Setiap dari kita baik perempuan atau lelaki tidak terlepas dari mengalami masalah kenaikan berat badan. Jika berat badan berlebihan akan menyukarkan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti dan salah satunya adalah menunaikan solat.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak melakukan suruhan Allah yang wajib ini. Banyak cara untuk kurus dan paling senang adalah dengan menjaga pemakanan.
Seperti satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @FoodViralMY, yang memberi idea makanan untuk wanita berpantang. Tetapi juga untuk mereka yang nak kurus atau dalam proses diet juga sangat digalakkan.
Ads
Ini kerana makanan yang disajikan tidak berminak dan menggunakan konsep bakar, rebus dan goreng tanpa minyak. Paling penting disekalikan dengan buah-buahan dan salah satu kurma.
Ads
Tapi semua menu ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
Ads
Makanan disajikan buat terliur dan sesuai untuk orang diet
Ini 19 menu yang dikongsi:
Menu lain
Mesti disertakan dengan sayur dan ikan bakar atau rebus
Buah-buahan juga tak tinggal, salah satu kurma
Ayam dan ikan bakar juga sesuai dijadikan menu untuk yang nak diet
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kali pertama dalam sejarah, ayat suci Al-Quran berkumandang di acara pembukaan Piala Dunia 2022. Terasa syahdu dan naik bulu roma tatkala ayat suci dibaca dalam upacara epik sebegini.
Kejohanan bola sepak paling berprestij akhirnya membuka tirai malam kelmarin dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt sebelum aksi pertama kumpulan A, Qatar menentang Ecuador.
Piala Dunia 2022 dengan slogan ‘Now Is All’ berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, di mana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.
Para peminat bola sepak bakal dihiburkan dengan aksi bintang-bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Neymar, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo.
Sebelum melihat penampilan mereka, pembukaan Piala Dunia 2022 telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran.
Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Ia mengenai kisah kemanusiaan dan penyatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal,” makna ayat tersebut.
Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Morgan Freeman mengakui terpegun dan kagum dengan bacaan tersebut serta menyifatkan ia adalah sesuatu yang paling indah pernah didengari olehnya.
“Apa yang menyatukan kita di sini jauh lebih besar dari apa yang memisahkan kita,” kata Morgan Freeman dalam pidato pembukaannya.
Selain itu, acara pembukaan turut diserikan dengan persembahan anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook di hadapan ribuan penonton.
Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu mencatat perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah.
Buat pertama kali juga penerbangan dari Tel Aviv dibenarkan mendarat di Doha bagi memberi peluang buat rakyat Palestin dan Israel menyaksikan Piala Dunia kali ini.
“Dari Qatar, malah dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia 2022. Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua,” kata Emir Qatar, Sheikh Tamim.
Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara pemimpin yang hadir menyaksikan acara pembukaan tersebut.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Kashoorga : Sukan bola sepak menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Mengadakan upacara akad nikah di masjid atau di mana-mana tempat yang sesuai adalah dibolehkan. Berkaitan upacara akad nikah di masjid, Islam membenarkan perkara ini.
Hal ini boleh dilihat sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW menikahkan seorang perempuan di dalam masjid.
Maksudnya: “Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).” Riwayat al-Tirmizi (1089) dan al-Baihaqi (15095) dalam al-Sunan al-Kubra.
Imam al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Gharib.
Imam al-Munawi Rahimahullah berkata hadis ini menunjukkan bahawa akad nikah di masjid tidaklah dibenci. Beliau berkata:
وفيه أن عقد النكاح في المسجد لا يكره بخلاف البيع ونحوه
Maksudnya: “Pada hadis ini menunjukkan bahawa melangsungkan akad nikah di masjid tidaklah dibenci, berbeza dengan jual beli dan yang semisalnya.”
(Rujuk al-Taisir bi al-Syarh al-Jaami’ al-Soghir, 1/353)
Berdasarkan hadis di atas juga, jumhur fuqaha’ telah mengharuskan akad nikah di masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 37/214)
Adalah dibolehkan untuk mengadakan akad nikah di masjid. Namun hendaklah dijaga etika dan adab-adab serta peraturan yang telah ditetapkan ketika mana berada di masjid.
Antara adab-adabnya adalah sebagaimana berikut:
*Melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berwuduk, berniat iktikaf dan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk. *Memelihara adab berpakaian seperti memakai pakaian yang suci dan bersih dan menutup aurat. *Memelihara adab berhias dan berdandan dengan tidak berlebihan dan keterlaluan dalam berhias. *Menjaga larangan-larangan seperti larangan memasuki masjid lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid.
Turut mencadangkan agar diwujudkan ruangan khas yang bukan di ruangan solat untuk mengadakan upacara akad nikah. Hal ini bagi memudahkan perempuan yang berada dalam keadaan haid yang ingin turut serta bersama-sama dalam upacara tersebut.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah membincangkan Hukum Upacara Akad Nikah di Masjid dan keputusannya adalah seperti yang berikut:
Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
Sehubungan itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan.
Walau bagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Sentiasa doakan keajaiban buat isteri.’ Isteri terlantar angin ahmar, Pak Tam sanggup lakukan apa saja untuk isteri agar terus positif dan tidak murung. Tidak ada sesiapapun yang mahu dirinya sakit.
Begitu juga dengan isteri Pak Tam. Masalah kesihatan yang dialami meragut kebahagiaan wanita ini dalam sekelip mata. Bayangkan selama ini bebas bergerak, kini tidak lagi dan terpaksa bergantung kepada suami.
Ternyata ini bukan satu ujian yang kecil. Mujurlah di samping wanita ini ada lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan dapat menerima isterinya apa adanya.
Inilah lelaki yang bernama Pak Tam. Cekalnya bapa dua anak, bukan hanya gigih mencari rezeki buat keluarga tetapi komited mengurus dan menjaga isterinya, Norfaezan Ishak yang diserang angin ahmar dua bulan lalu.
Meskipun sibuk dengan komitmen sebagai usahawan makanan, Pak Tam, 38, cuba luangkan masa juga dengan isteri selain menguruskan anak yang berusia lapan dan 12 tahun.
Bercerita lanjut, Pak Tam sebenarnya tiada pilihan melainkan kuat kerana perlu memberi semangat kepada Norfaezan, 42, yang mengalami kemurungan selepas diserang angin ahmar.
“Isteri dulu sihat namun diserang angin ahmar secara mengejut pada hari raya kelima yang lalu. Hasil pemeriksaan di hospital mendapati isteri diserang angin ahmar pada bahagian kiri badan berpunca akibat darah tinggi.
“Ketika dapat berita itu, isteri jadi patah semangat kerana tak boleh terima keadaan dirinya. Tahap kemurungannya semakin serius selepas keluar hospital dan pulang ke rumah kerana berasa dirinya tak berguna juga menyusahkan,” katanya.
Menyedari keadaan itu, Pak Tam cuba beri semangat, menggembirakan dan menjadi pendengar setia isterinya.
Berkaitan soal penjagaan pula, Pak Tam mengakui agak sukar pada awalnya kerana tiada pengalaman menjaga pesakit angin ahmar. Jadi,dia cuba lakukan carian di Internet bagi mendapatkan maklumat diperlukan.
“Setiap hari, saya akan bangun 5.30 pagi kemudian bersiap untuk hantar anak ke sekolah selepas Subuh dan pulang ke rumah bagi uruskan isteri termasuk mandi serta membawanya pergi sarapan.
“Awalnya dulu, isteri nak bangun pun tak boleh dan dia malu dengan keadaan dirinya tetapi kini dapat terima malah sudah boleh diajak makan sarapan di luar.
“Demi isteri, saya sanggup pusing satu taman cari makanan diinginkan. Setiap pagi, saya menyakatnya dengan jadi pak lawak, joker dan badut semata-mata nak tengok dia (isteri) ketawa dan tersenyum.
“Penat macam mana sekalipun, saya akan tukar jadi ceria setiap kali pulang dari kerja kerana nak isteri berasa positif sentiasa,” katanya.
Menurut Pak Tam, dia sedia maklum isterinya tidak akan sembuh sepenuhnya daripada derita yang ditanggung.
“Doktor kata isteri tak boleh sembuh sepenuhnya, mungkin 70 ke 80 peratus saja. Tapi saya tetap bersyukur kerana dia banyak tunjukkan perubahan ke arah lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kisah ringkas mengenai isteri pun saya ada kongsikan menerusi video di TikTok dan Alhamdulillah, dapat banyak komen positif dengan rata-rata mendoakannya,” katanya.