Malaysia sememangnya terkenal kerana masyarakat majmuknya iaitu terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian bangsa ciptaan Allah ini ada disebut di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang menyebut :-
ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Dari kehebatan ciptaan Allah inilah, sejak dari zaman nenek moyang lagi perpaduan ini telah terbentuk dan terjalin erat. Hanya sesekali tergeliat kerana perbezaan politik hingga mencetuskan kebimbangan wujudnya isu rasis.
Dan hadirnya Ramadan, bulan penuh keberkatan ini, ia membawakan seribu rahmat semua.
Ads
Dari satu perkongsian dari pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kenangan tarawih malam pertama di Surau Asy Syakirin Bandar Utama di mana imam memberitahu jemaah boleh parking dalam kawasan sekolah Cina kerana mereka memahami situasi sesak ketika Ramadan.
Ternyata, ia seindah bunga perpaduan di mana pihak pentadbiran sekolah sedia maklum ketiadaan parking dan mereka memudahkan urusan umat islam untuk solat tarawih dengan tenang tanpa perlu bimbang dengan keadaan harta benda di luar.
Ads
Ya, inilah perpaduan yang paling indah bagi rakyat Malaysia, saling tolaransi antara satu sama lain.
Ads
Dalam pada itu, Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan, dirinya sudah memulakan kerjaya baru di konti radio iaitu Buletinfm di awal Ramadan.
Haram sambut Valentine’s Day, tiada hari tertentu dalam islam untuk zahirkan kasih sayang,’ jelas Ustazah Asma’ Harun.
14 Februari ialah tarikh yang cukup sinonim dengan Hari Kekasih. Namun, kita dilarang untuk menyambutnya kerana ia ditegah di sisi agama Islam tidak kiralah apa jua alasannya.
Oleh itu, semoga tiada lagi umat islam yang menyambut Valentine’s Day setiap tahun.
Dulu hari kekasih atau “Valentine’s Day” selalu disambut oleh remaja melayu Islam dan perkara ini sangat membimbangkan kerana maksiat amat berleluasa pada hari tersebut.
Namun alhamdulillah semakin ramai yang faham dan sedar bahawa hari kekasih ini tiada manfaat untuk diraikan bahkan hanya mengundang kerosakan kepada generasi muda.
Maka kita mengharapkan agar sambutan ini langsung tidak disambut oleh umat Islam, Insyallah.
Kebiasaannya, pada setiap 14 Februari ramai pasangan kekasih akan menyambut hari Valentine dengan keluar bersama, sama ada pergi tengok wayang, makan malam, membuat kejutan hadiah dan lain-lain. Namun di sisi Islam hukum meraikan hari kekasih adalah haram walau dengan apa jua cara sekali pun.
Dari sudut fiqh ia haram kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, sama ada di tempat terbuka mahupun tertutup dan saling bermesraan antara satu sama lain.
Ia merupakan budaya bukan Islam yang menyimpang jauh dari landasan sebenar sehingga menjadi sebab berlakunya zina dengan banyak.
Zina merupakan perbuatan keji dan terkutuk di dalam Islam kerana ia merosakkan kehidupan dari sudut keturunan, menjatuhkan maruah dan mendorong kepada gejala sosial yang buruk. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah al-Isra’: 32)
Perbuatan zina termasuk dalam kategori dosa besar seperti yang disebutkan di dalam sebuat hadis daripada Abdullah r.a., beliau berkata:
Maksudnya:
“Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Dosa apakah yang paling besar? Baginda menjawab: Engkau menjadikan tandingan atau sekutu bagi Allah, sedangkan Dia telah menciptakanmu.
Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: Membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu.” Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab lagi: Kamu berzina dengan isteri jiranmu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Valentine’s Day, mari sama-sama kita bacakan asal-usul sambutan ini dalam masyarakat bukan Islam.
SEJARAH VALENTINE DAY ATAU HARI KEKASIH
Santo Valentine ialah nama seorang paderi yang dianggap pelindung bagi golongan yang sedang mabuk bercinta. Maharaja Claudius melarang pemuda-pemuda bujang dari berkahwin.
Dia menganggap tentera yang masih bujang jauh lebih berprestasi berbanding yang sudah berkahwin. Perkara ini ditentang oleh Valentino dan tanpa pengetahuan Maharaja Clausdius, beliau telah mengahwinkan pasangan pemuda-pemudi.
Valentino telah dihukum pancung di Rome pada 14 Februari 270M dan dikebumikan di tepi jalan Flaminia. Dia dihukum mati kerana melanggar perintah yang dibuat oleh Maharaja Claudius II Gothicus.
Pada tahun 496M, pihak Vatican yang diketuai oleh Paus Glasisus I telah menjadikan kisah ini sebagai satu perayaan dengan nama St.Valentine’s Day sebagai menghormati Santo Valentino yang dirayakan pada setiap 14 Februari.
