Dilaporkan sejumlah RM70 billion harta pusaka tak dituntut terbiar begitu sahaja tanpa boleh diagihkan kepada yang berhak. Ini semua terjadi atas kecuaian kita sendiri yang tidak sempat mengurus dan memilih instrumen pembahagian harta pusaka yang dimiliki kepada waris.
Jangan dikaburi dengan kerukunan hubungan kekeluargaan yang aman damai semasa kita masih hidup. Kita lupa ada urusan akhirat perlu kita selesaikan sebelum mati iaitu urusan pembahagian harta milik kita. Apabila kita sudah dalam kubur nanti, akan timbul isu perebutan harta. Dan ini akan dipersoalkan nanti di akhirat.
Waris yang hidup, masing-masing sibuk menuntut hak atas harta yang kita tinggalkan, sedangkan kubur kita masih merah lagi. Paling sedih, isteri dan anak-anak kita menjadi mangsa, satu sen pun tak dapat pun ada. Sampai ke sudah urusan pembahagian harta tak selesai. Agak-agaknya boleh aman ke kita di dalam kubur nanti?
Segerakan dokumentasi pembahagian harta untuk elak waris berebut harta.
Ikuti perkongsian Mina Azmina, peguam shariah dari Azmina Wardah & Associates memberi pencerahan ke mana atau instrumen apa yang boleh kita pertimbangkan untuk menguruskan harta pusaka kita. Bila dah tahu metod yang sesuai, tak ada lah nanti waris bermasam muka tak bertegur sapa.
Ads
Menurut Mina, isu kehartaan dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara adik beradik setelah berlaku kematian salah satu pihak dalam keluarga tersebut.
Semasa hiduplah kita perlu cakna tentang isu kehartaan supaya apabila berlaku kematian tidak ada pertelingkahan dalam keluarga. Secara lumrahnya; apabila susah atau masih hidup tiada yang mahu mengaku adik beradik, tetapi bila berlaku kematian, ramailah yang akan mengaku adik beradik atau mendakwa dirinya sebagai waris si mati dan ingin menuntut hak mereka katanya.
Menjelaskan lagi, Mina menekankan bahawa bab duit dan harta kebanyakan manusia boleh jadi gelap mata. Realitinya siapa yang tak nak harta dan wang ringgit yang banyak kan?
Rumah cantik di atas bukit pun tiada gunanya jika pengakhirannya tiada waris berhak ke atasnya.
Maka bertindaklah sekarang dan sebagai permulaan kenali dulu instrumen untuk pewarisan dan pembahagian harta pusaka yang perlu kita ambil tahu.
Ads
Wasiat
Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.
Hibah
Menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi samaada waris atau bukan waris. Si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih-sayang.
Harta sepencarian
Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usahasama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.
Amanah
Menyerahkan harta kepada pihak ketiga iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripada tuntutan pihak lain.
Ads
Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang ditinggalkan.
Fikirkan masa hadapan anak jika kita sudah tiada.
Wakaf
Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid.
Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Sebaik-baiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.
Faraid
Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum Islam. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan.
Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.
Kashoorga: Ini antara instrumen atau platform mana yang kita boleh pilih untuk selesaikan pembahagian harta pusaka kita nanti. Buatlah segera sebelum meninggal dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hubungan sesama manusia memang pelik. Ada waktu tengah gelak ketawa ria, sekelip mata boleh bermasam muka semata-mata kita tegur dan berterus terang.
Tak kiralah sama ada dengan pasangan, kawan hatta anak sekali pun. Itu yang ada ketikanya kita sanggup tidak tegur seseorang walaupun nampak dia telah lakukan kesilapan kerana ingin jaga hati punya hal.
Kalau berterusan begini, jawabnya boleh makan hati juga pada kita yang asyik nak jaga hati orang. Boleh mengundang stress. Bagi atasi dilema ini, pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ada menghuraikan perihal ini dalam buku tulisannya; Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?
Pilih Yang Lebih Ringan Kesannya
Menurut beliau, berterus terang dan menjaga hati, kedua-duanya mempunyai kesan positif dan negatif.
Dalam kaedah fekah, ada menyebut bahawa, di antara dua mudarat, pilih yang lebih ringan. Ini bermakna, kita sendiri boleh fikir tindak balas orang yang kita nak tegur itu.
Mungkin boleh guna kaedah ini dalam menegur seseorang. Situasi ini memang buat kita serba salah. Kalau berterus-terang kepada kita, dia akan kecil hati. Tapi kalau ingin menjaga hati dan tidak berterus-terang, maka kita akan membiarkan dia terus hanyut dalam dosa. Sanggup kah?
Takut-takut, kita pun terpalit dosa
Kalau ikut keutamaan, maka berterus-terang adalah jalan paling baik. Ini kerana kalau dosa kecil pun diulang-ulang dan beterusan, ia boleh jadi kesalahan besar.
Takut-takut, kita pun ikut sama berdosa sebab tak mahu tegur sebab takut hubungan keruh! Kalau boleh jangan lah jadi seperti ini ya.
Lebih gerun lagi, andai salah seorang daripada kita meninggal dunia, maka kita akan rugi kerana tidak sempat untuk membetulkan sahabat atau pasangan kita itu dan tidak sempat berubah menjadi orang yang lebih baik.
Lagi pilu kalau orang itu adalah anak kita sendiri. Menangis tepi bucu katil 10 tahun pun tidak akan boleh ubah keadaan.
Satu pesanan penting, masa nak buat teguran, kita kena berhikmah, ya lah, takut-takut situasi akan menjadi lebih buruk dan teruk. Berhikmah dalam teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran. Kita mahu yang ditegur dapat menerima teguran dan berubah menjadi baik. Dia happy kita pun lega.
Hal ini ada di nyatakan dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:
“Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik…” (Surah al-Nahl:125)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika sebelum ini dia sangat bencikan agama Islam. Tetapi siapa sangka hidayah Allah itu sangat indah dan datang tanpa disangka-sangka.
Wanita ini yang dulunya tidak suka Islam akhirnya memeluk agama suci ini baru-baru ini.
Nur Jacyntha Florentius yang berasal dari Sabah menceritakan perjalanannya sebagai seorang Muslim dan bagaimana terbuka hati untuk memeluk Islam.
Semuanya bermula 2013, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah universiti, dia mula bergaul dengan orang Muslim dan melihat apa itu solat, berpuasa dan pelbagai lagi tentang agama Islam.
Menulis thread di laman sosial twitter, Jacyntha yang sebelum ini seorang penganut Roman Khatolik dan dibesarkan dengan keluarga yang memang taat pada agama Kristikan, bersyukur kerana hasrat untuk memeluk agama Islam direstui oleh ahli keluarganya.
Tapi, aku tak prnah nak kenal kitab, aku pergi church pun skali skala. Yang aku tau dulu, i hate islam without any solid reason. Tp agama christian sendiri pun tak paham.
Aku sedih? Ada masalah? Nak tempat mengadu aku pg mengadu dekat Tuhan kristus( i was born to worship jesus). I dono why ok. Sbab dari kecik mmg diajar mcm tu.
I always ask why islam dibenarkan kawin 4. Why they always think islam is the right religion. Agama paling benar. I was wondering.
Semuanya bermula ketika berjaya memasuki Universiti dan banyak bergaul dengan Muslim dan belajar tentang solat dan puasa.
Sampai la pada tahun 2013, masa ni masuk universiti. I started to bergaul dngan muslim. And thn serumah dngan muslim. I saw they solat, puasa and so on. Dari situ terdetik dlam hati what is islam?
And i start wondering and conpared between christian and islam. Why do christian worship jesus? Why do christian believe in trinity? Why do christian have jesus picture everywhere?
So i do research, i google, i watched youtube, i asked ustaz and i did ask the priest too.. dari situ i learn alot! Dari taktau ape2 pasal nabi2 pun i dah tau. Who is nabi muhammad and who is nabi isa.
Mula download Al-Quran dalam smartphone dan sekali sekala membacanya. Kemudian ikut kawan Muslim berpuasa. Dari tak penuh sehinggalah puasa penuh walaupun belum jadi Muslim sepenuhnya
I started to downloaded al-quran in my smartphone. Once awhile i read it. I gained more knowledge from thr. Alhamdulillah.
So i mula la ikut kawan muslim berpuasa. Dari puasa tak penuh smpai la i managed to puasa penuh last year (2018) whn im in london even im not a muslim yet!
Sebenarnya pernah bermimpi didatangi seorang berjubah putih yang datang beri Al-Quran dan suruh baca. Kemudian mimpi lain pula didatangi seorang makcik ajak ke masjid untuk solat.
2013, pernah mimpi ade seseorang berjubah putih datang kat aku bagi al-quran suruh baca. Thts the reason i downloaded alquran ni my phone.
2nd mimpi pula ade sorang makcik come to me ajak g masjid solat..
I always experienced kena tindih masa tido. And i tried open bible audio frm youtube. But? Still same even berbuka audio tu pun benda tu kacau.
Sejak itu rajin buka Al-Quran melalui Youtube dan setiap malam tidur jadi lena bertemankan bacaan Al-Quran. Malah dapat jawapan semua kepada semua persoalan sebelum betul-betul bersedia untuk memilih Islam.
So sejak 2 tahun lalu, i pg youtube buka al-quran. Every night i tido bertemankan bacaan al-quran kat tepi. And yes lena tido Alhamdulillah
Since dekat dngan Islam, aku dpt jawapan kepada most of my questions. Until im really sure that i will follow Islam.
Sebelum masuk Islam, tahu baca Al-Fatihah dan beberapa surah lain. Niat nak peluk Islam dah lama tetapi lepas tujuh tahun baru berani minta izin dari keluarga
Before i converted to Islam, basically i knew how to baca al-fatihah, an-nas, baca doa makan, and knw some surah2 dlam al-quran.
Prnah nak peluk Islam dah lama tapi selepas 7 tahun baru la berani nak minta izin parents. And diorng izinkan
I start pakai tudung pun dah lama since 2013 tu lagi.. tp masa tu pakai saja2.
Alhamdulillah keluarga izinkan peluk Islam, malah ayah sendiri tidak menghalang kalau itu pilihan terbaik. Selamat mengucap syahadah dan sekarang secara rasminya bergelar mualaf. Kalau dulu benci Islam tetapi kini sanggup mata untuk Islam
And Alhamdulillah selepas 7 tahun baru la i berani nak bersua dan minta izin parents yang i nak peluk islam. Diorang izinkan syukur, My dad told me ‘Kalau u rasa tu yg terbaik, i wont halang’
Alhamdulilah selamat mengucap 2 kalimah syahada that day. And im official muallaf dah skrng hehe. Imma a proud muallaf. Thanks Allah for guiding me to this day even it took so long for it to happen.
‘I bear withness that thr is no god but Allah, I bear withness that Muhammad is the messenger of Allah’
Hidayah tu dtng tanpa disedari. I used to hate Islam back thn but look at me now. I would say that i will die for Islam.
Ternyata perkongsiannya ini mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing mendoakan agar dirinya terus istiqamah dengan agama yang baru dipilih.
Welcome to Islam sis
Sebak membacanya, Allah pasti tunjuk jalan
Terus istiqamah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Menjadikan sosial media seperti Instagram dan Facebook miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah.’
Antara yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew ialah usahanya mendekati golongan gelandangan. Tidak menggunakan cara langsung atau ‘straight forward,’ Ustaz Ebit Lew lebih memilih untuk menerapkan pendekatan cara ‘halus’ bagi menarik golongan ini dalam usaha mendekati golongan ini secara ‘berhemah’ dalam usaha menyampaikan dakwahnya.
Berikut perkongsian Ebit Lew cuba memujuk seorang gelandangan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegigihan Ebit Lew amat dikagumi.
Sebak sangat semalam 12 tengah malam bila terjumpa abang Zul ini. Dah 3 minggu dia tak boleh bangun langsung sakit terlantar di tepi simen ini. Ada seorang kawannya di jalanan yang tolong bawa makanan untuknya.
PUJUK KE HOSPITAL
Kami cuba pujuknya tapi katanya nak mati di situ sahaja. Tak mau pergi hospital. Suaranya perlahan keluar. Saya kata padanya abang duduk mana. Abang banyak sebut nama Allah. Dia Maha Kaya sebut dan puji diam. Saya ajar kalimah dan doa-doa. Dia menangis. Yer ustaz,terima kaseh yer nasihat saya. Dia ikut doa saya ajar padanya.
Abang jomlah ke hospital. Dia bisik tak mahu. Harry Zulkifli call hospital minta ambulan. Tapi sebaik ambulan sampai mereka tanya abang tadi. Dia menolak untuk pergi hospital. Ambulan kata takleh ambil jika dia tak nak kecuali keluarga berkeras. Tapi tiada keluarga. Nanti salah katanya..
Saya cuba pegang dan pujuk tapi tak berjaya. Sebab dah 1 pagi. InsyaAllah pagi ini cuba bantu. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Begitulah perjalanan dakwah ini ia buat hati saya meronta sedih dan berat. Tak tahu nak buat apa. Satu hari nanti kita dah tua. Ujian beza-beza menimpa..-ebitlew
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...