Ustazah Asma’ Harun antara pendakwah yang disenangi oleh orang ramai. Nasihatnya buat kaum wanita terutama dalam bab rumahtangga menjadikan dirinya antara disenangi ramai. Semalam menerusi fbnya, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kenapa dirinya menjual kurma Ajwa dengan harga agak murah iaitu RM55 sekilo berbanding RM100-RM140 sekilo bagi kurma yang selalu disebut oleh Baginda Rasulullah akan kebaikannya.
Bacalah perkongsian dipetik dari fbnya.
Ramai yang bertanya kenapa kami meletakkan harga kurma Ajwa agak rendah dan ada pihak yang kurang senang serta persoalkan. Kenapa kami tidak menjual harga standard (biasa antara RM 100-140 /kg, adakah kurma kami tidak berkualiti, stok lama ke?.
SubhanAllah, apabila saya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT untuk menjadi pembekal kurma dengan harga rendah, lalu saya terfikir inilah waktunya untuk berkongsi harga yang mampu dibeli bukan hanya kepada golongan kaya tetapi juga kepada golongan pertengahan supaya lebih ramai yang boleh beramal dengan saranan Nabi SAW.
Daripada Sa’ad r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun(penyakit, wabak dll) mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga, daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwa ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” (HR Muslim)
SubhanAllah, atas asbab ini kami nekad untuk menjual dengan harga borong serendah rm 55 per/kilo, bermula serendah 5 kg sahaja dah dapat harga borong (bergantung jenis kurma dan jumlah KG).
Maka, sudah sampai masanya bagi orang Islam untuk sama-sama saling membantu agar makanan sunah ini dijadikan sebagai amalan pemakanan harian dan mampu dinikmati semua golongan.
Antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyak kemungkaran berlaku dan tersebarnya wabak penyakit. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kaedah terbaik untuk mencegah sebagai satu usaha iaitu dengan mengamalkan pengambilan tujuh biji kurma Ajwa, namun jika tak mampu, insyaAllah mudahan beramal dengan kurma lain juga boleh.
Alhamdulillah, setakat ini lebih 5000 kg kurma telah terjual di bawah Galeri Ustazah Asma' Harun, dan kami mendapat feedback yang sangat baik, berkualiti, sedap, lembut, segar, pembungkusan yang kemas,
Allahuakbar. Saya sangat berbesar hati dan menghargai pembelian sahabat semua yang sentiasa menyokong setiap produk di bawah Galeri Ustazah Asma’ Harun. Insya-Allah, segala pembelian yang dilakukan akan digunakan untuk kegiatan dakwah dan kerja kebajikan yang saya jalankan.
Sempena Ramadan yang mulia, mari nikmati kurma pelbagai pilihan, murah dan berkualiti tinggi di bawah Galeri UAH sebagai bekalan sahur dan berbuka puasa serta sepanjang hidup kita. Juga boleh dijadikan hadiah.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada sebarang perkara yang boleh membawa keburukan dan mudarat.
Syukur mencukupkan keperluan, ‘Kita bukan tak kaya, tapi nafsu nak macam-macam.’ Kadang-kadang apa yang kita miliki lebih daripada cukup. Tapi kita masih mengadu tak cukup itu dan tidak cukup ini.
Padahal kehidupan kita jauh lebih baik, ada keluarga, punyai rumah walaupun kecil, ada pakaian walaupun jenamanya biasa-biasa. Selalunya kita lupa rezeki yang Allah kurniakan setiap hari, kerana kita sibuk bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Ikuti perkongsian Puan Suryani Yaakop ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan :
Hari itu berborak dengan kawan.
Dia kata duit tak ada. Tak cukup. Nak duit banyak. Bahasa kita biasa-biasalah tu. Cerita rakyat marhaen.
Tapi kemudian saya teringat masa makan sarapan tadi. Dia bawa spagetti. Dalam spagetti tu ada sotong. Ada udang. Dan banyak. Dapatlah dia jamu kami makan dengan spagetti tu. Buat tenaga sebelum kerja.
Jadi saya beritahu dia. Bukan tak cukup. Cukuplah tu. Kalau tak, takkan boleh bawa spagetti sampai dua binatang dia letak dalam tu. Binatang mahal pulak tu.
Duit dan harta ini memang susah nak cukup. Kita sentiasa rasa tak cukup. Cuba tanya orang kaya. Dia pun rasa tak cukup.
Untuk kita 500 itu sikit. Untuk orang kaya 1.2 juta itu sikit. Kalau tak, tak adalah dia buat bisnes macam-macam lagi. Nak tambah lagi. Nak bagi banyak lagi.
Kadang untuk itu sampai sanggup buat benda salah. Buat benda tak semenggah. Benda menjatuhkan maruah. Benda dimarah Allah.
Sebab sifat kita manusia pada duit dan harta memang begitu. Kalau tak tidaklah kalau ada satu gunung emas, kita akan minta satu lagi. Tuhan tahu dah. Memang macam itulah. Kita. Manusia.
Kemudian saya tanya dia. Ada rumah. Punya kereta. Ada pakaian. Punya makan. Ada dia kata. Pernah pinjam beras pada jiran. Ha ni tak ada.
Makanya awak kaya. Lebih dari kaya. Sebab awak ada semua. Dan mampu pulak sedekah pada kami ini lagi. Sedekah spagetti.
Kadang bukan kita tak kaya. Bukan hidup ini tak mencukupi. Tapi nafsu kita tak terpenuhi.
Saya tak kata jangan jadi kaya. Bagus. Jadi lah. Memang elok. Boleh bagi banyak lagi.
Saya tak kata jangan cari duit. Saya pun kerja. Nak cari rezeki sendiri. Hendak bagi yang terbaik pada anak. Nak hantar sekolah dan aktiviti yang bagus untuk dia. Hendak beli buku. Nak bagi dekat sesiapa saya suka. Bila-bila saya mahu. Jadi cari rezeki.
Saya tak kata jangan ada cita-cita. Jangan upgrade diri. Silalah. Jadi manusia kalau tak nak upgrade diri sendiri baik jadi batu.
Cumanya saya selalu pesan pada adik-adik. Pada kawan-kawan. Pada anak-anak.
Hiduplah kerana nak menyedapkan dan meningkatkan diri kamu untuk mata kamu. Bukan untuk menyedapkan dan meningkatkan diri kamu di mata orang.
Sebab kalau macam itu kamu akan sakit.
Pakai kereta kecil. Malu. Duduk rumah kecil. Segan. Pakai baju jenama daily-daily. Tak gah. Pakai kasut abibas. Low class. Jangan. Sakit.
Sakit hati dan sakit poket.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Selama mana kamu hidup sebab hendak menyedapkan mata orang, kamu sakit. Tapi kalau kamu nak menyedapkan pandangan kamu. Dan pandangan Tuhan pada kamu. Insyallah. Tuhan suka. Dan Tuhan tambah. Allah auto tingkatkan kamu di mata orang. Dengan cara Dia. Sudah kalau begitu, kamu pasti akan bahagia.
Kadang bila kita sibuk tengok yang nak dicari. Lupa nak pandang apa yang sudah diberi.
Saya kata saya sendiri.
Syukur itu bunyinya mudah.
Nak bersyukur tu kadang cukup payah. Siti Suryani Yaakop #kaknis
Kashoorga : Hidup akan jadi lebih tenang bila kita lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan.
Kita memang sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran dan paling bagus sekiranya memahami maksud dan terjemahan dalam kitab suci ini.
Jadi untuk memastikan pembacaan atau cara mengaji Al-Quran ini lebih menyeronokkan, apa kata anda melakukan coding pada kitab suci ini agar lebih memahami satu-satu maksud ayatnya
Malah jika ada kemusykilan atau persoalan, seseorang itu boleh merujuknya. Bukan itu sahaja, doa juga boleh dirujuk dengan mencarinya melalui coding.
Cara ini memang sangat menyeronokkan dan membuatkan seseotang itu lebih tertarik untuk terus membaca quran dengan penuh minat.
Perkongsian dari wanita ini Aisya Humaira Harun yang membuat coding menggunakan sticker berwarna dan nota bagi memudahkan dirinya untuk merujuk bacaan tertentu.
Coding Terjemahan Al Quran ———————————————-
Sebelum ini sticker berbeza warna saja yang digunakan dan kini saya upgrade sedikit. Sticker berwarna dan ditanda sekali dengan ‘nota’.
Idea untuk coding terjemahan Al Quran sebegini saya peroleh daripada Puan Ayesha melalui perkongsian beliau dalam rancangan Nona di TV 3 beberapa bulan lalu.
Saya ambil sedikit masa untuk ‘transform’ terjemahan ini dan MasyaAllah hasilnya membuatkan saya rasa lebih ‘attach’ dengan ayat ayat cinta ini. Suka tengok warna warni. Ditambah pula lebih mudah untuk dirujuk kembali. Alhamdulillah
Ini cara saya coding. Sticker berwarna beserta ‘nota’ dibahagikan kepada ;
+ Hijau untuk ayat ayat yang memberi peringatan. Peringatan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan keburukan serta azab pedih untuk hambaNya yang ingkar.
+ Pink untuk ayat ayat yang memberi motivasi, semangat, khabar gembira serta nikmat nikmat yang Allah telah janjikan.
+ Biru untuk ayat ayat pilihan saya iaitu ayat yang saya rasa sangat suka dibaca berulang ulang kalau boleh setiap hari.
+ Kuning untuk ayat ayat yang menunjukkan hukum hakam dalam Islam.
+ Oren untuk doa doa pilihan. Terlalu banyak doa doa yang terdapat di dalam Al Quran dan semestinya untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.
+ Kuning gelap untuk ayat ayat yang menceritakan tentang sirah, kisah kisah para Nabi dan Rasul.
… dan senarai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa, InsyaAllah.
Alhamdulillah
Selain daripada bacaan sendiri, input yang ditanda di dalam terjemahan ini banyak diperoleh dengan hadir ke seminar atau program program ibrah Al Quran.
Sungguh, kembara mendalami Al Quran ini sangat indah. Boleh jadi tak sedar masa yang berlalu apabila kita mula membelek Al Quran beserta dengan terjemahan ini. Bila sudah mula menanda, lagi lah lemas dalam lautan ayat ayat yang sangat istimewa itu.
Kalian cubalah ya, ambil sedikit masa untuknya.
Moga kita semua terus dipilih Allah untuk merasa nikmat dalam menghayati Al Quran. Diberi peluang untuk mentadabbur setiap ayat seterusnya mengamalkanya dalam kehidupan kita, InsyaAllah.
Aisya Harun Masih berusaha untuk bercinta dengan Al Quran
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.