Masih tertanya apakah latar belakang sebenar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat tenang dalam menghadapi situasi penularan wabak COVID-19.
Beliau merupakan ketua para pejuang barisan hadapan yang setiap hari dilihat begitu sibuk dalam memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan. Sehingga artikel ini ditulis kes COVID-19 ini sudah mencatatkan 26 kematian dengan jumlah keseluruhan 2,161 kes.
Dalam pencarian di laman sosial mengenai diri Datuk Dr. Noorhisham beliau yang sentiasa bersikap tenang ini rupanya beliau adalah dari keturunan Cina Muslim.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook dan Twitter memberitahu perkara yang sama.
Kredit Foto: Twitter KKM
Sedikit latar belakang ringkas Dr Noor Hisham Abdullah
Ads
Datuk Dr Hisham ini ialah anak angkat Al-Marhum Ustaz Nik Mahyuddin dan juga menantunya. Arwah Ustaz Nik Mahyuddin ni mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Pengasas SMKA dan pernah jadi Pengetua KIK aka KISAS.
Dr. Norhisham berkahwin dengan anak bongsu Ustaz Nik Mahyuddin, Nik Wahidah, adik kepada Mantan Pengarah IPG KPI, Ustazah Nik Samihah.
Ustaz ini ambil Dr. Norhisham dari keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew masa dia form one kemudian dimasukkan ke Kolej Islam Klang (KIK) atau sekarang dikenali nama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) masa Form 4. KIK Class of 80 (ALKIS 80) dan masuk matric UKM kat SAS Cheras. First Degree dan Master dari UKM.
Kredit Foto: Twitter KKM
By the way, for everyone’s information. The 2 main doctors who are dealing with the COVID pandemic are:
Ads
1. Dato Dr Nor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
2. Dato Dr Christopher Lee, Head of Infectious Disease, KKM
Kedua-dua mereka beragama Islam & berbangsa Cina.
Ads
Banyak jasa bangsa Cina (Muslim) sebenarnya terhadap negara Malaysia.
Ramai yang tidak tahu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia itu adalah seorang Cina Muslim. Sangat rajin membaca Al-Quran dan menjaga solat walau di tempat dan saat sukar.
Moga Allah pelihara mereka yang mengetuai perjuangan barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19, sehingga kita berjaya melalui ujian Allah yg kuat ini dgn pertambahan iman tinggi dan aqidah yg mantap. Ameen.
Pernikahan adalah satu perkhabaran yang menggembirakan. Sepatutnya ia diraikan sebagai usaha memaklumkan kepada kaum kerabat, jiran tetangga dan sahabat bahawasanya satu ikatan suci telah terpeteri.
Dalam Islam, hal pernikahan tak boleh ditutup atau dirahsiakan, malah tiada istilah nikah secara sembunyi, ia haruskan dihebahkan. Rasulullah SAW bahkan menggalakkan agar majlis dijalankan dengan sedikit hiburan yang tidak melanggar syariat Islam agar yang hadir turut sama bergembira.
Namun ada juga di kalangan masyarakat yang mahu berita ini disembunyikan daripada pengetahuan umum dan penuh misteri. Ada perkara perlu dirahsiakan tetapi ada perkara perlu diumumkan bagi mengelakkan banyak tanda tanya dan fitnah.
Rasulullah SAW bersabda,
“Umumkanlah acara pernikahan, selenggarakanlah di masjid dan bunyikanlah tabuh,” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Kumandangkanlah acara pernikahan dan rahsiakanlah peminangan,” (HR Ummu Salamah ra).
Berdasarkan beberapa pertimbangan, urusan peminangan (bertunang) elok dirahsiakan berbanding pernikahan. Proses peminangan biarlah keluarga dekat sahaja yang tahu untuk mengurangkan rasa malu dan tekanan sekiranya pernikahan tidak jadi kelak. Kita tidak mahu orang berfikiran negatif terhadap keluarga perempuan apabila mengetahui isu putus tunang.
Keputusan menikah diam-diam, akan timbulkan spekulasi dan gosip yang mana ini semua menambah dosa-dosa kita. Keadaan akan lagi parah apabila saat diketahui yang isteri hamil; walaupun mengaku sudah menikah, tapi acara pernikahannya tak pernah diketahui sesiapa. Jadi bagaimana?
