Penantian selama 10 tahun menantikan kehadiran cahaya mata berakhir buat pasangan selebriti terkenal Indonesia, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar apabila semalam, 30 Mac 2021 mereka dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat 3.4 kg.
Dalam satu berita gembira dikongsikan di akaun Youtube Keluarga Sungkar’s dan instagramnya, Irwansyah memberikan salam pertama buat anak kesayangannya.
Assalamualaikum anak shalehku , Ukkasya Muhammad Syahki ️ anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa ️️ yg nyusu nya nonstop مَا شَاءَ اللَّهُ.
Malah dirinya turut mengucapkan terima kasih kepada barisan doktor yang menyambut kelahiran bayi sulungnya itu serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus saling mendoakan kelahiran anak sulungnya itu.
“Terima kasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_Jakarta, dan teman-teman semua yang belum pernah ketemu tapi doanya luarrr biasa ️️ Terimakasih atas support dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini. Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan.
Ads
Malah Irwansyah turut berkongsi anak kecilnya itu dalam keadaan sihat.Malah meminta orang ramai terus mendoakan anak kecilnya itu yang dipanggil Ukkasya.
Kisah pasangan ini menjadi tumpuan peminat-peminatnya kerana Irwansyah dilihat begitu menjaga isterinya semasa dalam kehamilan bagi memastikan kandungan isterinya berjalan lancar. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah.
Doa dipermudahkan hamil
Dalam pada itu jika ada pasangan yang masih diuji belum punya zuriat, ada beberapa doa dibaca memohon kepada Allah agar diberikan rezeki zuriat.
Ads
Antara doa yang disebut ini di dalam surah Al-Furqan ayat 74 :-
“Robbana hablana min azqajinaa wa zurriyatina qurrota’ayunin, waj’alna lil muttaqiina imama.”
Artinya: “Ya Tuhan kami, anugerakanlah kepada istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqan: 74)
Ada juga doa Nabi Zakaria a.s di dalam surah Ali ‘Imran
Laporan Bancian Penduduk tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas masih belum berkahwin di seluruh negara. Malah, statistik 10 tahun lalu itu juga menunjukkan jumlah wanita bujang 30 tahun ke atas jauh lebih tinggi iaitu seramai 4.8 juta berbanding jumlah lelaki bujang 739,000 orang.
Trend itu dijangka meningkat lagi memandangkan trend berkahwin lewat sudah boleh diterima oleh kebanyakan masyarakat. Bahkan hasil analisis Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 mendapati rata-rata lelaki mahu menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun manakala wanita 30 tahun.
Walau ada beranggapan jodoh adalah rahsia Allah taala, namun usaha mencari jodoh itu perlu ada dan bukannya berdiam diri.
Namun dalam mengenal pasti imam solat kita dengan tepat, ada kriteria yang harus kita fahami dan bagaimana mencarinya.
KASHOORGA dengan kerjasama Pengasas Halal Speed Dating, Zuhri Yuyhi atau dikenali sebagai Bro Yuhyi membawakan Webinar Menjemput Jodoh Halal untuk manfaat Muslimah bujang pada 27 Mac 2021 di mana Bro Zuhri akan membantu golongan wanita muslimah bujang mencari jodoh halal lagi berkat tanpa berdepan dengan perangkap manis lelaki yang tak serius.
Pengasas Halal Speed Dating, Zuhri Yuyhi atau dikenali sebagai Bro Yuhyi akan berkongsi rahsia mencari imam solat para muslimah dalam Webinar ini..
Jelas Bro Zuhri yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan semasa dirinya muda berkata, antara aduan yang sering diterimanya selepas mengasaskan Halal Speed Dating ialah muslimah bujang sering diberi harapan palsu dan dimainkan hati mereka oleh lelaki. Seterusnya mereka berasa patah hati dan mati akal dalam ikhtiar mereka mencari jodoh.
“Berdasarkan masalah ini, saya terpanggil untuk membantu ikhtiar Muslimah mencari jodoh kerana berkahwin itu adalah sunnah Rasulullah SAW dan mereka tidak seharusnya mengalah.
“Webinar ini juga adalah tepat pada waktunya kerana permintaan bantuan cari jodoh cara halal juga naik mendadak di musim pandemik kerana ramai mempunyai lebih
masa untuk refleksi diri dan menilai masa depan,” katanya menambah strategi mencari Jodoh Halal ini akan dikongsikannya dalam webinar pada hari tersebut.
Menyasarkan wanita Muslimah berusia di antara 25 hingga 39 tahun baik bagi masih bujang atau ibu tunggal, webinar ini adalah satu peluang terbaik jika ingin mencari imam solat mereka.
MENJEMPUT JODOH HALAL.
Kongsi Bro Zuhri lagi, adalah menjadi impian besarnya semasa Webinar ini, muslimah bujang mempunyai ilmu dan yakin dengan selok belok mencari, mendapat & memilih jodoh dengan halal tanpa kecundang bercinta. Seterusnya ini menjadikan para lelaki juga tidak akan bermainmain dan fokus terhadap perbincangan kahwin.
“Saya mengharapkan wanita Muslimah bujang di luar sana dapat merebut peluang untuk mendapatkan ilmu menjemput jodoh ini. Bagi yang menyedari kepentingan ilmu ini
boleh berdaftar di pautan di bawah dengan harga RM50 sahaja. Slot adalah terhad,” katanya sambil menambah dengan harga sebanyak itu, para para Muslimah boleh menilai sendiri berapakah pelaburan yang sanggup dibayar hari ini demi peluang menjemput bakal imam yang akan membimbing mereka di kemudian hari hingga sama-sama ke jannah?
Bagi yang ingin mendaftar di Webinar Menjemput Jodoh Halal ini boleh click di link di sediakan di bawah:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen bagi tahun 2020. Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak 5.20 peratus manakala bagi Simpanan Shariah pula kadar dividen diumumkan adalah sebanyak 4.90 peratus.
Jumlah pembayaran dividen bagi pelabur konvensional pada 2020 adalah sebanyak RM42.88 bilion sementara sebanyak RM4.76 bilion dibayar kepada kira-kira 7.5 peratus umat Islam yang memilih pelaburan Shariah berbanding konvensional.
Dalam satu perkongsian di fb oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman yang juga Penasihat Shariah Kewangan Islam terkemuka berkata, umat Islam harus membayar zakat pada kadar 69 peratus dari hasil dividen 5.20 dari Pelaburan Konvensional kerana ia dilaburkan ke pelaburan tak patuh shariah.
Bagi umat Islam yang masih belum beralih ke Akaun Simpanan Shariah dan masih kekal dengan akaun Simpanan Konvensional, 69% dari dividen konvensional itu perlu dibersihkan, iaitu 69% dari 5.20%.
Portfolio akaun Simpanan Shariah semuanya dilaburkan ke pelaburan halal dan begitu juga seluruh pendapatannya iaitu RM 4.76 billion itu.
Manakala dana simpanan konvensional dilaburkan secara bercampur dengan 69% pendapatan dari RM 42.88 billion itu datang dari pelaburan tidak patuh shariah seperti perbankan konvensional, insuran, interest etc. Atas sebab itu bagi mereka yang mementingkan halal dan keberkatan pada tahap maksimum, perlulah beralih ke akaun simpanan Shariah atau lakukan pembersihan.
Berikut pula kadar pembersihan bagi tahun-tahun sebelumnya:
Divuden 2017: Simpanan Konvensional (SK) 6.9% Simpanan Shariah (SS) 6.4% Pembersihan dividen untuk SK : 64%
Dividen 2018: SK 6.15% / SS 5.9% Pembersihan dividen untuk SK : 68%
Dividen 2019: SK 5.45%/ SS 5.0% Pembersihan dividen untuk SK : 71%
Dividen 2020: – SK 5.2% / SS 4.9% Pembersihan dividen untuk SK : 69%
Menurut peruntukan perlembagaan & undang-undang sedia ada, tiada pihak boleh memaksa sebarang peralihan ke akaun Shariah atau pembersihan dividen, ia tertakluk kepada diri masing-masing.
Kami hanya memberi panduan dan cadangan serta nasihat. Peralihan ke akaun simpanan Shariah kini boleh dilakukan secara online melalui i-akaun kwsp masing-masing.
Bahkan di fbnya, Dr Zahirudin turut berkongsi satu hadis ini.
Nabi Muhammad bersabda:-
يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام
Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari).
Masa yang sama, dalam satu perkongsian oleh Elzar Shariah di page Shariah Screener turut memaklumkan kadar peratus umat Islam yang tidak beralih ke Simpanan Shariah agak tinggi iaitu 82.9 peratus sebaliknya kekal pada pelaburan Konvensional.
Baca perkongsiannya:-
Angka-angka yang menarik untuk kita hayati dan insafi dari kenyataan media berkenaan dividen KWSP semalam:
2. Bilangan ahli KWSP 14.89 juta atau 45% daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 32.7 juta (Perangkaan Demografi Suku Tahun Keempat 2020, Malaysia, Jab. Statistik)
3. Ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah 1.12 juta sahaja (7.5%)
4. Berapa % ahli beragama Islam yang belum tukar ke Simpanan Shariah:question:
Kalau kita guna data 'Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2020, Jabatan Statistik', 69.6% penduduk Malaysia adalah bumiputra yang boleh kita anggap sebagai majoritinya adalah beragama Islam.
Kalau % yang sama (69.6%) digunakan ke atas ahli KWSP = 10.36 juta ahli beragama Islam. Kalau kita anggap 1.12 juta ahli yang telah tukar Simpanan Shariah semuanya adalah beragama Islam, maka baki 9.24 juta (89.2%) masih dengan Simpanan Konvensional.
Itu belum kita bercakap pasal orang Islam yang masih menggunakan instrumen perbankan konvensional Akaun bank, pinjaman kereta dan rumah, kad kredit dan sebagainya.
5. Jumlah agihan dividen :moneybag: RM47.64b yang diagihkan kepada Simpanan Shariah sebanyak RM4.76b (10%) dan RM42.88b (90%) kepada Simpanan Konvensional.
Yang ini menarik, peratusan ahli Simpanan Shariah adalah 7.5% sahaja, tetapi peruntukan bagi bayaran dividen lebih tinggi iaitu 10% walaupun kadar dividen Simpanan Shariah lebih rendah. Ini mungkin menunjukkan purata simpanan ahli Simpanan Shariah adalah lebih tinggi berbanding ahli Simpanan Konvensional.
6. Ada yang bertanya bagaimana peratusan penyucian dividen Simpanan Konvensional ditentukan sebanyak 69%. Kalau dilihat gambarajah Model Operasi Simpanan Shariah, aset pelaburan KWSP diasingkan kepada portfolio konvensional dan portfolio syariah. Simpanan Shariah hanya melabur di dalam portfolio syariah, manakala Simpanan Konvensional melabur di dalam kedua-dua portfolio. Jadi 69% kadar penyucian dividen tersebut adalah pulangan daripada portfolio konvensional yang menyumbangkan kepada dividen Simpanan Konvensional.
Untuk makluman, apabila KWSP mewujudkan Simpanan Shariah, aset pelaburan KWSP diasingkan kepada dua portfolio di mana semua aset patuh syariah diletakkan di dalam portfolio syariah (~40%), manakala semua aset tidak patuh syariah diletakkan di bawah portfolio konvensional. (~60%).
Boleh baca lebih lanjut mengenai Simpanan Shariah di dalam Laporan Tahunan KWSP 2017 – 2019, dan rujuk bahagian Tadbir Urus – Penyataan Tadbir Urus Syariah Bagi Simpanan Shariah dan Laporan Jawatankuasa Penasihat Shariah. Kredit Penulisan : Penulis Bertugas di KWSP (Mo Amin)
Umat Islam wajib mencari yang fardu kerana makanan halal menjadi darah daging selamanya. Jika masih berkesempatan menukar ke pelaburan Shariah segeralah berbuat demikian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Beberapa hari ini trending tentang majis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz.
Kemeriahan majlis akad nikah ditambah rekaan pelamin cukup indah ilham dari Bukit Jabal Rahmah, penyatuan dua jiwa iaitu Nabi Adam dan Hawa, kedua pasangan pengantin baru ini kelihatan bahagia.
Ternyata kebahagiaan kedua pasangan pengantin baru ini dilihat semakin bertambah apabila Neelofa sempat mengusik suaminya ketika menghidangkan sarapan pagi buat PU Riz apabila menulis di Instagram lofa.page “Tikus Makmal Pertama??? Ha ha ha Lofa Lofa. Sian Encik Suami”.
Dalam pada itu ibunya Datin Kartini turut dilihat merakamkan momen indah itu dan dari video dikongsikan jelas Haris dilihat tersenyum seakan malu-malu.
Dalam pada itu, dalam satu saluran video You Tube milik Nur Atisha Khan, dalam satu ucapan dibuat selepas keduanya bergelar suami isteri, Pu Riz berharap berharap perkahwinan yang dibina dengan isteri tercinta, Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).
Jelasnya, lagi, dia mengharapkan, dari perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.
“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga. “Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam video berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.