Sunat anjurkan majlis kahwin, tapi atur elok-elok. ‘Viral pengantin bertudung, menari beramai-ramai macam disko dalam majlis perkahwinan yang dianjurkan.’
Menjadi trend dalam masyarakat kita menganjurkan majlis perkahwinan selepas majlis nikah. Dalam dunia serba moden ini, pelbagai idea menarik dan lain dari yang lain ditonjolkan dalam tema majlis perkahwinan.
Namun begitu tak semua tema yang diangkat kena dan sesuai dengan ajaran Islam.
Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.
Tapi Atur Elok-Elok
Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.
Pengantin perempuan kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab manakala pengantin lelaki pula segak menggayakan sut berona kelabu.
Ads
Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.
Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.
Viral Pengantin Bertudung
Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.
Majlis perkahwinan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.
Menari Beramai-ramai
Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.
Ads
Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.
Macam Disko
Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.
Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.
Ads
Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama.
‘Suami liat nak solat.’ Isteri kena tegur walaupun kena maki, jangan putus asa, malah semakin kerap tegur hingga suami berubah dan terbuka hati.
Sememangnya setiap dari kita mengidamkan pasangan yang alim serta menjaga amal, ibadat terutamanya bab solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat pun tidak, bagaimana ibadat-ibadat yang lain, pasti diambil ringan juga. Masyallah, minta dijauhkan.
Ikuti perkongsian Ustaz NoorHafiz menerusi video TikToknya, semoga perkongsian ini dapat memberi sinar kepada mereka yang berdepan konflik begini.
Ramai yang mengadu keluarga yang mereka sayangi tidak mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Ada di kalangan mereka yang menyatakan isteri mereka tidak mendirikan solat. Malah ada di kalangan mereka yang mengatakan anak-anak mereka tidak solat.
Tak ketinggalan, ada juga di kalangan mereka yang menyedihkan apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga tidak melaksanakan solat yang sepatutnya. Sepatutnya suami yakni ketua keluara membimbin g keluarga.
Namun sebaliknya pula yang berlaku, isteri dan anak-anak solat tapi ketua keluarga mereka yang tak mendirikan solat. Apa yang perlu kita lakukan, sekiranya kita berada di tempat atau posisi keadaan ini.
Pertama, kita jangan putus asa, sentiasalah kita menyeru ahli keluarga tersebut untuk mendirikan solat. Ajaklah mereka walaupun mereka tak solat, sentiasa ajak mereka secara berhikmah.
Manakala yang kedua, jangan kita putus asa untuk mendoakan kepada mereka. Moga-moga dengan asbab kita lakukan dua perkara ini, satu hari nanti, mereka akan dapat bersama-sama kita mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Dalam masa yang sama, saya turut mendoakan yang berada dalam situasi atau masalah ini, moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepada ahli keluarga kita dan dapatlah kita bersama-sama mendirikan solat dan seterusnya kita dan mereka bahagia, gembira bukan saja di dunia tapi di akhirat sana juga.
Ternyata masalah ini turut di hadapi oleh beberapa warganet, mereka meluahkan rasa apabila usaha mereka menegur suami atau pasangan untuk mendirikan solat masih belum menunjukkan hasil. Ini luahan mereka
Closed
Betul….rasa sedih. Nak tegur, tapi kena maki.
Noni
Saya sudah putus asa, katanya hati belum terbuka..
Azlina6218
Berdoa agar semua ahli keluarga mendirikan solat dan tidak meninggalkan solat.
Emalia83
Saya pun tak berputus asa ustaz… Menegur anak dan suami, tapi memang rasa sedih kalau cakap kita pun anak tak dengar.
Kashoorga Semoga mereka yang berdepan dengan situasi ini terus bersabar dan tak putus asa menasihati pasangan dan anak-anak.
Soalan:
Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Hukum bagi wanita yang mengambil ubat tahan haid bagi tujuan berpuasa penuh di bulan Ramadan adalah harus.
Keharusan ini tertakluk dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan dan pengesahan tiada implikasi mudarat terhadap tubuh badan seseorang wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, lebih baik tidak mengambil ubat tersebut kerana yang paling afdal meraikan fitrah semula jadi yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kaum wanita.
Haid merupakan darah tabi’i (tabiat semulajadi yang normal) mengalir keluar daripada pangkal rahim perempuan setelah baligh ketika badannya sihat tanpa ada sebab (penyakit) dalam tempoh-tempoh tertentu.
Darah haid merupakan kejadian semulajadi yang ditentukan oleh Allah SWT kepada kaum hawa berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA:
. قالَ: إنَّ هذا شيءٌ كتبَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ على بَناتِ آدمَ
Maksudnya: “Rasulullah bersabda: Sesungguhnya, ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk anak cucu perempuan Adam.“- Riwayat Bukhari (294)
Wanita yang mengalami haid di bulan Ramadan tidak perlu berpuasa dan diperintahkan untuk menggantikan puasanya pada hari-hari yang ditinggalkan berdasarkan hadis berdasarkan daripada Mu’azah Al-‘Adawiyyah:
Maksudnya:
Aisyah RA berkata: Kami telah ditimpa haid, kemudian kami diperintahkan untuk menggantikan puasa (yang ditinggalkan kerana haid) tetapi tidak memerintahkan untuk menggantikan solat”.
Riwayat Muslim (335)
Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa antara syarat yang membolehkan seseorang berpuasa ialah suci daripada haid dan nifas:
Maksudnya:
Terhenti daripada haid dan nifas sepanjang waktu siang. Seterusnya, tiada nas larangan dalam perbuatan makan pil tahan haid. Oleh itu harus makan ubat tahan haid bertepatan kaedah fiqh yang yang masyhur : الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut).
(Lihat: al-Asybah wa al-Nazair , Imam Suyuthi .60)
Namun, sekiranya terbukti dari sudut perubatan oleh pihak yang beroautoriti bahawa memakan ubat menahan haid boleh mendatangkan mudarat jangka masa pendek atau panjang, maka penggunaannya tidak dibenarkan. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak boleh memberikan mudarat atau saling berbalas memberi mudarat.
Riwayat Ibn Majah (2341)
Oleh yang demikian, wanita yang ingin mengambil ubat menahan haid perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan agar dapat terhindar daripada sebarang implikasi kesihatan.
Berdasarkan pandangan ulama, memakan ubat untuk melambatkan kitaran haidnya adalah dibolehkan dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu dan ubat tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.
Walau bagaimanapun lebih baik tidak memakan pil kitaran haid agar dapat mengikut fitrah kejadian semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kedatangan haid merupakan sesuatu tanda wanita itu dalam keadaan sihat. Oleh itu, wanita yang mengalami haid ketika bulan Ramadan, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya di bulan-bulan lain.
Semua orang tentunya pernah mengalami mimpi saat tidur, terkadang ada yang menganggapnya sebagai bentuk firasat yang menunjukkan keadaan yang akan terjadi.
Ketika mimpi tersebut baik pastinya akan menjadi rasa senang kerana akan mendatangkan kebahagiaan. Sebaliknya, mimpi buruk akan memberikan rasa sedih yang membuatkan fikiran jadi terganggu.
Justeru siapa yang terjaga disebabkan oleh mimpi buruk, bolehlah amalkan doa yang diberikan ini.
Definisi Mimpi
Definisi mimpi adalah situasi atau keadaan yang kita temui ketika sedang tidur, baik dalam situasi bahagia mahupun sedih. Mimpi memiliki tiga jenis iaitu mimpi sebagai khabar gembira, mimpi ungkapan jiwa, dan mimpi buruk. Dari ketiga jenis mimpi tersebut sebaiknya janganlah diceritakan kepada orang lain. Mimpi itu sumbernyaboleh datang dari diri sendiri yang disebut sebagai bunga tidur. Jadi, mimpi tersebut memang tidak mempunyai makna apa-apapun.
Biasanya mimpi beasal dari fikiran yang terganggu oleh seseorang sampai terbawa ke dalam mimpi. Meskipun mimpi ada yang berasal dari Allah SWT sebagai khabar baik mahupun kabar buruk, sebaiknya janganlah fikirkan maknanya yang kita anggap benar terjadi.
Mimpi Baik
Ketahuilah mimpi baik datangnya dari Allah SWT yang ingin memberikan kabar gembira. Prinsipnya, mimpi baik juga bersumber dari amal baik sehingga dapat mengingatkan kita sebagai umat islam untuk selalu berbuat baik dengan aneka pertanda larangan, perintah, peringatan, dan khabar gembira.
Hal tersebut juga diterangkan dalam sebuah hadis yang menjelaskan “Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari empat puluh enam bahagian kenabian.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dijelaskan dalam pernyataan tersebut bahwa mimpi datangnya dari Allah SWT sehingga ketika ketika bermimpi baik maka bersyukurlah.
Apabila Anda bermimpi baik maka dianjurkan untuk menceritakan kepada orang lain sebagai bentuk rasa syukur. Hal tersebut dijelaskan dalam hadis yang tedapat di bawah ini.
“Apabila salah seorang dari kalian melihat mimpi baik yang datangnya dari Allah SWT maka bertahmidlah sehingga ucapkan Alhamdulillah kemudian kabarkanlah mimpi baik tersebut kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Mimpi Buruk
Tidak hanya terdapat mimpi baik, ternyata juga terdapat jenis mimpi buruk yang disebut dengan mimpi batil yang sumbernya dari syaitan. Ternyata ada mimpi yang sengaja dibuat oleh setan agar menampakan hal yang teruk sehingga membuat seseorang menjadi merasa sedih, terkejut, dan sakit. Hal tersebut dijelaskan dalam firman Allah SWT, di bawah ini.
Allah berfirman dalam Al Quran surah Al Mujaadilah ayat 10:
“Sesungguhnya, pembicaraan rahasia itu adalah setan agar orang yang beriman itu berduka cita. Pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dengan hendaknya kepada orang yang beriman bertawakkal.” (QS. Al-Mujaadilah ayat 10).
Seperti yang dijelaskan dalam hadist tersebut dijelaskan bahwa mimpi buruk memang permainan syaitan yang memang sebaiknya janganlah dipercaya kemudian berdoalah ketika bermimpi buruk. Tetapi, apabila anda bermimpi buruk maka janganlah diceritakan kepada orang lain.
Hal yang Diajarkan Ketika Mengalami Mimpi Buruk
Sudahkah Anda mengetahui hal apa yang sebenarnya diajarkan ketika mengalami mimpi buruk? Untuk mengetahuinya maka simaklah ulasan yang terdapat di bawah ini.
Meludah Ke Arah Kiri Sebanyak Tiga Kali
Hal pertama yang harus dilakukan saat mengalami buruk yaitu meludah ke arah kanan dan kiri. Lakukanlah selama tiga kali, hal tersebut sebenarnya dilakukan untuk mencela setan kemudian untuk menghina setan. Ketahuilah bahwa mimpi buruk ini sebenarnya datangnya memang dari syaitan sehinggalah sebagai bentuk ketidaksukaan dalam melakukan hal tersebut.
Berlindung Kepada Allah Dengan Membaca Doa
Berikutnya, hal yang harus diajarkan ketika mengalami mimpi buruk yaitu berlindunglah kepada Allah SWT.
Caranya bagaimana? Tentunya umat muslim diminta untuk berdoa dawali dengan membaca ta’awudz sehingga boleh menjauhkannya dari godaan syaitan. Memohonlah kepada Allah SWT agar terhindar dari keburukan syaitan.
Setelah membaca taawudz maka bisa melanjutkan doa ketika mimpi buruk di bawah ini.
“Huwallahu, allahu rabbi, la syarika lahu. A‘udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni”.
Ini beerti dari mimpi buruk tersebut adalah memohon perlindungan kepadalah Allah SWT karena Dialah Tuhanku, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku berlindung kepadanya dari kemarahan-Nya, kejahatan hamba-Nya, dan dari godaan syaitan.
Berzikir
Setelah berdoa maka berdzikirlah kepada Allah SWT, tentunya hal tersebut juga menjadi salah satu cara berlindung kepada-Nya. Seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT surah Al A’raaf ayat 200:
“Dan, jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan maka berlindunglah kepada Allah.”
Dengan berzikir berarti berserah diri kepada Allah SWT sehingga dapat membuat hati merasa lebih tenang.
Mengubah Posisi Tidur Ke Sisi Lain
Berikutnya, hal yang diajarkan ketika mimpi buruk yaitu mengubah posisi tidur ke sisi lain. Apabila anda sedang berbaring ke sisi kiri maka ubahlah posisi tidur Anda menjadi berbaring ke sisi kanan atau lakukan pula yang sebaliknya. Dengan demikian maka akan membantu untuk mengubah mimpi anda menjadi mimpi baik ketika merubah posisi tidurnya.
Jika Mimpi Buruk Jangan Ceritakan Mimpi Kepada Orang Lain
Hal berikutnya yang harus diperhatikan ketika mimpi buruk maka sebaiknya janganlah menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Hal tersebut di jelaskan dalam tulisan Imam al-Munawi yang menjelaskan.
“Hendaklah ber-isti’adzah dengan sepenuh keinginan,, keheningan batin, kehadiran hati dan kebenaran tawajjuh sehingga tidak cukup hanya menggerakkan lisan saja.”
Dari pernyataan tersebut maka dinyatakan bahwa orang yang bermimpi buruk kemudian melakukan hal di atas mulai dari keheningan atin, kebenaran tawajjuh, dan kehadiran hati maka mimpi buruk yang dialami tersebut tidak akan berubah menjadi hal buruk yang membahayakan.
Apabila Anda masih sering mimpi buruk di malam hari maka disarankan untuk berwudhu atau melakukan solat sunnah.
Makna Doa Mimpi Buruk
Jadi, sebenarnya makna dari doa mimpi buruk tersebut tujuannya agar kita sebagai umat muslim selalu mengingati Allah SWT dalam kondisi apapun. Sebaiknya juga percayalah tentang hal baik yang selalu diberikan-Nya. Biasanya mimpi buruk datangnya dari syaitan, dari firasat, dan rasa gelisah manusia itu sendiri.
Ketika mimpi buruk maka janganlah langsung berprasangka buruk, tetapi mengingati Allah SWT dengan cara doa ketika mimpi buruk sehingga mendapatkan perlindungan-Nya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?