‘Alhamdulillah rezeki.’ Hargai jasa 27 tahun setia berkhidmat majikan ini taja staf tunai umrah. Benarlah bila kita percaya rezeki itu daripada Allah, kita pasti tidak akan berkira-kira dalam melakukan kebaikan.
Sepertimana yang dilakukan majikan ini, dia tak berkira dalam memberi penghargaan kepada stafnya, iaitu kepada Pak Cik Yusuf, kerana sudah tentu Allah akan membalas lebih banyak nikmat daripada kebaikan yang satu ini. Subhanallah!
Tempoh 27 tahun bukan satu jangka masa yang singkat, kesetiaan pekerja ini wajar dicontohi orang lain. Dan pengorbanannya selama ini terbalas apabila terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun depan.
Beberapa hari lalu, tular video yang dimuatnaik Siti Nur Ahmad tular dan mendapat perhatian warganet.
Rata-rata memuji tindakan pemilik stesen Petronas Pendang, Kedah dalam menghargai stafnya. Dalam masa yang sama ada di kalangan mereka mengucapkan tahniah buat Pak Cik Yusuf.
@lamahaliqa Betul laaa orang kata pergi ke Mekah ini bukan bila kaya tapi kalau Allah dah buka kan rezeki dia untuk ke sana walau cara apa pun Allah akan mudah kan. Terima kasih puan.
T Saya doakan owner yang sponsor ni tak kan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah.
Majikan Ini Taja Staf Tunai Umrah
Afiqzikrisan Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tapi aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujian mu ya Allah. Senang jalan hidup dia.
Carburator25 Majikan contoh, moga tuan dimurah rezeki dan dipermudahkan urusan.
Di samping itu di ruangan komen, anak Yusof iaitu Sabri turut mengucapkan tahniah buat ayah tercinta. Tulisnya,
Tahniah ayah. Tidak sia-sia ayah kerja sana lama. Sama umur abang ayah berkhidmat. Alhamdulillah rezeki ayah.”
Sebelum itu, Petronas Pendang menjadi sebutan kerana keunikan stesennya yang luas dan menjual pelbagai barangan hinggalah ke barang basah. Pemiliknya yang mesra juga membuatkan ramai pelanggan selesa berurus niaga di stesen minyak ini.
‘Tasmik 5 juzuk al-quran sehari itu biasa.’ Baru 12 tahun, Khaulah berjaya lepasi ujian syadadah sughra dan kubra. Masyallah hebat sungguh kecil ini, baru berusia 12 tahun tetapi hafalannya sangat mantap.
Sejuk perut ibu mengandung, malah sudah tentu satu pencapaian yang cukup membanggakan kedua ibu, bapanya. Teryata kejayaan anak gadis ini bukanlah mudah, malah memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Perkongsian Azhana Nordin ini cukup menginspirasikan buat anak-anak sebaya Khaulah. Kongsinya,
Ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat.
Ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’,gadis berumur 12 tahun ini pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran.
Namanya Khaulah..ya, Khaulah Almujahidah. Sehebat namanya, begitu juga orangnya. Bijak percaturan si ibu ayah memilih nama puteri srikandi Islam terberani pada zaman Rasulullah iaitu Khaulah Al-Azwar.
Wanita yang mengangkat rasa kagum Khalid al-Walid akan kehebatan dan ketangkasannya di medan perang. Khaulah Almujahidah ialah rakan anak sulung saya, Hanna di sekolahnya.
Semalam dan hari ini adalah majlis syahadah kubra Khaulah. Syahadah ada dua jenis, pertama ujian tebuk beberapa ratus soalan daripada ayat-ayat Al-Quran, kedua ialah syahadah kubra. Huffaz boleh memilih salah satu metod ujian syahadah.
Apapun metod yang dipilih, hafalan mesti mantap. Bagi seorang huffaz, syahadah kubra adalah saat ujian membaca keseluruhan hafalan 30 juzuk Al-Quran di hadapan pentashih bertauliah tanpa sebarang kesalahan.
Persiapan yang perlu dibuat bukan calang-calang, ini bukan ujian menjawab soalan MCQ yang boleh ditembak-tembak kalau tiada idea, bukan soalan esei yang boleh difikir-fikir apa isinya dalam tempoh 1 jam.
Bukan juga ujian soalan-soalan pendek yang boleh dijawab verbal dalam tempoh 10 minit. Ini ujian dua hari berturut-turut yang menyaksikan si huffaz melantun lisan hafalan 6666 ayat Al-Quran dalam dadanya.
Disemak pula oleh pegawai bertauliah, dengan disaksikan berpuluh-puluh pasang mata. Bayangkan debarnya yang diuji, beratnya beban emosi itu, fizikal pula berteleku berjam-jam membaca Al-Quran sepanjang hari, hanya berhenti rehat dan solat.
Selebihnya menghabiskan baki bacaan daripada hafalan. Khaulah? Memilih kedua-duanya. Minggu lepas dia melalui ujian tebuk, semalam dan hari ini dia mengambil ujian syahadah kubra. Anak didik Ustazah Putri Nurain ini serius hebat!
Apa istimewanya anak ini? Ohhh…banyak. Dia mengulang 5 kali keseluruhan 30 juzuk Al-Quran semata-mata daripada ingatannya ketika berlangsung program Marathon Huffaz pada bulan Ramadhan yang lepas, merupakan antara pencapaian terbaik di kalangan para pelajar Akademi AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah).
Berusia 12 tahun kini, ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat, ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’.
Khaulah pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran. Dia buatkan saya rasa amat teruk, kerana saya sendiri amat naif dan kebudak-budakan pada usia 12.
Tasmik 5 juzuk sehari itu biasa, 6 ke 7 juzuk itu selalu sangat, pernah juga hingga 10 juzuk sehari..begitu Hanna bercerita tentang sahabat seperjuangannya ini. Dialah yang akan selalu mengejutkan Hanna sebelum pukul 5 pagi semasa di asrama, agar sama-sama berpagi-pagian seperti dirinya.
Atas asakan Khaulah jugalah Hanna kerap cuba menambah jumlah hafalannya, biar sabaq (hafalan baru) yang dihantar kepada ustazah Nour Ain Halim esok hari lebih banyak daripada hari ini.
Saya amat mengagumi gadis kecil ini, cukup tabah hatinya, kadangkala tetap sahaja di asrama mengulang hafalannya ketika rakan-rakan lain seronok pulang bermalam ke rumah masing-masing pada hari minggu pulang bermalam.
Ayahnya, Ustaz Taufik mengusahakan sebuah pusat tahfiz di utara tanahair, dan kerap sibuk dengan jadual yang ketat. Bukan setiap minggu dapat melawat Khaulah di Shah Alam seperti yang saya dan suami Muhammad Hamka lakukan.
Pemilik wajah bersih bercahaya ini pasti akan tersenyum kepada saya apabila kami terserempak ketika saya menghantar Hanna pulang ke asrama. Tetap tenang walaupun ibu ayah yang berada jauh di Gurun, Kedah tidak kerap datang.
Dia tidak mengambil aliran akademik buat masa ini, memilih untuk menumpukan seluruh usahanya menguasai hafalan Al-Quran, tapi dia bukan tidak bijak. Sebenarnya Khaulah adalah seorang ‘fast reader’.. seluruh novel tebal akan dihabiskan dalam kurang sehari.
Saya kira kalau buku-buku medik (perubatan) saya yang jumlah ketebalannya melebihi tinggi lutut saya itu, Khaulah mungkin boleh habiskan dalam masa kurang sebulan barangkali.
Saya amat percaya, Khaulah bakal menjadi profesional di bidangnya, murabbi di zamannya seperti laungan motto AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah), melihatkan kesungguhannya berusaha, keperibadian pejuangnya, kekuatan ingatan serta akalnya yang tajam.
Detik paling bersejarah dalam hidupnya. Pada 9 Disember 2022 Khaulah akhirnya berjaya dalam ujian Syahadah Sughra iaitu ditebuk hafazannya 120 soalan dalam 30 juzuk dengan markah Mumtaz manakala lulus ujian syahadah Kubra dengan markah Jayyid Jiddan.
Nampaknya ramai selebriti yang sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Kalau sebelum ini ketika musim PKP, kita lihat beberapa selebriti sudah berhijab seperti Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Shiera Ijoy, Ieda Moin dan Kilafairy.
Malah dilihat juga Fatiya Latif yang turut diberi peluang oleh Allah untuk kembali berhijab setelah kembali ‘free hair’ sebelum itu untuk beberapa ketika.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31 tahun sudah lama memasang niat untuk betrhijab sepenuhnya.
“Betul saya sudah berhijab. Alhamdulillah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut. Tak boleh nak terus berubah,” ujarnya.
Bagaimanapun, Cik Manggis menegaskan penghijarahannya itu bukan halangan untuknya terus aktif dalam dunia seni dan akan terus bersama kumpulan De Fam dengan projek terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Penampilan terbaharu Cik Manggis bukan sahaja mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Syazmin Firdaus Aminudin, tetapi juga rakan-rakan artis dan peminat yang tidak ketinggalan memuji dan menitipkan doa agar terus istiqamah.
Tambah Cik Manggis, suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi insan paling gembira dengan imej baharu itu.
“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.
“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” katanya yang berkahwin pada Oktober 2014.
Dalam satu postingnya di laman Instagram, Cik Manggis mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan atas penghijrahannya.
Malah dia juga turut berdoa agar dirinya kekal istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
“I am deeply overwhelmed by the love & support I received from each & everyone of you. Secara jujurnya tak terfikir pun bahawa penghijrahan Manggis ni matter sampai ada yang sudi spend time to write about it, comments, DM & share and for that I thank you all.
“To my media friends, thank you sebab tulis yang baik2 untuk Manggis & maaf Manggis tak dapat nak accept more interviews demi menjaga niat & diri Manggis yang serba kurang ini.
“Semoga kita terus berusaha & berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. In shaa Allah.
Kala kita merasakan berdepan dengan dugaan besar percayalah ada lagi yang diduga lebih hebat. Ada yang patah kecewa putih asa namun ada juga yang semakin teguh keimanannya malah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.
Kisah menjentik hati yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa diharap menjadi pengajaran untuk kita dalam berdepan dengan segala dugaan yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa. Semoga ia mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai Petani, Kedah.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil di mana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja. ” Dan, akhirnya dari Sungai Petani sampai Alor Setar, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz, dia disambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
“Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami.”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, diuji begitu pun dia takut kalau hatinya dibolak balikkan oleh Allah. Maka, diberikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...