peneman hanya amal soleh kita.
Kenderaan terakhir yang kita naiki hanyalah van jenazah dengan badan kita terbujur kaku diselimuti kain kafan putih.
Kematian orang lain menjadi peringatan kepada diri kita bagaimana kita juga bakal menyusul, entah bila tetapi kita pasti akan menyusul.
Sebagaimana kita terkejut dengan kematian mengejut tanpa mengira usia, akan tiba masa orang lain akan terkejut dengan kematian kita pula.
Persoalannya bukan mati atau tidak tetapi persoalannya bagaimanakah keadaan kita semasa meninggal? Pengakhiran yang baik atau yang buruk?
Muslim atau kafir? Semoga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik sebagai orang beriman. Allahuma Amin.
Saya juga merasa bersyukur bagaimana mudahnya, ringkasnya, murahnya, praktikalnya Islam menerusi pengebumian.
Apabila seseorang mati, disunnahkan untuk dipercepatkan tanpa ditangguhkan, kos keseluruhan tidak lebih dari RM1,000 dan jikalau waris tidak mampu, maka kos akan dibayar oleh masyarakat setempat.
Bagaimana menurunkan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, sanak saudara, kenalan hatta adakalanya orang luar yang tiada pertalian darah dengan si mati. Indahnya kerjasama dan persaudaraan Islam.
Tiada istilah takut masuk ke liang lahad menyambut jenazah. Tiada istilah takut menyentuh jenazah. Jenazah disambut dan diletakkan di dalam liang lahad dengan penuh sopan dan kasih sayang. Khidmat terakhir terhadap si mati dari kita yang masih hidup.
Sememangnya wasiat saya buat ahli keluarga saya adalah jikalau ditakdirkan saya meninggal dunia di luar negara, maka jangan membazir wang membawa jenazah saya pulang. Semadikan saya di mana jua jenazah saya berada.
Gunakanlah wang yang mahu diperuntukkan bagi membawa pulang jenazah saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang dan berwakaf atau bersedekah atas nama saya agar saya mendapat manfaatnya.
Jikalau mereka membawa pulang jenazah saya, apa manfaat buat diri ini yang sedang menanti hisab dari Mungkar dan Nakir?
Jikalau saya meninggal di Malaysia dan ditakdirkan ada ahli keluarga yang jauh di luar negara, maka segerakan juga pengebumian saya tanpa perlu menanti mereka pulang untuk menatap wajah diri ini.
Cukuplah memori yang kita telah bina semasa hidup menjadi kenangan seumur hidup buat mereka.
Tidak perlu buat sebarang kenduri dan tahlil buat diri ini tetapi gunakan duit itu untuk waqaf, sedekah kepada yang memerlukan. Jangan terlalu menangisi pemergian saya melebihi 3 hari.
Teruskan hidup dengan cekal, teruskan beramal soleh dan senantiasa mendoakan diri yang sudahpun terputus segala amalan kecuali ilmu bermanfaat yang telah diajar atau disebarkan.
Sedekah jariah serta doa anak yang soleh. Itu pelaburan akhirat yang telah dilakukan semasa saya masih hidup.
Syukur Allah kurniakan hidayah buat diri ini untuk memeluk Islam. Syukur atas nikmat Islam. Alhamdulilah…
“Adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
(Adh-Dhuha 93:11 )
Kashoorga: Semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah. Amin.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.