Fitnah demi fitnah akan berleluasa dan lebih teruk lagi apabila pasangan terpaksa memikirkan pembohongan demi pembohongan kerana ingin merahsiakan pernikahan. Tak penat kah?
Ketahuilah bahawasanya, Islam sangat memuliakan majlis pernikahan dan menganjurkannya untuk disyi’arkan (diramaikan dan dihebahkan) Jangan dirosakkan syiar ini dan menjadikannya misteri.
Mengumumkan pernikahan dalam erti menyaksikannya adalah wajib menurut jumhur ulama, dan merupakan salah satu syarat sahnya nikah, berdasarkan sabda Nabi SAW:
“Tidak ada pernikahan kecuali dengan adanya wali dan kedua orang saksi yang adil”. (HR. al Baihaqidari hadits Imran dan ‘Aisyah, dan disahihkan oleh al Baani dalam Shahih alJami’: 7557)
Sebahagian ulama telah menganjurkan untuk menyembunyikan proses pertunangan, kerana bimbang ada orang-orang yang mempunyai rasa hasad (dengki) yang mahu merosak hubungan antara pihak lelaki dengan keluarga pihak perempuan.
Sebagaimana yang disebutkan dalam“Hasyiyah al ‘Adwi ‘ala syarhin mukhtashar kholil”: 3/167.
Rasulullah SAW bersabda;
“Mintalah bantuan untuk menjayakan hajat (bertunang) dengan sembunyi-sembunyi, kerana setiap orang mempunyai nikmat akan diri orang lain”. (HR. Thabrani dan disahihkan oleh al-Baani dalam Shahih al Jami’)
Hal ini tidak hanya berkait dengan masalah khitbah (lamaran), bahkan sebaiknya bagi setiap orang untuk tidak menampakkan nikmat yang Allah berikan di depan orang yang menaruh rasa dengki.
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab.
Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.
Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.
Dalam masa sama Edika Yusof juga turut menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 41 tahun, yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.
Dalam satu postingnya di laman Instagram, dia mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke 41 tahun buat isterinya yang tersayang.
Isterinya itulah cinta hati dan tanpa cintanya dia tidak boleh hidup bersendirian. Ternyata kasih sayang tidak berbelah pada isteri tercinta walaupun suri hatinya tidak mampu berjalan. Dia juga mengakui akan terus menyayangi isterinya itu hingga ke jannah.
Ternyata pelakon hebat ini begitu menyayangi keluarga termasuk isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan padanya.
Dalam satu video oleh Sinar FM yang telah ditonton lebih tiga juta pelayar, Edika berkongsi pengalamannya selama 14 tahun (termasuk tahun ini) menjaga isterinya itu.
Sejak isterinya jatuh sakit dan menjadi lumpuh hingga mengakibatkan menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap.
Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.
Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.
Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya.
Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan.
Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga.
Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :-
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa dalam satu riwayat yang lain, hadis ini datang dengan sebutan عَلَى كُلِّ خَلْقٍ yang membawa maksud wajib berbuat ihsan kepada kesemua makhluk. Maka tuntutan ini meliputi berbuat ihsan kepada manusia, tumbuhan, serta haiwan.
Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya.
Tular di Tik Tok dikongsikan oleh @Fauzia Asmaa Hadi, pekerja pembersihan mengambil sebungkus plastik dalam lori sampah selepas mendengar tangisan suara anak kucing sebelum membukanya dan mendapati tiga ekor anak kucing masih kecil dibungkus hidup-hidup sebelum diselamatkan oleh mereka.
Walau tidak dinyatakan kejadian berlaku di mana namun ramai menyifatkan ia satu tindakan kejam kerana menzalimi haiwan kecil kesayangan Rasulullah ini.
Zalimi kucing masuk neraka, kisah ini wajar jadi iktibar
Dikongsi dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al Kafi #1707, Mufti menjelaskan perbuatan menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka.
Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :-
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:-
Maksudnya : Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah.Riwayat Al-Bukhari (2365).
Ketahuilah, setiap perbuatan kita ada dosa dan pahala dicatatkan. Dan semuanya akan dikumpulkan di Padang Masyhar dan akan diadili di akhirat kelak.
Moga kita sentiasa bersikap ehsan pada semua kerana kita semua hamba dan makhluk ciptaan Allah taala.