Sejak November lalu, selebriti tanah air Alif Satar menerajui inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat yang mengajak umat Islam seluruh negara untuk sama-sama melaksanakan solat Subuh secara berjemaah di masjid.
Kempen ini semakin mendapat sambutan setelah penyanyi ini selalu memaparkan aktivitinya di masjid ketika Subuh dalam hantaran di akaun instagram beliau dan sentiasa mengajak orang ramai untuk turut serta di masjid di kediaman masing- masing.
Dalam pada itu hujung Disember lalu Alif mengajak umat Islam menyambut tahun 2024 pada 1 Januari dengan sama-sama berjemaah di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur diikuti dengan larian sejauh 5km.
Terbaru dalam hantaran beliau semalam, hampir 3000 jemaah bersama mengikuti Geng Subuh Macam Jumaat.
“Macam ni hari-hari satu negara, confirm menang” ujarnya yang turut memberitahu jika sebelum ini selepas Subuh beliau akan berlari sendirian tapi kali ini diikuti dengan 3000 orang.
“Thank you everyone, nanti kita buat lagi satu Geng Subuh Macam Jumaat di Kuala Lumpur Car Free Day,” pesan Alif sambil meminta umat Islam meneruskan gerakan ini di masjid kawasan masing-masing dan mengajak lebih ramai untuk menyertainya.
Dalam pada itu inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat ini dimulakan selepas Alif terpempan dengan kata-kata ustaz dalam satu kelas agama.
“Ketika itu ada soalan pada ustaz bagaimana kita mahu membantu saudara kita di Palestin.
Jawapan ustaz selagi tak ramai solat subuh di masjid sama macam solat Jumaat, diorang tak takut.
Ads
“Dia tanya lagi berapa ramai yang solat subuh kat masjid? Ada yang jawab awal sangat ustaz, takut mengantuk. Ustaz kata kalau macam ni macam mana nak menang. Macam mana nak tolong orang kat sana kalau mengantuk pun takut.
“Kita boleh buat rally, menjerit, tunjuk support tapi selagi subuh di masjid tak ramai macam Jumaat macam mana nak tolong orang kat sana. Mengantuk pun kita takut, belum mati lagi.
“Saya pun nak ubah jadual saya, kita tukar bangun 5.30 jemaah subuh di masjid kemudian boleh teruskan aktiviti nak hantar anak, pergi kerja dan sebagainya. Aliff nak cuba dan korang boleh join #gengsubuhmacamjumaat,” terang Alif ketika mencetuskan kempen ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Wanita dan perhiasan memang tak dapat dipisahkan. Bukan saja rantai, gelang dan cincin tapi terdapat juga perhiasan pada kaki.
Gelang pada kaki ini juga seringkali siap dengan loceng, bila berjalan maka berbunyilah ia. Akan tetapi adakah pemakaian gelang sebegini dibenarkan memandangkan ia boleh menarik perhatian?
Memetik penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan perhiasan pada asalnya adalah diharuskan sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya seperti berlebihan dan melampaui batas dan mendatangkan fitnah.
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-A’raf, 31)
Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam tafsirnya, apa yang dimaksudkan ayat di atas adalah perintah menutup aurat ketika solat. Oleh itu, menutup aurat apa yang terdapat pada perhiasan di badan. Dan merangkumi apa yang terkandung di dalam ayat ini adalah memakai pakaian yang baik dan bersih, arahan menutup aurat dan penggunaan perhiasan untuk kecantikan. (Lihat Taisir al-karim al-Rahman fi Tafsir kalam al-Mannan, 1/287)
Gelang kaki berbunyi
Berkenaan perhiasan dengan memakai rantai atau gelang kaki bagi perempuan, Allah SWT melarang perempuan menghentakkan kaki supaya gelang kaki itu berbunyi dan bertujuan menarik perhatian lelaki, Firman Allah SWT:
Maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur, 31)
Di dalam al-Muasu’ah al-Kuwaitiyyah menaqalkan kata-kata Ibnu Kathir:
“Para wanita di zaman jahiliah pada kaki mereka memakai gelang kaki yang berloceng, dan ketika mereka berjalan sambil menghentakkan kaki supaya didengari dan dilihat oleh golongan lelaki perhiasan yang terdapat di badan mereka. Oleh itu, Allah SWT melarang perempuan muslimah melakukan perkara seperti berikut.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 7/88)
Imam al-Izz bin Abd al-Salam menafsirkan ayat di atas menyatakan, “Mereka para wanita apabila berjalan sambil menghentakkan kakinya bertujuan untuk mengeluarkan bunyi gelang kakinya maka larangan akan perbuatan tersebut. (Lihat Tafsir al-Izz Abd al-Salam, 2/399)
Imam Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan, “Sesiapa yang melakukan perbuatan berikut (menghentakkan kakinya) bertujuan untuk bermegah-megahan dengan perhiasannya maka perbuatan itu adalah makruh. Dan sesiapa yang melakukannya bertujuan tabarruj serta menarik perhatian lelaki maka perbuatan itu adalah diharamkan dan dikeji.
Begitu juga perbuatan menghentakkan kasut bagi lelaki, sekiranya dilakukan dengan perasaan ujub mmaka diharamkan keran ujub merupakan dosa yang besar, dan sekiranya seseorang lelaki melakukannya kerana tabarruj maka tidak diharuskan. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 12/238)
Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya menyatakan, “Wanita pada zaman Jahiliyyah apabila mereka berjalan dan terdapat gelang pada kaki mereka dan gelang itu tidak berbunyi. Oleh itu, mereka akan menghentakkan kaki supaya gelang kaki itu berbunyi dan diketahui oleh golongan lelaki akan bunyinya.
Maka, Allah SWT melarang kaum Muslimat untuk melakukan perbuatan itu. Begitu juga, sekiranya sesuatu perhiasan yang terlindung, maka ia menggerakkannya (perhiasan) supaya untuk memperlihatkan perhiasannya yang tersembunyi. Oleh itu, perbuatannya itu termasuk di dalam larangan ini. Begitu juga dengan larangan memakai wangian ketika keluar rumah dan dihidu akan wangiannya itu oleh golongan lelaki.” (Lihat Tafsir Ibnu Kathir, 6/49)
Dr. Wahbah Zuhaili dalam menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Pemakaian gelang kaki dan menghentak kaki dengan mengeluarkan bunyi bertujuan untuk untuk menarik perhatian lelaki, perbuatan ini adalah dilarang untuk menunjukkan perhiasan dan ini juga merupakan dalil larangan melunakkan suara bagi perempuan. (Lihat al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 18/212)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan dan penelitian dalil yang diberikan dapat disimpulkan, larangan ayat di atas, adalah disebabkan sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian golongan lelaki ajnabi.
Ini seperti perbuatan menghentak kaki atau menggoyangkan tangan supaya mengeluarkan bunyi pada gelang yang dipakainya untuk menarik perhatian golongan lelaki, maka perbuatan itu merupakan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya memakai gelang kaki atau tangan bertujuan untuk menarik perhatian suaminya maka perbuatan itu diharuskan. Selain itu, pemakaian gelang kaki atau tangan yang berloceng pada kanak-kanak perempuan bertujuan untuk pengawasan, maka kami berpendapat ianya diharuskan.
Ini juga boleh dikaitkan dengan pemakaian kasut bertumit tinggi, apabila berjalan dapat mengeluarkan bunyi sehingga boleh menarik perhatian lelaki, maka perbuatan itu juga diharamkan kerana ia juga termasuk di dalam larangan ayat di atas. Dan sekiranya sebaliknya maka ia diharuskan.
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini, pemakaian gelang kaki mestilah:
Bukan bertujuan untuk tabarruj serta menarik perhatian golongan lelaki ajnabi
Bukan bertujuan untuk ujub, riak dan takabbur.
Tidak berlebihan dan melampaui batas di dalam pemakaikan sehingga menyebabkan pembaziran
Ini seperti yang disarankan oleh Baginda Nabi SAW hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bi al-Ash RA:
Nak kahwin lain silakan, tetapi jangan sesekali abaikan nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Pernah tular suatu ketika dahulu tentang bekas suami artis muda telah membuat permohonan untuk mengubah kadar nafkah anak dari RM1500 ke RM500 sebulan dengan alasan kurang mampu.
Hal ini telah mendapat perhatian seorang peguam, Azliana Adnan menerusi entri di facebooknya. Walaupun entri ini sudah agak lama, namun, isu nafkah anak adalah isu yang tiada tarikh luputnya.
Menurutnya membaca komen pembaca akhbar, rata-rata majoriti mengatakan RM500 memang tidak cukup, ada juga yang kata ibu juga patut menyumbang biayai nafkah anak mereka, bak omputih kata share responsibility.
Ada beberapa isu nafkah yang ramai kena faham dan hadam. Mari kita bincang secara umum kerana isu nafkah ini memang isu yang sentiasa menjadi masalah kepada isteri apabila bercerai dengan suami.
Jawapannya terang lagi bersuluh iaitu AYAH-BAPA-DADDY. Bukan Mommy, Mama atau Ibu yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Sila rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 233.
Kalau tidak tahu mengenai ini sila pergi kursus perkahwinan sekali lagi dan sentiasa hadir ke masjid mendengar ceramah tentang tanggungjawab sebagai suami dan ayah.
RM500 sebulan untuk nafkah bayi. Mari kita buat kira-kira yang paling ‘kedekut’ Susu formula RM25x3= RM75 Lampin: RM50x 3= RM150 Makanan bayi RM= RM100 Perubatan = RM100 Insurance = RM100 Jumlah: RM525
Berdasarkan RM500, Anak itu tidak dapat membeli keperluan lain seperti pakaian dan lain-lain. Ini belum lagi campur perbelanjaan kecemasan dan keperluan 2-3 bulan sekali seperti injection vaksin dan lain-lain.
Begitu ramai yang komen mengatakan jika bekas isteri bekerja dan mengambil pengasuh untuk menjaga anak tersebut, maka upah pengasuh atau taska tersebut ibu yang harus bayar.
Ini adalah komen yang paling kurang cerdik. Apabila bercerai, ibu yang membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, petrol. Ibu yang menyediakan tempat tinggal anak, Ibu itu jugalah yang membayar keperluan lain untuk anak. Jika ibu itu tidak keluar bekerja, bagaimana ibu itu hendak menanggung kehidupannya sendiri dan anak-anaknya?
Realiti selepas bercerai atau masih berkahwin, ibu juga menanggung sebahagian nafkah anak-anak walaupun itu bukan tangggungjawabnya. Jika tanggungjawab menyediakan nafkah anak pun tak mampu, manakan mampu lelaki yang bernama ayah berkahwin baru dan mempunyai anak-anak lain dengan isteri baru.
Bukan menghalang lelaki berkahwin lain tapi jangan sampai anak terabai. Harus pijak dibumi yang nyata. Jangan kedekut dengan anak sendiri, anak kan rezeki, bagaimana rezeki nak masuk jika dengan anak sendiri kita sekat perbelanjaan mereka, dan jangan sesekali kerana berdendam dengan bekas isteri, anak yang menjadi mangsa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.