Seperti yang kita ketahui bahawa perintah solat kepada umat Islam setelah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.
Tapi timbul persoalan daripada netizen bagaimana pula dengan keadaan umat Islam sebelum peristiwa ini. Adakah solat tidak diwajibkan? Jika sudah ada, bagaimana pula keadaan solat sebelum peristiwa berkenaan? Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan tentang perkara ini.
Ringkasan jawapan
Kewajipan solat bermula semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama lagi iaitu sebelum dari peristiwa Israk dan Mikraj serta penghijrahan Baginda Rasulullah SAW ke kota Madinah.
Namun solat ketika itu hanya dikerjakan dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada waktu senja. Adapun setelah berlakunya Israk dan Mikraj umat Islam diwajibkan untuk mengerja lima waktu solat fardu.
Huraian
Kewajipan untuk mengerjakan lima waktu solat fardu ke atas umat Islam setelah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Pensyariatan ini telah dirakamkan di dalam riwayat yang panjang serta masyhur berkenaan peristiwa agung ini yang mana pada akhirnya diwajibkan ke atas umat Islam sebanyak lima waktu sebagai mana dalam sabdanya:
Maksudnya: “Allah SWT berfirman: Lima waktu dan ia sebenarnya menyamai 50 waktu solat. keputusan ini tidak berubah di sisi-Ku.”
Riwayat Bukhari (349)
Ads
Berdasarkan riwayat di atas, dapat difahami bahawa solat fardu yang wajib didirikan oleh umat Islam ialah sebanyak lima waktu. Imam Badr al-Din al-‘Aini turut menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerja sebanyak lima waktu.[1]
Namun begitu, ini bukan bermaksud tiada perintah dan kewajipan solat sebelum daripada peristiwa berkenaan kerana pensyariatan solat bermula semenjak nabi SAW menjalankan dakwahnya di kota Makkah lagi.
Bahkan terdapat firman Allah SWT yang menyatakan beberapa keadaan berkenaan solat yang berbunyi:
Maksudnya: “Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.”
Surah Qaf (39)
Ads
Ibn Kathir mentafsirkan maksud ayat “bertasbihlah sambil memuji tuhanmu terutama sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam” ialah merujuk kepada kefarduan solat sebelum peristiwa Israk Mikraj ialah dua kali iaitu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam dan ia diwajibkan ke atas nabi dan umatnya ketika itu.[2]
Solat hanya dua kali sehari
Selain itu, terdapat juga riwayat lain yang menyatakan bahawa Nabi SAW mengerjakan solat semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama lagi. Perkara ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasul ketika menyampaikan wahyu pertama dan mengajarkan Rasul SAW wuduk dan solat.”
Riwayat Ahmad (17480)
Ads
Namun begitu, bilangan dan rakaat solat sebelum berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah berbeza iaitu Nabi SAW mengerjakan solat sebanyak dua rakaat pada awal pagi dan di akhir siang hari.[3]
Begitu juga yang dikatakan oleh al-Harabi yang mana ibadat solat sebelum peristiwa Israk ialah solat sebelum terbit dan terbenam matahari.[4] Oleh yang demikian, jelas serta dapat difahami bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan permulaan kewajipan solat fardu lima waktu, manakala sebelum dari peristiwa berkenaan ibadat solat dikerjakan sebanyak dua waktu iaitu pada awal pagi dan pada waktu senja.
Kesimpulan
i.Kewajipan solat bermula semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama lagi iaitu sebelum dari peristiwa Israk dan Mikraj serta sebelum Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke kota Madinah.
ii.Namun ibadat solat ketika itu hanya dikerjakan dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada waktu senja. Adapun setelah berlakunya Israk dan Mikraj, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan lima waktu solat fardu.
Dalam mengagihkan daging korban di komuniti setempat boleh jadi juga ada kalangan bukan Islam yang menerima sama ada secara sengaja atau tidak.
Dalam hal ini apakah hukumnya? Adakah daging korban ini boleh diberi kepada bukan Islam. Ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur daging korban tidak boleh diberi kepada bukan Islam kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Namun begitu di dalam isu ini ia juga hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat.
Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
Ini kerana terdapat dalil dari Al-Quran agar berbuat baik kepada orang bukan Islam yang mana Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah: 8)
Memberikan daging korban kepada orang bukan Islam juga adalah termasuk di dalam berbuat baik yang dibenarkan oleh Allah SWT.
Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran meskipun mereka bukan dari kalangan orang Islam.
Daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma yang mana telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: Adakah kamu telah menghadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? (beliau menanyakannya sebanyak dua kali) kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT agar menjadikan mereka sebagai pewaris.” Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)
‘Tengah tidur, solat sekalipun malaikat tetap catat dosa.’ Inilah dosa jariyah yang wanita tak sedar, dosanya tetap mengalir walaupun sedang berbuat kebaikan.
Bayangkan biarpun beribu amalan baik wanita lakukan, dosa jariyah yang dia lakukan suatu ketika dahulu tetap berjalan.
Allahuakbar, minta dijauhkan daripada kita semua. Kongsi pengguna Tiktok, Zarul Hafiz, apakah dosa wanita ketika tidur atau apa yang dimaksudkan dengan dosa jariyah?
Menerusi video ini, Zarul Hafiz jelaskan bahawa sama ada dia sedang tidur, bahkan ketika dia sedang solat sekalipun, malaikat tetap mencatat dosa untuk dirinya.
Edayuothman
Terima kasih… memberi peringatan pada saya dan kaum hawa yang lain…
TheTeaCoffee
Allhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi hantar atau upload gambar muka dekat media social.
Kakyat@2728
Saya dah delete picture yang tak bertudung dulu. Semoga kita semua mencari keredhaan Allah SWT.
khuza19
Semoga terus istiqomah buat ku dan para wanita semua. Terima kasih ustaz.
Kashoorga : Dalam keseronokan kita upload gambar atau video di media sosial, jangan kita lupa tentang aurat kita dan juga orang lain. Renung-renungkan.
Pesakit kronik dan orang tua, tak berdosa tinggalkan puasa tapi wajib bayar fidyah. Malah golongan ini juga tidak perlu mengqada puasa yang telah ditinggalkan asbab faktor kesihatan.
Dalam masa yang sama jelas Ustaz Wadi Anuar, tidak kiralah seseorang itu masih lagi muda, namun dia disahkan tidak mampu berpuasa oleh doktor maka dia tidak perlu mengganti puasa.
Selain itu ikuti penerangan Ustaz Wadi Anuar tentang siapakah golongan yang tak berdosa jika meninggalkan puasa.
‘Tak berdosa untuk tak puasa, sama ada terlalu tua dan tak larat atau pun sakit kuat biarpun masih muda lagi. Contohnya usia baru 24 tahun, tapi sakit teruk.
‘Golongan ini dibenarkan untuk tidak berpuasa tapi perlu membayar fidyah. Ini antara sebab kenapa seseorang itu perlu mmbayar fidyah.
Tak Berdosa Tinggalkan Puasa
‘Fidyah bukan hanya dikenakan ke atas wanita yang tak sempat mengganti puasa tahun lalu hingga masuk bulan Ramadan pada tahun ini.
‘Tetapi seseorang yang sakit teruk juga dikehendaki membayar fidyah tidak kiralah orang tua atau muda. Mereka tak wajib qada puasa dan golongan ini diwajibkan untuk membayar fidyah,’ terangnya satu-persatu.
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...