Setiap kali bertemu ibu ayah, selain memeluk kita biasa akan mencium tangan insan yang membesarkan kita. Kerana dengan kedua belah tangan itulah mereka membesarkan kita, mendidik dengan penuh kasih sayang, mengajarkan kita hal ilmu dunia dan akhirat, membelanjakan wang untuk menyekolahkan serta berbagai lagi hingga kita menjadi insan berguna hari ini.
Berkongsi adab mencium tangan, kita pasti biasa melihat seseorang mengucup belakang tangan orang yang lebih tua darinya. Ia perkara yang langsung tidak salah namun mencium telapak dan belakangnya membawa erti berbeza.
Satu perkongsian ilmu dari Ustadz Abdul Mannan Jamaluddin yang juga kembar tiga ini di mana kesemuanya menghafal Al-Quran mengenai adab mencium tangan, menjelaskan mencium belakang tangan disebut sebagai taadduban sementara mengucup telapak disebut tabarrukan.
Ads
“Dari segi adab, anak-anak bukan mencium belakangnya saja tapi harus telapaknya juga. Ini kerana melalui telapak itulah, ibu bapa mencari rezeki untuk kita, bersedekah, membuka helaian al-Quran, berdoa, berwuduk, bersujud dan orang tua kita menggunakan tangan bahagian ini.
Ads
“Maknanya ketika kita bersalam mencium telapak tangan ibu bapa, kita mengambil keberkahan di dalamnya. Sementara adab mencium belakang tangan bermaksud penghormatan. Sebab itulah kalau mencium tangan orang tua, ciumlah telapak dan kemuian atasnya juga,”katanya.
Ads
Hal yang sama, boleh juga para isteri praktikkan kepada suami kerana sosok itulah yang keluar di Subuh hari mencari rezeki buat kita dan anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hanya kepada Dia tempat kita memohon sesuatu pertolongan. Jangan sesekali sombong tidak meminta padaNya usai solat kerana Dia yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Jadi teruskan berdoa agar Tuhan temukan jodohmu dengan insan yang baik, soleh dan mencintaimu sehingga ke jannah.
Pintaku padamu ya Allah ya rab, jodohkan aku dengan dia yang baik menurutmu, yang dapat menyempurnakan setiap kekuranganku dan yang dapat menerimaku dan keluarga apa adanya, begitu juga padanya ya rab.
Sesungguhnya tidak ada kisah yang paling indah di hadiahkan olehMu, kerana itulah mengapa dalam doaku semoga diriMu pertemukan seseorang yang selayaknya untuk diri aku insan yang banyak kelemahan, yang dapat menerima aku keadaanku.
Yang tulus menyayangi aku, walaupun nanti dia tahu bahawa dalam diri aku akan banyak kekurangan.
Jika nanti dia tahu kekurangan-kekurangan aku, teguh hatinya mencintaiku dan tidak meninggalkan aku yang telah mencintainya. Kuatkan hati kami untuk selalu rasa bersyukur dan mencintai kekurangan masing-masing kerana cinta kami kepada Allah.
Semoga aku pertemukan seseorang yang dapat mengertiku dalam apa jua keadaan, menjadi pendengar yang baik masalahku dan menjadi penenang ketika amarah mendatang dan damai.
Ya rab, Aku sedang baiki diri, semoga dengan kehadiran dia menjadikan aku insan lebih baik dari hidupku. Aku sedang berusaha memperbaiki diri ya rab, masih banyak peraka yang aku harus pelajari semoga dengan kehadirannya membuat aku lebih dekat kepadamu.
Ya rab, hadirkan seseorang yang dapat menerima ibu aku, ayahku dan adik beradikku.sebagaimana dia menerima keluarga aku dan semoga aku juga dapat menerima mereka dengan penuh hikmah.
Aku bermohon padamu Ya Rahman ya Rahim, sebenarnya aku malu terhadap diriMu. Aku mahu dekat padaMu, aku ingin bersujud padamu.Memohon ampun padamu, cukup jauh aku terleka.
Ya rab jauhikan aku dari kemaksiatan dan jagalah aibku.
Kuatkan hatiku, kuatkan imanku.
Peruntukkan aku kepada dia yang berilmu, yang dapat mengerti aturan dariMu sehingga tanggungjawab dan menjaga kesetiaannya padaMu juga semakin bertambah.
Jika dia jodohkan hadirkanlah, Jika jodohku masih jauh,
Dekatkan hatiku padaMu ya rab, agar nanti ketika aku bertemu dengannya aku sudah siap menjadi pelengkap hidupnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perlukah waris qada solat buat ibu bapa yang telah meninggal dunia terutamanya bagi orang tua yang terpaksa meninggal solat kerana uzur dalam tempoh yang agak lama sebelum meninggal dunia.
Sebagai waris atau anak pasti timbul rasa tanggungjawab apabila mengetahui orang tuanya memang meninggalkan solat di saat-saat kematian kerana sakit.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini dan haruskan waris mengqada atau membayar fidyah bagi pihak si mati yang meninggalkan solat?
Ibu saya baru saja meninggal dunia, dan sepanjang setahun terakhir ini, beliau kerap meninggalkan solat kerana sakit dan tak sempat qada sebelum meninggal dunia.
Adakah kami sebagai waris boleh qada solat yang ditinggalkan atau membayar fidyah bagi pihak beliau?
Jawapan:
Menurut pendapat muktamad mazhab Syafie, amalan qadha solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan. Kata Imam Syamsuddin al-Ramli:
ولو مات وعليه صلاة أو اعتكاف لم يفعل ذلك عنه ولا فدية له لعدم ورودها
Maksudnya: “Jika seseorang mati dan dia berhutang solat atau iktikaf (nazar), maka walinya tidak dapat qada bagi pihaknya dan hutang solat itu tidak gugur dengan fidyah, kerana amalan tersebut tidak sabit melalui nas.
Ada pandangan kedua (pandangan yang lemah) dalam mazhab Syafie yang membenarkan amalan ini, dan ia dipegang serta diamalkan oleh ramai ulama. Namun, ia dihukumkan sebagai lemah oleh Imam al-Nawawi:
Maksudnya:
Pengarang kitab al-Hawi menukilkan kalam daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Ishaq bin Rahawaih, mereka berdua mengharuskan solat bagi pihak si mati, manakala Syeikh Abu Sa‘ad Abdullah bin Muhammad bin Hibatullah bin Abi ‘Asrun daripada kalangan ulama mazhab kami yang mutakhir dalam kitabnya al-Intisar juga memilih pandangan ini.
Imam al-Baghawi daripada kalangan ulama mazhab kami (ashab al-wujuh) pula menyatakan dalam kitabnya al-Tahzib bahawa pandangan yang mengharuskan bayaran fidyah sebanyak satu cupak (mud) bagi setiap solat yang ditinggalkan ialah pandangan yang boleh diterima. Namun semua pandangan ini adalah lemah.
Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh Syeikh Abu Bakr al-Dimyati:
من مات وعليه صلاة، فلا قضاء، ولا فدية. وفي قول – كجمع مجتهدين – أنها تقضى عنه، لخبر البخاري وغيره، ومن ثم اختاره جمع من أئمتنا، وفعل به السبكي عن بعض أقاربه، ونقل ابن برهان عن القديم أنه يلزم الولي – إن خلف تركه – أن يصلي عنه، كالصوم .وفي وجه – عليه كثيرون من أصحابنا – أنه يطعم عن كل صلاة مدا
Maksudnya:
“Sesiapa yang telah meninggal dunia dan dia ada hutang solat, maka tiada baginya qada mahupun fidyah. Menurut sebahagian imam mujtahid pula, ia mesti diqada (oleh waris yang masih hidup) berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan selain beliau.
Oleh sebab itu, sebahagian ulama mazhab Syafi’i memilih pandangan ini, dan amalan qada solat ini diamalkan oleh al-Subki bagi pihak sebahagian daripada kaum kerabatnya. Ibn Burhan pula meriwayatkan satu fatwa lama (qaul qadim) Imam Syafi’i bahawa wali wajib qada dengan mengerjakan solat jika si mati meninggalkan harta warisan, seperti mana puasa.
Ramai ulama daripada kalangan Ashab al-Wujuh berpendapat bahawa bagi setiap solat yang ditinggalkan, hendaklah diberi makan kepada fakir/miskin dengan kadar satu cupak.
Berdasarkan penjelasan di atas, hal ini merupakan permasalahan fiqh yang diperselisihkan oleh para ulama mazhab Syafie. Namun pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah amalan fidyah solat ini tidak disyariatkan, manakala pandangan kedua membenarkannya berdasarkan qiyas kepada amalan fidyah puasa yang dibayar oleh pewaris si mati.
Syeikh Qalyubi pula menukilkan daripada sebahagian ulama mazhab Syafie yang mengharuskan amalan ini:
وهذا من عمل الشخص لنفسه فيجوز تقليده لأنه من مقابل الأصح
Maksudnya:
Amalan ini (qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati) ialah amalan peribadi seseorang, maka diharuskan untuk bertaqlid padanya, kerana ia merupakan pandangan muqabil al-asah (pandangan kedua dan lemah di dalam mazhab Syafie, namun ia merupakan khilaf yang kuat dan muktabar dalam mazhab).
Kesimpulannya, amalan qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan dan tidak sah menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, kerana tiada nas sama ada daripada al-Quran mahupun hadis yang sahih yang menunjukkan pensyariatan amalan ini.
Namun, mengambil kira perkara ini termasuk dalam khilaf yang muktabar, amalan ini boleh dilakukan kerana ia mempunyai sandaran dalam mazhab Syafie dan diamalkan oleh para ulama.
Sebenarnya tanpa kita sedar banyak hikmah yang berlaku disebaliknya musibah penularan wabak koronavirus COVID-19 yang semakin serius ini.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyuruh kita hanya duduk di rumah secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.
Selain itu ada juga yang mengambil ikhtibar berlaku dengan melakukan penghijrahan.
Seperti hidayah Allah diterima oleh pengacara Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32 tahun atau terkenal dengan panggilan gadis Trivago yang mengakui tampil berhijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk dari Allah.
Dia yang mengambil keputusan berhijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada bulan lalu.
Menurut pengacara HLive itu keputusannya berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia kepada Gempak.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...