Daripada Ibnu Umar r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dalam kalangan mereka.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Dalam Islam setiap hari adalah hari kasih sayang buat kita semua, sama ada suami isteri, ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga dan seluruh manusia secara amnya kerana tidak ada hari-hari tertentu untuk berkasih sayang.
Islam sama sekali tidak melarang kita semua untuk menzahirkan kasih sayang, namun tidak ada jalan yang terbaik untuk ia direalisasikan kecuali melalui perkahwinan sepertimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.anhuma dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ
Maksudnya: “Kami belum pernah melihat dua orang yang bercinta sebagaimana orang yang menikah.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Haram bagi umat Islam menyambut “Valentine’s Day” atau hari kekasih kerana ia merupakan budaya bukan Islam yang mengundang maksiat zina.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 22-24 November 2005 menyatakan bahawa hukum orang Islam menyambut Valentine’s Day adalah haram kerana tidak ada hari tertentu di dalam Islam untuk menzahirkan kasih sayang dan memutuskan bahawa Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian tiga sekawan selepas terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur dalam kereta.
Mereka yang terkorban ialah Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.
Seorang lagi mangsa yang turut serta dalam percutian empat sekawan ini ke Pulau Jerejak adalah kembar kepada Nor Adilah, Nor Aqilah yang terselamat dalam kejadian menyayat hati itu.
Setelah beberapa hari dilaporkan koma, Nor Adilah dilaprkan sudah sedarkan diri malam tadi.
Menurut laporan Awani, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata pihaknya dimaklumkan alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata mangsa juga dikatakan sudah mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.
“Alhamdullilah, polis menerima maklumat bahawa Nor Aqilah sudah sedar dari koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.
Kesemua mangsa dipercayai singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.
Sementara itu netizen yang mengikuti kisah ini turut mengucapkan syukur dengan perkembangan terbaru ini dan berharap agar mangsa diberi kesembuhan.
‘30 tahun kahwin, tiada rezeki dikurniakan zuriat.’ Isteri rela dimadukan, suami pilih setia hingga hujung nyawa dan akhirnya keduanya meninggal dalam kemalangan bersama-sama.
Allahuakbar. Kuatnya jodoh mereka, bahagia bersama sebagai suami, isteri dan akhirnya pergi menghadap Ilahi bersama-sama. Al-Fatihah untuk keduanya.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
“Abang long, kenapa abang long tak kahwin lain? Kak long suruh abang long kahwin lagi satu tau. Insyallah nanti abang long boleh dapat anak,” ujar ku kepada abang ipar setelah disuruh oleh kak long sendiri.
Aku selaku seorang adik hanya menjalankan tugas seperti disuruh kak long sebagai wakil untuk memujuk abang long.
Perkahwinan kak long dan abang long aku selama lebih 30 tahun tidak dikurniakan zuriat. Mereka tiada anak. Tiada rezeki, kata mereka. Mereka ambil anak angkat.
Kak long sendiri pernah beritahu dan menyuruh abang long kahwin. Kak long rela dimadukan demi mendapatkan anak. Namun abang long menolak.
“Eh adik mie! abang long kahwin dengan kak long dulu bukan sebab anak atau sebab lain. Abang long kahwini kak long demi cinta. Kak long teman sehidup semati abang long tau.
‘Abang long tak boleh hidup tanpa dia. Cewah!” Jawab abang long bersahaja tapi penuh dengan makna.
Jawapan abang long itu membuat aku dan keluarga terkejut. Mata aku mula berkaca.
Lalu abang long memeluk aku dan dengan serius dia berkata, “Tak kisah kami tak dapat anak pun. Itu bukan rezeki kami. Kami reda. Percayalah, cinta dan kasih sayang yang kami miliki ini lebih bermakna dari segalanya. Syukur.”
Sangat memberi inspirasi kepada aku dan isteri. Perkahwinan mereka bukan sebab lain tetapi ia didirikan atas dasar percintaan. Demi cinta, mereka bahagia.
Itu namanya cinta sejati.
Empat tahun lepas (ketika posting ini ditulis), arwah abang long dan arwah kak long bersama-sama meninggalkan kami dan kembali ke rahmatullah dalam kemalangan jalan raya. Allahu, mereka sehidup semati seperti arwah mahukan.
Semoga arwah abang long dan kak long di tempatkan dari golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Dr Zek
*Kami sekeluarga merindui kak long (Allahyarhamah Cikgu Zalina) dan abang long (Allahyarham Ustaz Hazli). Al-Fatihah.
Kashoorga : Bila perkahwinan berlandaskan cinta, anak tidak menjadi penentu kebahagiaan dalam rumah tangga.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.