Kisah cinta seorang lelaki bergelar suami, kasihnya hingga ke syurga. Kesetiaan Kamal Effendi seorang guru bahasa Inggeris ini membuktikan bahawa masih ada seorang lelaki yang bergelar suami yang cintanya begitu agung kepada isterinya.
Meksipun arwah isterinya telah pergi menemui penciptanya lebih dua tahun yang lalu namun cintanya, rinduya masih tetap subur. Melalui perkongsiannya di Instagram miliknya, lelaki ini berkongsi rasa.
Percutiannya ke St. Katharine Pier seakan menjelaskan kerinduan seorang suami terhadap isterinya.
Dengan caption:
Ads
Sudah semestinya saya ada pergi ke setiap tempat yang kita pernah pergi bersama dulu, cumanya kali ini saya datang tanpa awak. St. Katherine Pier adalah salah satu daripada tempat-tempat itu. Keadaan dah berubah. Masa saya datang dengan awak dulu, sini hujan. Mungkin matahari dengan langit berkabung lebih awal dari pemergiaan awak. Bila saya datang sendiri, matahari dan langit menyambut saya dengan indahnya, seolah-olah bangga yang saya kembali ke sana. Ternyata pencapaian terhebat saya adalah kamu. Panas atau hujan, dengan atau tanpa awak, saya akan sentiasa datang. Saya simpan janji untuk terus kuat dan takkan menyerah kalah. Salam sayang dari jauh.
Nota: Arwah isteri Kamal Effendi, Dr Nik Idzni Dalila telah dijemput penciptanya pada tanggal 27 Disember 2016. Arwah menghidap kanser karsinoma sel renal iaitu kanser buah pinggang sejak 2012.
ORANG dulu-dulu selalu menyebut, ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Jodoh kita adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang tahu siapakah bakal dijodohkan dengan kita. Islam menggalakkan mencari jodoh untuk menuju alam perkahwinan bagi menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan.
Selepas bertemu jodoh dan berkahwin, seseorang akan mendapat penawar terbaik bagi mengubati jiwa yang kesunyian. Setiap kita mempunyai harapan tersendiri terhadap pasangan yang diidam-idamkan. Namun, selepas lama mendirikan rumah tangga, pelbagai masalah serta persoalan timbul satu persatu.
Mengapa perkara sebegini berlaku? Semasa bercinta, setiap pasangan kekasih biasanya akan mempamerkan sikap dan personaliti sangat ideal. Masing-masing menyembunyikan kelemahan diri supaya dapat menambat hati pasangan.
TERUS BELAJAR KENALI PASANGAN
Apabila sudah berkahwin, barulah segala rahsia serta kelemahan diri terbongkar. Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan. Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, begitu juga isteri berusaha mengenali suami.
Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin menghuraikan tajuk ‘Pasangan bukan tukang tilik’ dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, berkata suami isteri perlu berterus terang mengenai diri mereka terhadap pasangan masing-masing.
Katanya, setiap pasangan tanpa kenal erti putus asa hendaklah memahami perilaku pasangan mereka. Proses mengenali diri pasangan bukan boleh berlaku secara automatik, sebaliknya memerlukan masa kerana tidak semua kelebihan atau kekurangan dapat dilihat dalam satu hari.
Dalam hal ini, suami isteri perlu dengar apa yang diutarakan oleh pasangan dan mengambil berat setiap perkara disampaikan walaupun hal kecil atau remeh. Apabila kita bersedia mendengar pandangan, pasangan juga akan menjadi pendengar yang baik kepada kita.
Menurut Muhamad, ada kala pasangan tidak suka mendengar untuk faham. Oleh itu, pasangan perlu mengelak daripada mencari kelemahan atau membuka aib, sebaliknya perlu sabar serta cari masa terbaik untuk membuat teguran.
Contohnya, suami memiliki sifat panas baran tidak suka diri dinasihati dan menganggap nasihat sebagai mencari kesalahan dirinya. Justeru, pilihlah masa sesuai untuk berbicara dari hati ke hati dengan suami seperti selepas menikmati hidangan makanan kegemarannya atau ketika berehat berdua-duaan.
PASANGAN SEBAGAI SAHABAT
Gunakan bahasa yang lembut dan manis serta susun ayat secara ringkas. Isteri solehah seharusnya menjadi, sahabat serta teman berunding bagi suami dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri diumpamakan sebagai ‘teman hidup.’
Jika suami menghadapi masalah bagi mencapai-cita-cita dan keluarga, maka peranan isteri diperlukan untuk memberi semangat serta motivasi kepada suami di samping menghiburkan hatinya.
Prinsip seterusnya yang harus dititikberat oleh setiap pasangan adalah memberi perhatian kepada pasangan kerana ada kala mimik muka, teguran atau nasihat disampaikan secara berterusan mampu memupuk rasa saling memahami dan secara tidak langsung menyejukkan hati pasangan.
Sewaktu hayatnya, Nabi Muhammad SAW pernah mendapat tentangan ketika menjalankan urusan dakwah. Baginda bersabar walaupun sering dicaci dan dihina oleh musuhnya. Sikap inilah yang membuatkan pengikutnya setia kepada ajaran Baginda.
Dua tahun sebelum hijrah, Allah SWT menghadiahkan Nabi Muhammad SAW satu amalan yang mampu melembutkan hati iaitu solat dan doa yang sentiasa dibacakan dalam solat yang bermaksud: “Tunjuklah kami jalan yang lurus.” (Surah Al Fatihah, ayat 6)
Perjuangan menuntut pengorbanan besar daripada aspek fizikal, mental dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksanakan oleh Baginda SAW dengan pertolongan serta pimpinan daripada Allah SWT yang akhirnya membuahkan kejayaan kepada Baginda.
Setiap pasangan suami isteri harus percaya bahawa kesefahaman terbaik yang cuba dijalinkan dalam hubungan hadir daripada pertolongan Allah SWT.
Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.
Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.
Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri.
Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak.. Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer.. Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer..ish..takperlah
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz..saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.. Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu.. Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal..Sampai dekat rumah dah lewat juga.
Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.. Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang..i love u too sayang bidadariku.sedih..
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah..Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik-ebitlew
Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat. Kredit: Instagram Ebit Lew
Sertai Webinar Jodoh : Suami Kiriman Ilahi
Dah buntu ikhtiar macam mana lagi nak cari jodoh? 😩
Yelah, bila dah jumpa dan berkenalan lama, dia tak nak lebih serius pun rupanya.
Macam-macam alasan bila borak pasal kahwin. 💍
Kerjaya la, komitment lain la, nak jaga adik-beradik la.
Bila dah putus, tiba-tiba dapat khabar, dia nak nikah dengan orang lain pulak!
“EHHH??!!” 💔
Ok, dah move one.
Bila jumpa yang lain, dah elok-elok berkenalan, tiba-tiba diam seribu bahasa. 💬
Terus lesap 💨. Kena ghosted pulak. 👻
Memang macam ni ke perangai lelaki bujang??
Nak cari lain pun, rasa macam fobia dah 😰. Diri dah la memang pemalu. Bertambah pemaluuu jadinya. 😔
PKP berlarutan pulak tu. Dah berkurang peluang nak berkenalan dalam susana sosial.
Nak buat apa lagi ni??
Macam mana ya nak jadi magnet bakal jodoh yang elok dan baik? 🧲💖
Kalau dah jumpa, macam mana nak pastikan terus disatukan di jinjang pelamin? 💍
Akhirnya bergelar seorang Isteri kepada Suami Kiriman Ilahi yang akan saling membimbing ke Jannah? 👩❤️💋👨
Kashoorga KEMBALI LAGI untuk membantu Sis sekalian merungkai masalah-masalah cari jodoh. 💘
Izinkan kami bantu Sis dengan Step-by-Step untuk dapatkan jodoh tanpa heartbreak. 💔 Cara
✅ cepat,
✅ mudah dan
✅ lancar menjadi magnet jodoh 🧲💖 khas buat wanita pemalu yang berazam 💪🏼 untuk bergelar seorang isteri.
Izinkan kami bantu sis capai azam Sis untuk berkahwin tahun 2022! Daftar segera di sini.
Rumah tangga, bukan sekadar hubungan bersama pasangan sahaja tetapi perlu ada sikap toleransi. Benar suami ketua rumah tangga namun tidak salah jika suami ada sikap tolak ansur agar hubungan suami isteri jadi lebih harmoni.
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan Ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
BAGI MASA PADA ISTERI DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
JANGAN BIAR ISTERI TERTEKAN
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.