Selepas 3 tahun bercerai, Lufya buat tuntutan mutaah sebanyak 1 juta terhadap bekas suami. Memang itulah jumlah yang diminta oleh Lufya terhadap bekas suaminya.

Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai, malah perkara ini memang dibenarkan oleh syarak bergantung kepada syarat-syarat tententu antaranya,

1. Wujud perkahwinan yang sah.
2. Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri.
3. Berlaku perceraian hidup.
4. Berlaku persetubuhan.
5. Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.

Artikel Berkaitan:

Hak Isteri Selepas Bercerai, Suami Jangan Ingat Boleh Lepas Tangan

Selepas 3 Tahun Bercerai

Bekas suami penyanyi Lufya Omar, 38, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, terkejut apabila menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta daripada bekas isteri walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.

“Ya, saya terkejut dengan jumlah tuntutan. Saya nak minta maaf, perkara ini privasi dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

IKLAN

“Memang sangat terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Selepas 3 Tahun Bercerai, Lufya Buat Tuntutan Mutaah Sebanyak 1 Juta Terhadap Bekas Suami
Lufya Buat Tuntutan

Dalam masa sama, peguam mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif (Lufya) berjumlah RM1 juta.

“Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi, Lufya membuat tuntutan pada Oktober tahun lalu dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh, namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

IKLAN

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah akan menentukan mengikut syarat tertentu,” ujarnya.

Mutaah Sebanyak 1 Juta Terhadap Bekas Suami

Sementara itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan tidak memberikan sebarang respon ketika ditemui pihak media.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen membabitkan tuntutan mutaah. Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020. Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

IKLAN

INFO 1:
Mutaah adalah suatu bentuk bayaran yang menggambarkan penghargaan kepada bekas isteri yang telah berkhidmat untuk suami dan anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan.

Menurut pengertian yang diberikan oleh Wahbah Zuhaili dalam kitabnya Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu, mut’ah adalah suatu pemberian harta yang wajib keatas lelaki untuk membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup, dengan talak, bergantung kepada beberapa syarat.

Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 juga menyatakan bahawa mutaah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.

INFO 2:
Tiada formula spesifik dalam pengiraan jumlah tuntutan mutaah, namun terdapat beberapa faktor yang boleh diambil kira dalam menentukan kadar mutaah yang sewajarnya iaitu:
1. Kemampuan suami.
2. Tempoh perkahwinan.
3. Taraf hidup pasangan semasa perkahwinan.
4. Sumbangan/Pengorbanan isteri.
5. Taraf kedudukan dan sifat isteri.

Baca Di Sini:

Suami Tidak Boleh Sewenang Sebut Isteri Nusyuz, Peguam Syarie Kongsi Kuasa Itu Hanya Diputuskan Mahkamah Sahaja

Kashoorga: Semoga pertikaian yang berlaku ini dapat diselesaikan cara baik.

Sumber: Berita Harian Online, Abdul, Low & Partners (Peguam Syarie, Peguam Bela & Peguam Cara)

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI