Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang tidak diuji.

Ada juga dilimpahi dengan harta dan tanpa segan silu mengakui mengabaikan tuntutan agama malah tidak berasa takut langsung dengan balasan Tuhan.

Hati-hati ya kerana mungkin inilah ujian istidraj.

Apa itu istidraj? Ia adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya .

Rasullulah SAW bersabda :

” Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah di Istidraj kan oleh Allah SWT.”

IKLAN

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Bagaimana nak tahu ujian istidraj

Berikut merupakan tujuh tanda istidraj sebagaimana dipetik menerusi laman web Kalam Sindonews:

1. Hidup bergelumang maksiat, tetapi badan tetap sihat dan jarang sakit.

IKLAN

2. Dikurniakan wang melimpah-ruah walaupun enggan melaksanakan ibadah.

3. Di mana sahaja dia berada, dirinya begitu mudah untuk mencari sebab melakukan dosa. Ia seolah-olah peluang untuk melakukan maksiat terbuka luas untuknya.

4. Sentiasa bersedia untuk membelanjakan wang untuk tujuan berselang-lenang dan berfoya-foya, tetapi begitu kedekut untuk membantu orang yang susah.

IKLAN

5. Boleh kekal tenang dan tidak bimbang atas kejahatan yang dilakukan.

6. Dirinya bertambah bangga apabila hartanya meningkat, kedudukan dan kesenangan duniawi juga melangit.

7. Mengagumi pakar-pakar di dunia dan memuliakan mereka, tetapi memandang rendah golongan ulama serta orang soleh.

Sentiasalah muhasabah diri agar kita tidak terus leka dengan ujian istidraj ini. Sesungguhnya nikmat itu hanya sementara, takutlah pada balasan Tuhan, Penguasa Alam.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI