Profesor Datuk Dr Muhaya Mohamad bukan sekadar pakar perubatan tapi dia juga dikenali sebagai speaker motivasi yang selalu berkongsi ceramah yang memberi inspirasi dan semangat.

Salah satu topik yang sering diutarakan kepada beliau adalah berkenaan dengan jodoh terutama kalangan mereka yang sudah lanjut usia namun belum bertemu pasangan hidup. Ini adalah pesanan dan usaha yang disarankan oleh beliau.

Ramai orang tanya saya macam mana nak dapat jodoh. Jodoh ini sebenarnya Allah dah jadikan masa kita dalam rahim ibu kita lagi. Masa Allah masukan roh, Allah dah tetapkan jodoh dan kita nak tarik jodoh, kita kena bersangka baik bahawa ada jodoh kita.

Tetapi jodoh itu diberikan Allah SWT pada waktu yang baik. Jadi apa kata nak tarik jodoh yang pertama banyakkan berdoa. Kurniakan kita, doakan. Kurniakanlah aku jodoh yang baik, pada waktu yang baik dalam keadaan yang baik.

9 Usaha Dipercepat Jodoh Yang Baik Kalau Usia Dah Lanjut Tapi Belum Kahwin Lagi

Maknanya macam ini, supaya kalau kita nak dapat jodoh pun tak payah lah nak bercinta lama-lama tak jadi. Biar dapat jodoh pada waktu yang baik, dalam keadaan yang baik dan jodoh yang baik. So nak tarik jodoh yang baik macam mana?

Kita mesti faham, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. So kalau kita nak dapat suami jodoh yang baik tentu kita kena jadi orang yang baik dulu.

9 petua agar dipercepatkan jodoh yang baik 

1.Memperbetulkan kembali niat kita

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

IKLAN
2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.

3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan maka anda harus segera bangkit lagi.

4. Memperluaskan jaringan pergaulan

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

5. Memperbaiki diri sendiri dahulu.

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

IKLAN
6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga.

Bersangka baik dengan Allah SWT. Dia inginkan kita yang single ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.

9 Usaha Dipercepat Jodoh Yang Baik Kalau Usia Dah Lanjut Tapi Belum Kahwin Lagi

7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadat wajib, tetapi dengan menambah ibadah-ibadah sunnah. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.

8. Lapangkan hati dan fikiran seluas-luasnya.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.

IKLAN
9. Mengamalkan doa agar dipercepatkan jodoh.

Doa mendapatkan jodoh khusus untuk wanita:

Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Doa mendapatkan jodoh khusus untuk lelaki:

Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Sumber: Tiktok @profmuhaya, Aku Islam

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI