Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama. 

Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.

Bagi sesiapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.

Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.

Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri.

Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.

Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak.. Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer.. Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer..ish..takperlah

IKLAN

Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz..saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.. Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu.. Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal..Sampai dekat rumah dah lewat juga.

Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.. Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang..i love u too sayang bidadariku.sedih..

“Isteri Adalah Teman Di Dunia & Juga Di Akhirat. Jangan Zalimi  Insan Istimewa Ini “- Ebit LewTernampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah..Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga.

Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik-ebitlew

Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat. Kredit: Instagram Ebit Lew

IKLAN

Sertai Webinar Jodoh : Suami Kiriman Ilahi

Dah buntu ikhtiar macam mana lagi nak cari jodoh? 😩
Yelah, bila dah jumpa dan berkenalan lama, dia tak nak lebih serius pun rupanya.
Macam-macam alasan bila borak pasal kahwin. 💍
Kerjaya la, komitment lain la, nak jaga adik-beradik la.
Bila dah putus, tiba-tiba dapat khabar, dia nak nikah dengan orang lain pulak!
“EHHH??!!” 💔

Ok, dah move one.
Bila jumpa yang lain, dah elok-elok berkenalan, tiba-tiba diam seribu bahasa. 💬
Terus lesap 💨. Kena ghosted pulak. 👻
Memang macam ni ke perangai lelaki bujang??
Nak cari lain pun, rasa macam fobia dah 😰. Diri dah la memang pemalu. Bertambah pemaluuu jadinya. 😔
PKP berlarutan pulak tu. Dah berkurang peluang nak berkenalan dalam susana sosial.
Nak buat apa lagi ni??

Macam mana ya nak jadi magnet bakal jodoh yang elok dan baik? 🧲💖
Kalau dah jumpa, macam mana nak pastikan terus disatukan di jinjang pelamin? 💍
Akhirnya bergelar seorang Isteri kepada Suami Kiriman Ilahi yang akan saling membimbing ke Jannah? 👩‍❤️‍💋‍👨

IKLAN

Kashoorga KEMBALI LAGI untuk membantu Sis sekalian merungkai masalah-masalah cari jodoh. 💘
Izinkan kami bantu Sis dengan Step-by-Step untuk dapatkan jodoh tanpa heartbreak. 💔 Cara
✅ cepat,
✅ mudah dan
✅ lancar menjadi magnet jodoh 🧲💖 khas buat wanita pemalu yang berazam 💪🏼 untuk bergelar seorang isteri.

Izinkan kami bantu sis capai azam Sis untuk berkahwin tahun 2022! Daftar segera di sini.

Webinar Jodoh: Suami Kiriman Ilahi

Webinar Jodoh: Suami Kiriman Ilahi

Webinar Jodoh: Suami Kiriman Ilahi

“Isteri Adalah Teman Di Dunia & Juga Di Akhirat. Jangan Zalimi  Insan Istimewa Ini “- Ebit Lew

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI