Cinta itu fitrah kerana setiap orang dilahirkan untuk disayangi dan dicintai. Bahkan dalam surah Adz Zariyat, ayat 49, ada dinyatakan tentang cinta kepada Allah dan manusia yang bermaksud, “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah s.w.t.

Namun ramai yang “tergelincir” memahami erti cinta yang menurut syariat hingga membawa kepada masalah lebih besar termasuk isu zina yang berleluasa selain bebas bergaul lelaki perempuan tanpa batas.

Dikongsi dari fb, ini ada 10 nasihat untuk orang bercinta.

Assalamualaikum..

Wahai sahabat seakidahku, dengarlah pesanan ini:-

IKLAN

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

IKLAN

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu yang hakikatnya adalah selepas kau diijab kabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

IKLAN

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI