Adakah kena ulang semula kalau orang perempuan tidak sedar rambutnya terkeluar dari tudung ketika dia solat dan selepas solat baru sedar?
Gambar sekadar hiasan.
JAWAPAN :
Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.
Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.
Ads
Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :
قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها
Ertinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.” Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
Ads
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة
Ertinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.” wallahua’lam
Kuasa Allah, dua hari terperangkap dalam runtuhan, kanak-kanak enam tahun ditemui masih hidup di sisi mayat neneknya yang telah meninggal dunia.
Segala yang berlaku atas kekuasaan Allah. Siapa sangka walaupun selepas dua hari, anak ini ditemui masih hidup dan selamat walaupun neneknya telah pergi dulu.
Seorang kanak-kanak ditarik keluar dari bawah runtuhan sebuah rumah dalam keadaan masih hidup meskipun terperangkap di bawah runtuhan itu selama dua hari, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Situasi itu memberi harapan kepada waris mangsa yang masih mencari orang tersayang selepas gempa bumi cetek menggegarkan rantau Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin lalu.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), anggota penyelamat menyelamatkan kanak-kanak bernama Azka Maulana Malik itu di kampung Nagrak, dalam daerah Cugenang, Indonesia.
Satu rakaman video menunjukkan situasi ketika kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh anggota penyelamat.
Dia ditemui bersebelahan dengan mayat neneknya, demikian menurut BNPB.
Azka kini dirawat di sebuah hospital di Cianjur, lapor media tempatan. Pasukan penyelamat sebelum ini telah membawa keluar mayat ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Cianjur sekitar pukul 1.21 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
“Angka kematian kini meningkat kepada 271 orang,” kata Ketua BNPB, Mejar Jeneral Suharyanto dalam satu sidang akhbar semalam sambil menambah, lebih satu pertiga daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.
BNPB juga telah mendirikan 14 khemah pelarian dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sementelah itu, Suharyanto jelaskan mangsa-mangsa dijangka meninggalkan khemah sementara mereka dan berpindah ke khemah utama. – Agensi
Kasih ibu membawa ke syurga. Dalam islam, mengata “ah” sahaja sudah cukup seorang anak tidak mampu mencium syurganya apatah lagi kalau menyakiti hati ibunya.
Allah berfirman dalam surah al-Isyra’ 23:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Berkongsi kisah dari pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di instagramnya @ustadzabdulsomad_official, Ustaz Abdul Somad berkongsi kata-kata kiasan yang biasa digunakan oleh arwah ibunya mengenai sedekah.
Biasa arwah ibunya, Hajjah Rohana tidak menyatakan secara terus bahawa seseorang itu perlu dibantu namun ibunya sering mengunakan kata kiasan dengan menceritakan kesusahan orang ditemuinya dan anak-anak biasanya dapat memahami maksud si ibu bahawa individu itu harus dibantu. Tidak hairanlah, sudah dua tahun ibunya menemui Ilahi pada bulan Ramadan, pendakwah ini telah menubuhkan Yayasan Wakaf Hajjah Rohana Berbagi bagi meneruskan kerja-kerja dakwah arwah ibunya.
Baca perkongsiannya:-
Walaupun sekarang sudah tahun 2021, tapi kalender di dinding rumah Omak tetap 2019. Masih tampak beliau lingkari satu tanggal, beliau tulis di bawahnya: ke Silau. Itu berarti sepekan sebelum Ramadhan.
Beliau pergi ke pasar pagi Arengka, beli daging. Dimasak rendang. Beli nampan-nampan plastik tempat nasi, sayur, dll. Untuk sedekah makanan ke faqir miskin. Biasanya pergi sendirian. “Berapa umur ibu?”, tanya orang di pasar. Beliau jawab, “Tujuh puluh”. “Sampai hati anak-anak ibu, dibiarkannya ibu ke pasar sendirian”, kata mereka. Omak biarkan mereka bicara, sampai habis.
Setelah itu, baru dia balik bertanya, “Tau kau siapo namo anak aku?”. “Siapa Bu?”, tanya mereka. “Somad”, mereka pun terkaget-kaget. Ujung-ujungnya, mereka antar Omak pulang ke rumah. “Aku tadi di pasar”, begitu biasanya Omak memulai ceritanya.
Bukan kami tak mau mengantar, tapi begitulah Omak merasa nyaman pergi sendiri.
“Duit yang kau kasi tu tak cukup. Banyak kali tamu kau”, saya faham, sebenarnya uang itu beliau belikan beras untuk faqir miskin.
“Si anu, sudah tak bayar sewa rumah tiga bulan. Cucunya tiga”, begitu bahasanya. Maksudnya, bayarkan.
“Si anu, tukang masak di jalan nangka, jalan kaki dari Panam. Kasian kali ah”, faham, maksudnya, belikan sepeda.
Setelah beliau wafat, kami hanya melanjutkan apa yang beliau lakukan dulu. Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Hajjah Rohana Berbagi sudah genap dua tahun. Semoga kita selalu dalam ridho Allah Subhanahu wa Ta’ala, amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Penularan wabak Covid-19 kini semakin serius apabila semalam kes mencatat paling tinggi apabila lebih 400 kes baru dilaporkan di seluruh negara.
Tanpa mengenal bangsa atau agama, terbaru Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri turut disahkan postif Covid-19.
Beliau membuat pengesahan itu menerusi media sosial miliknya. Bukan itu sahaja Dr Zulkfli juga turut mendoakan keselamatan dan kesembuhan rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid-19 ini.
“Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.
“Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
“Insya-Allah, bantuan #MusaadahKhasSiswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program #MusaadahCOVID19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.
“Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.
“Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
Justeru, Zulkifli meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang dihadiri beliau sebelum ini menjalani saringan Covid-19.
Pada 24 September lalu, Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur.
Beliau juga turut menghadiri beberapa program lagi di Kelantan, Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.
Dalam pada itu, ramai turut mendoakan kesihatan Menteri Agama dan boleh kembali bekerja seperti biasa.
drhalina Semoga cepat sembuh Ustaz
lufyalaana Cepat sembuh ustaz. Moga Allah lindung dan padamkan segala dosa dan kesalahan walaupun sebesar zarah.
amir_salikan Semoga cepat sembuh Dr. Zul.. Amin
cik_panda85 Allahuakbar! Semoga Dr Zulkifli diberikan kesembuhan. Ameen Ya Rabb.
farhanxism Syafakallah. Moga Ustaz kembali pulih sihat sempurna seperti sediakala.. Amiin.
iza_hazih Smg Dr Zulkifli diberi kesembuhan oleh Allah swt dan dapat bertugas semula