Pelawak, pelakon dan pengacara, Shuib (Sepahtu) mengakui perasaannya untuk kembali ke Tanah Suci Makkah meluap-luap selepas kembali dari menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Mei lalu.

Menurut Shuib, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dia dan Siti Sarah Raisuddin ada merancang untuk membuat umrah sekali lagi dan cuba untuk mengerjakan ibadah umrah dua kali setahun.

UMRAH DUA KALI SETAHUN

“Saya pernah cakap dengan Sarah, kalau ada rezeki saya nak tunai umrah dua kali setahun.

“Jadi selepas mengerjakan umrah kali pertama bersama Mei lalu, kami ‘ketagih’ untuk kembali.

“Alhamdulillah ada rezeki kami kali ini dan kami akan berada di sana lebih kurang 14 hari. Apa yang kami harapkan urusan kami dipermudahkan,” katanya yang akan menunaikan ibadah umrah buat kali kedua tahun ini bermula 14 November ini.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BqJobtUH5XT/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=17uvnw9ccajpc

Tambah Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 34, apa yang lebih istimewa, kali ini dia bukan hanya pergi untuk mengerjakan ibadah, tetapi juga menawarkan diri untuk menjadi pembantu mutawwif.

“Kawan saya merupakan seorang mutawwif dan saya tanya padanya, bagaimana perasaan menjadi seorang mutawwif. Bila dia cerita, saya terus tertarik dan menawarkan diri untuk menjadi pembantu.

IKLAN

TERINGIN NAK JADI MUTAWWIF

“Selain menunaikan umrah, dapat juga saya menimba pengalaman baharu dan mana tahu satu hari nanti, saya akan menjadi mutawwif untuk kumpulan jemaah saya sama-sama menunaikan umrah suatu hari nanti,” jelasnya.

Shuib berkata, dia juga berharap dapat mengerjakan ibadah Haji, pada tahun hadapan dan turut merancang membawa ketiga-tiga anaknya mengerjakan ibadah umrah.

IKLAN

“Ariq baru nak menginjak ke usia tiga tahun dan pada usia ini dia sedang lasak. Jadi saya bimbang sekiranya bawa dia sekarang menunaikan ibadah umrah bersama, dia akan hilang.

“Tunggulah tahun depan, InsyaALLAH, memang ada perancangan nak bawa ketiga-tiga anak saya bersama,” jelasnya.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber kredit: Sinar Harian

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI