Ada banyak kisah isteri yang terpaksa hidup dalam kesempitan setelah kematian suami kerana tidak faham tentang hak mereka tentang harta yang ditinggal. Ada juga kalangan wanita ini sanggup melepaskan harta kerana tidak mahu berkonflik dengan keluarga arwah suami.
Sedangkan Islam telah memberi panduan yang jelas tentang perihal harta selepas berlakunya satu satu kematian. Dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor berikut adalah 12 perkara isteri wajib tahu tentang harta bila berlaku kematian suami.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semuaharta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
Ads
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
Ads
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
Ads
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Kita mungkin biasa melihat di kawasan perkuburan ada yang meletakkan atau memacakkan payung di atas pusara terutama sekali untuk kubur baru.
Ia menjadi sebahagian adat sesetengah tempat dengan alasan untuk mengelakkan haiwan mengorek tanah kubur.
Malah ada juga yang mempercayai meletakkan payung ini dapat meneduhkan jenazah di dalam kubur.
Namun perlu diketahui, perbuatan memacak payung di atas kubur ini adalah perkara makruh menurut mazhab al Syafi’i. Begitu juga dengan meletakkan khemah atau bumbung di atas pusara.
Perkara ini dikongsi dalam laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan AL-KAFI #2008: HUKUM MEMACAK PAYUNG DI ATAS KUBUR.
Hukum makruh ini adalah berdasarkan larangan meletakkan payung di atas kubur, kubah, bumbung dan seumpamanya oleh Saidina Umar RA, yang mengarahkan supaya memindahkannya.
Hal ini kerana teduhan payung dan seumpamanya tidak dapat memberi apa-apa faedah ke atas si mati di dalam kubur, melainkan amalannya sendiri yang akan menyelamatkannya.
Walau bagaimana pun menurut Imam al-Syarwani, sekiranya payung atau teduhan tersebut digunakan dengan tujuan yang betul seperti teduhan untuk orang ramai dari terik matahari maka ia diharuskan.
Dalam pada itu mempercayai bahawa dengan meletakkan payung di atas pusara dapat meneduhkan jenazah di dalamnya boleh dikategorikan sebagai satu kepercayaan yang khurafat.
Khurafat adalah kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Menurut Ibn Manzur khurafat ialah:
والخُرافةُ: الحديثُ المُسْتَمْلَحُ مِنَ الكذِبِ.
Maksudnya: “Khufarat ialah kisah-kisah menarik yang disulami dengan perkara-perkara dusta”.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, hukum meletak payung di atas pusara dengan hanya mengikut adat semata-mata adalah makruh dan perbuatan tersebut termasuk dalam perkara yang bidaah dan sia-sia.
Manakala mempercayai dengan perbuatan tersebut akan dapat memayungi jenazah di dalam pusara adalah salah satu bentuk khurafat.
Dah ada dua cahaya mata perempuan dan teringin nak anak lelaki pula. Ada juga pasangan yang dah ada lima anak perempuan dan masih mahu mencuba untuk beroleh anak lelaki.
Bagai pasangan yang begini boleh cuba amalkan doa berikut. Ia sebagai salah satu usaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
1. Doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami
Pertama, doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami dalam kitab Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb [Hasyiyah Al-Bujairami ‘ala Khathib]. Dalam kitab ini, Syeikh Sulaiman Al-Bujairami menulis doa agar dikurniakan seorang anak lelaki.
“Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamai apa yang ada di dalam kandungannya dengan nama Muhammad, maka jadikanlah ia anak lelaki bagiku, kerana Muhammad dilahirkan sebagai seorang lelaki, Insya Allah”
(Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami, Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb, (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiyah, 1996), juz I, h. 520)
2. Doa dari Sayidina Ali
Terdapat juga doa untuk mendapatkan anak lelaki yang berasal dari Sayidina Ali. Doa ini boleh diucapkan selepas solat atau selepas berzikir. Ini adalah usaha memohon kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki. Berikut doanya:
“Ya Allah, jadikan janin (yang dikandung) sebagai anak lelaki yang beruntung lagi diberkati, yang soleh lagi bertakwa.”
3. Doa oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami
Terdapat juga percubaan untuk mendapatkan anak lelaki. Penjelasan ini terdapat dalam kitab Quratul ‘Uyun halaman 82 oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami, yang menjelaskan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan meminta isteri tidur dengan kepala di sebelah kiri perut setelah melakukan hubungan intim.
“Apabila anda menginginkan anak lelaki maka setelah selesai (dari jimak) hendaklah memerintahkan isteri anda untuk tidur di sebelah kanannya, dan bila ingin anak perempuan, maka lakukan sebaliknya.” (Quratul Uyun:82).
Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami turut menjelaskan doa khusus agar dikurniakan anak lelaki. Doanya adalah seperti berikut:
Bacaan ayat dalam rumi:
Bismillahirrahmanirrahim allahumma inni usammi ma fi bathniha Muhammadan faj’alhu li dzakaran.
Ertinya:
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku (akan) menamakan janin dalam kandungan isteriku dengan nama Muhammad, maka kurniakan aku seorang anak lelaki.”
Jujurnya sesiapa yang pernah menjadi mangsa fitnah, tidak kira ianya golongan selebriti atau biasa, perasaan itu sangat menyakitkan hati. Lebih mendalam apabila kita tidak melakukan perbuatan tersebut tapi masyarakat terlebih dahulu menghukumnya.
Fitnah bukan berlaku hari ini atau tahun-tahun sebelumnya tetapi sejak 1400 tahun dahulu lagi sudah dikisahkan hal ini.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, lalu ia berkata:
“Wahai Rasulullah, sama memiliki kerabat, saya sambung tapi mereka malah memutuskan, mereka berbuat buruk kepada saya tapi saya berusaha untuk berbuat baik kepada mereka. Mereka berbuat jahil kepada saya tapi saya sabar tidak ingin membalas dengan yang sama. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, ‘jika yang kamu katakan itu benar, maka seakan-akan kamu menaburkan debu panas ke wajahnya dan senantiasa Allah akan menolong kamu selama kamu terus berbuat seperti itu’” (HR. Muslim)
Sejujurnya memang agak pahit untuk kita memaafkan orang yang menabur fitnah tetapi tahukah, Allah akan memuliakan orang yang memberi maaf. Ini bersesuaian dengan hadis Muslim.
Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidaklah seseorang memaafkan kecuali Allah akan menambah kemuliaannya.’ (HR Muslim no 2588).”
Masa yang sama, selepas memaafkan, kita perlu melapangkan hati dan fikiran dan meredhakan semua perbuatan buruk orang kepada kita.
Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nuur, ayat 22)
Pahit tapi Allah memberi kemuliaan
Ramai di antara kita yang mungkin berkira-kira dalam memberi maaf kepada orang menabur fitnah dan mengharapkan orang yang menabur fitnah akan dilanda musibah. Namun tahukah, lebih cepat kita memberi maaf, lagi Allah muliakan diri kita malah Rasulullah juga mengajar kita berbuat kebaikan.
Dalam satu sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah ia berada di pihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal itu (memaafkan), nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat).” (Hadis Riwayat al-Hakim)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam usaha mencapai khusyuk dalam solat, ada yang memilih untuk memejam mata semasa solat agar lebih fokus. Namun timbul persoalan, apakah hukum memejam mata...