NETIZEN TOP IMAGE (1)

Kalau dah sepakat nak kahwin, bakal pengantin kena lah bersedia terima kekurangan pasangan masing-masing. Hidup sebagai suami isteri ini, mengajar kita erti lengkap melengkapi.

Tak banyak true colors yang akan ditunjukkan semasa bercinta. Yang ditunjuk banyak yang indah-indah belaka. Dan memang lah masa bercinta merupakan saat yang manis. Kenapa tak kekalkan kemanisan itu setelah berkahwin? Kalau boleh kita mahu ia kekal hingga ke hujung usia.

Mungkin ingin tahu lebih banyak nasihat ‘real’ daripada pasangan bahagia yang sudah melepasi 5 tahun usia perkahwinan, gadis ini, Amirah Hazwani Bakri @mirohaz menerusi akaun twitternya menghantar pertanyaan yang berbunyi;

“Siapa yang dah kahwin more than 5 years and still so much in love and happy with your spouse (just like how you feel masa bercinta dulu), please share your marriage tips untuk orang yang baru nak start kahwin

25 Tip Pasangan Baharu Kahwin Kekal Bahagia, InsyaAllah Jadi!
Ciapannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana lebih18 ribu tanda suka, hamper 10 k ulangciapan.

Soalan yang bagus dari seorang gadis yang ingin tahu apakah rahsia sebenar dan terbukti berkesan untuk dipraktikkan oleh bakal pengantin baharu.

Sudah tentu ramai bakal pengantin ingin pastikan bahtera yang bakal dilayari nanti sudah tahu hala tujunya dan cara nak dikemudikan bersama suami isteri.

Banyak nasihat yang diterima dari mereka yang sudah berpengalaman dan antaranya:

Terus terang

Berterus terang dengan suami atau isteri mahupun anak-anak. Selalu minta maaf dan ungkapkan ‘Saya sayang awak’ tanpa perlukan sebarang sebab atau syarat.

Isteri jangan terlalu berdikari

Bagi isteri, walaupun anda tahu melakukan sesuatu, janganlah jadi terlalu berdikari sangat. Isteri elok minta pertolongan suami. Jadilah seorang isteri yang manja dan memerlukan dan mengharapkan suami.

Ubah sikap sendiri dahulu

Jangan cuba ubah diri atau memaksa pasangan berubah. Kita yang kena ubah diri kerana pasangan adalah refleksi diri kita juga.

Rajin berbual

Berbual lah dengan pasangan, jadikan dia kawan, teman dan juga pasangan.

Gunakan perkataan ajaib

Ungkapkan selalu kata-kata manis seperti “tolong, maaf, saya sayang awak, rindu awak, saya maafkan awak”

IKLAN

Berdoa untuk bahagia

Rajin berdoa supaya dia sentiasa ingat pada kita walaupun kita tak ada di depan matanya.

Ketepikan jangkaan yang tinggi

Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi. Terima dia seadanya. Tak romantik pun tak apa, janji setia.

Terus terang

Berterus terang kepadanya. Beritahu apa yang kita harapkan daripadanya. Tanyakan duit nafkah berapa dan bagaimana pembahagian tugasan suami isteri. Bawa berbincang. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

25 Tip Pasangan Baharu Kahwin Kekal Bahagia, InsyaAllah Jadi!

Memaafkan dan melupakan

Bergaduh adalah perkara biasa tetapi jangan melarat. Kena segera diselesaikan masalah yang timbul.

Dirikan solat berjemaah

Jika ada kesempatan, cuba usahakan untuk solat berjemaah bersama terutamanya solat subuh dan Isya’

Curi-curi cium dan peluk

Perbuatan kecil ini memberi makna besar buat pasangan. Jika ada kesempatan buatlah. Cukup sekadar ciuman dan pelukan ringkas.

Bertolak ansur

Selalu kena ada tolak ansur (give and take)

IKLAN

Jangan tidur berasingan

Jika bergaduh, jangan tidur berasingan. Allah melaknat pasangan yang bertindak sedemikian.

Kerap berkomunikasi bukannya mempertikai

Kena kerap berkomunikasi jangan dipendam dalam hati. Apa yang kita rasa perlu beritahu kepada pasangan kita supaya masing-masing lebih faham antara satu sama lain.

Jangan suka mempertikai, bawalah berbincang, berkomunikasi dengan cara baik dan matang. Mungkin pillow talk dapat membantu.

Manja

Jangan lupa bermanja-manjalah dengan pasangan kita sebagaimana masa bercinta dahulu.

Mempercayai pasangan

Jangan ada perasaan cemburu buta atau melampau. Jangan biarkan pemikiran negatif menguasai diri.

Lakukan aktiviti bersama

Mandi bersama, suapkan makanan kepada pasangan, berkongsi cerita dan sebagainya. Aktiviti bersama ini membuatkan pasangan tidak boleh berenggang lama.

Jangan guna ‘Aku’, ‘Kau’

Perkataan ganti diri ini kita biasa guna kepada kawan dan ia tidak sesuai digunakan kepada pasangan kita (ungkapan ini terkecuali semasa berdoa dengan Allah)
Perkataan ini seakan hilang sedikit demi sedikit rasa hormat sebab sudah teranggap seperti kawan sendiri.

25 Tip Pasangan Baharu Kahwin Kekal Bahagia, InsyaAllah Jadi!

IKLAN

Jangan berkira

Segala yang kita buat akan menjadi saham di akhirat jika dilakukan dengan ikhlas.

Ucapan kesyukuran

Banyakkan ucapan ‘Alhamdulillah” sebagai rasa tanda bersyukur ke hadrat Allah.

Istighfar dan selawat

Banyakan berzikir semasa bergaduh kerana zikir akan dapat meredakan rasa marah.

Turunkan ego

Manusia semua ada ego kerana ia adalah prinsip kita. Namun pastikan kita tidak berego tinggi dan tak kena tempat. Kalau turunkan ego, kita dapat menerima kekurangan pasangan.

Ketepikan handphone

Dalam dunia teknologi ini, masa kita banyak dihabiskan dengan telefon. Untuk pastikan pasangan terasa tidak diketepikan, letaklah jauh-jauh telefon sewaktu bersama. Saling menghargai masa yang ada terutama sewaktu makan bersama dan menonton televisyen.

Kerap hantar mesej

Kemudahan untuk sentiasa berhubung ada di tangan. Gunakanlah sepenuhnya seperti whatsapp. Selalu beritahu pasangan di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan.

Jangan cabar atau memalukan pasangan

Setiap pasangan ada maruah yang perlu dijaga. Menjadi tanggungjawab kita tidak mengaibkan pasangan dan jangan mencabar pasangan kita kerana ia akan menjadi dendam tidak berkesudahan.

Membalas respon netizen yang cukup baik hati memberikan tip dan rahsia hubungan mereka dan pasangan bahagia walaupun sudah 5 tahun kahwin, dia sempat mendoakan agar semuanya kekal bahagia dan berterima kasih atas perkongsian.

Artikel berkaitan:  Kahwin Paksa: Anak Tak Rela, Bakal Suami Tak Sekufu

Artikel berkaitan:  Nak Kahwin, Kaya, Pandai? Ini Tip Agar Doa Cepat Dikabulkan

Kashoorga: Segala tip dan nasihat yang diberikan ini merupakan ajaran dalam Islam. Dan sesungguhnya semua ini adalah nasihat sebenar yang dipraktikkan dan terbukti berkesan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI