‘Sebesar mana pun rumah, akhirnya rumah abadi kita adalah liang lahad.’ Kematian pemutus kelazatan dunia. Ternyata bila meninggal dunia, tiada apa yang akan dibawa melainkan amal ibadat kita.
Oleh sebab itu, setiap kali ziarah orang meninggal dunia jadikan ia sebagai peringatan untuk kita sedar bahawa mati itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa.
Ikuti perkongsian Firdaus Wong ini bila mana dia bersyukur dikurniakan hidayah dan memeluk Islam.
Semalam (ketika posting ditulis) menghadiri solat jenazah dan kemudian pengebumian Tuan Haji Fadzil, penunggang Ducati yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.
Bukan kali pertama saya menghadiri solat jenazah dan pengebumian tetapi setiap kali menghadirinya, timbul rasa keinsafan dan kesyukuran. Bukan sekali dua tetapi setiap kali. Kenapa merasa insaf dan bersyukur?
Saya merasa insaf kerana teringatkan hadis Nabi Muhammad saw bahawa ingatlah pemutus kelazatan iaitu kematian. Ya, kematian itu memutuskan kita dari segala kelazatan di dunia.
Akhirnya Rumah Abadi Kita
Sama ada seseorang itu percaya kepada Tuhan atau percaya kepada hari akhirat, yang pasti dia percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti!
Sebesar mana rumah kita, sepopular mana pun kita, semahal mana kereta kita, secantik mana pakaian kita, akhirnya rumah abadi kita adalah di liang lahad 3×7 kaki menanti hari kiamat seorang diri dan yang menjadi peneman hanya amal soleh kita.
Ads
Kenderaan terakhir yang kita naiki hanyalah van jenazah dengan badan kita terbujur kaku diselimuti kain kafan putih.
Kematian orang lain menjadi peringatan kepada diri kita bagaimana kita juga bakal menyusul, entah bila tetapi kita pasti akan menyusul.
Adalah Liang Lahad
Sebagaimana kita terkejut dengan kematian mengejut tanpa mengira usia, akan tiba masa orang lain akan terkejut dengan kematian kita pula.
Persoalannya bukan mati atau tidak tetapi persoalannya bagaimanakah keadaan kita semasa meninggal? Pengakhiran yang baik atau yang buruk?
Muslim atau kafir? Semoga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik sebagai orang beriman. Allahuma Amin.
Saya juga merasa bersyukur bagaimana mudahnya, ringkasnya, murahnya, praktikalnya Islam menerusi pengebumian.
Kematian Pemutus
Apabila seseorang mati, disunnahkan untuk dipercepatkan tanpa ditangguhkan, kos keseluruhan tidak lebih dari RM1,000 dan jikalau waris tidak mampu, maka kos akan dibayar oleh masyarakat setempat.
Bagaimana menurunkan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, sanak saudara, kenalan hatta adakalanya orang luar yang tiada pertalian darah dengan si mati. Indahnya kerjasama dan persaudaraan Islam.
Ads
Tiada istilah takut masuk ke liang lahad menyambut jenazah. Tiada istilah takut menyentuh jenazah. Jenazah disambut dan diletakkan di dalam liang lahad dengan penuh sopan dan kasih sayang. Khidmat terakhir terhadap si mati dari kita yang masih hidup.
Sememangnya wasiat saya buat ahli keluarga saya adalah jikalau ditakdirkan saya meninggal dunia di luar negara, maka jangan membazir wang membawa jenazah saya pulang. Semadikan saya di mana jua jenazah saya berada.
Kelazatan Dunia
Gunakanlah wang yang mahu diperuntukkan bagi membawa pulang jenazah saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang dan berwakaf atau bersedekah atas nama saya agar saya mendapat manfaatnya.
Jikalau mereka membawa pulang jenazah saya, apa manfaat buat diri ini yang sedang menanti hisab dari Mungkar dan Nakir?
Jikalau saya meninggal di Malaysia dan ditakdirkan ada ahli keluarga yang jauh di luar negara, maka segerakan juga pengebumian saya tanpa perlu menanti mereka pulang untuk menatap wajah diri ini.
Cukuplah memori yang kita telah bina semasa hidup menjadi kenangan seumur hidup buat mereka.
Tidak perlu buat sebarang kenduri dan tahlil buat diri ini tetapi gunakan duit itu untuk waqaf, sedekah kepada yang memerlukan. Jangan terlalu menangisi pemergian saya melebihi 3 hari.
Teruskan hidup dengan cekal, teruskan beramal soleh dan senantiasa mendoakan diri yang sudahpun terputus segala amalan kecuali ilmu bermanfaat yang telah diajar atau disebarkan.
Sedekah jariah serta doa anak yang soleh. Itu pelaburan akhirat yang telah dilakukan semasa saya masih hidup.
Syukur Allah kurniakan hidayah buat diri ini untuk memeluk Islam. Syukur atas nikmat Islam. Alhamdulilah…
“Adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
(Adh-Dhuha 93:11 )
Kashoorga: Semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah. Amin.
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita biasanya akan makan di restoran yang menyediakan pelbagai masakan panas.
Dan salah satu menu wajib untuk dimakan adalah Daging Masak Merah.
Jadi apa kata untuk juadah berbuka petang ini, ayuh kita sediakan resipi Daging Masak Merah perkongsian Cik Ma di Laman Sosial Facebook page Masak Apa Hari Ini yang gerenti sedap dan boleh licin pinggan.
Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..
Resepi & Bahan²..
Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..
Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²
Bawang putih di tumbuk kasar Cili boh/pes cili kering Sos tiram Sos tomato Sos cili Sedikit kicap sotong Gula, garam & pak aji (optional) Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)
– Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.. – Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit.. – Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili..
Siap utk di hidangkan..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Sebar aib dosa berangkai
Aib saudara seagama adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh dan tidak disukainya.
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Hadis riwayat Muslim (1017) dalam Sahih-nya.
Doa elak aib tersebar
Melihat betapa mudahnya aib tersebar seharus kita selalu mengamalkan doa ini,; daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:
Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:-
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).(Surah al-Mulk: 2)
Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnulkhatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:-
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah al-Nisa’: 48)
Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316).
Pasti kita tertanya-tanya apa petanda kematian yang baik. Berikut ada tujuh petanda tanda-tanda kematian yang baik iaitu :-
1.Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.
2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan kering lama kelamaan.
3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang – kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.
4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada lelehan air liur.
5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya muka si mati.
6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak berubah dari segi bentuk dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.
7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati seolah – olah jenazah baru sahaja meninggal. Sendi – sendinya mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.
Itulah dia 7 tanda kematian yang baik. InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda – tanda ini terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda.
Manusia sering leka dengan perihal dunia sehingga melupakan perihal kematian. Sedangkan mereka tahu yang mati itu adalah suatu kepastian. Sudah bersediakah kita? Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah.
Ayuh! Kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan baik seperti ini? Kredit : Pejabat Mufti Wilayah/ Sumber internet.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...