Tiada manusia yang sempurna. Malah tiada manusia yang terlepas dari berbuat dosa. Tapi sebagai hamba Allah, kita masih diberi peluang untuk bertaubat. Taubat sesungguh taubat iaitu taubat nasuha iaitu tidak mengulangi lagi doa tersebut.

Dalam satu perkongsian di pagenya Ustaz Azhar Idrus berkongsi 10 kelebihan orang yang bertaubat. Sementara masih memiliki peluang bertaubat, ambillah peluang ini.

Bacalah perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus mengenai kelebihan orang yang bertaubat.

10 KELEBIHAN ORANG YANG BERTAUBAT

Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah Taala dengan taubat nasuha maka dapat baginya sepuluh kelebihan.

Pertama :- Memperolehi Kasih Allah.

Firman Allah :-

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Artinya : “Sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang bertaubat dan Allah kasih orang-orang yang suka membersihkan diri.” (Al-Baqarah: 222)

Kedua :- Menjadi Orang Yang Beruntung

Firman Allah :

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Artinya : “Dan bertaubatlah kepada Allah wahai sekelian orang yang beriman supaya kamu menjadi orang yang beruntung.” (An-Nur: 31)

Ketiga :- Diterima Segala Amal

IKLAN

Firman Allah :
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ

Artinya : “Dialah Allah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan Dia Maha mengampun akan segala kesalahan.” (As-Syura : 25)

Keempat :- Dapat Masuk Syurga

Firman Allah :
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئاً

Artinya : “Maka sesudah mereka (para Nabi) datanglah suatu generasi yang menyia-nyiakan sembahyang dan mengikut hawa nafsu. Mereka itu akan dilemparkan ke dalam kebinasaan. Kecuali orang-orang yang bertaubat di antara mereka dan beriman serta beramal soleh maka mereka itulah orang-orang yang akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” (Maryam : 59-60)

Kelima : Mendapat Rahmat

Firman Allah :

وَالَّذِينَ عَمِلُواْ السَّيِّئَاتِ ثُمَّ تَابُواْ مِن بَعْدِهَا وَآمَنُواْ إِنَّ رَبَّكَ مِن بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

IKLAN

Artinya : “Dan orang-orang yang mengerjakan dosa-dosa kemudian bertaubat sesudahnya dan beriman maka bahawasanya Tuhanmu sungguh Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Al-A’raf : 153)

10 Kelebihan Orang Yang Bertaubat, Ustaz Azhar Kongsi Satu Darinya Mendapat Rezeki Berkat

Keenam : Diganti Keburukkan Dengan Kebaikkan

Firman Allah :

وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاماً يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Artinya : “Dan barang siapa yang melakukan dosa-dosa itu nescaya dia akan menemui pembalasannya. Akan dilipat gandakan azab mereka pada hari kiamat dan mereka akan kekal di dalamnya dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal solih maka mereka itulah orang-orang yang digantikan oleh Allah keburukan-keburukan mereka menjadi kebaikan. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Al-Furqan : 68-70)

Ketujuh : Mendapat Hanya Yang Baik

Firman Allah :

IKLAN

فَإِن يَتُوبُواْ يَكُ خَيْراً لَّهُمْ

Artinya : “Maka jika mereka bertaubat nescaya dapat bagi mereka yang baik-baik” (At-Taubah : 74)

Kedelapan :- Mendapat Pahala Yang Banyak

Firman Allah :

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْراً عَظِيماً

Artinya : “Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh dengan agama Allah serta mengikhlaskan agama mereka untuk Allah maka mereka itulah yang akan bersama dengan orang-orang beriman dan Allah akan memberikan kepada orang yang beriman pahala yang amat besar.” (An-Nisaa’ : 146)

Kesembilan : Mendapat Berkat Rezeki & Kekuatan

Firman Allah :

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلاَ تَتَوَلَّوْاْ مُجْرِمِينَ
Artinya : “Wahai kaumku! Minta ampunlah kepada Tuhan kamu kemudian bertaubatlah kepada-Nya nescaya akan dikirimkan kepada kamu awan dengan membawa air hujan yang lebat dan akan diberikan kekuatan tambahan kepada kamu dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berbuat dosa.” (Hud : 52)

Kesepuluh : Mendapat Doa Malaikat

Firman Allah :

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Artinya : “Para malaikat yang memikul ‘Arsy dan malaikat lain di sekelilingnya sentiasa bertasbih dengan memuji Tuhan mereka dan mereka beriman kepada-Nya dan memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami. Rahmat dan ilmu-Mu maha luas meliputi segala sesuatu. Ampunilah orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari siksa api neraka.” (Ghafir: 7)
wallahua'lam
ustaz azhar idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI