Ads

“Amen Masih Perlukan Ayah” Luahan Rindu PU Amin Sentuh Hati Netizen

Pencetus Ummah, PU Amin baru-baru ini telah menarik perhatian ramai menerusi satu hantaran yang sangat menyentuh hati melalui Instagramnya. 

Dalam hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah ayahnya, Mohamad Amir, yang telah tiga tahun meninggalkan mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian tersebut, PU Amin atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Mohamad, dilihat memuat naik gambar dirinya bersama arwah ayahnya sambil memegang kek hari jadi dan hadiah. 

BACA JUGA: Ibu Ayah Maut Dalam Perjalanan Ke Konvokesyen UMK, Husna Syakira Terkilan Tak Sempat Raikan Kejayaan Bersama

Dalam kapsyen yang menyentuh hati itu, beliau menceritakan tentang perasaan kehilangan yang sangat dirasai.

Rindu PU Amin yang Mendalam

“Terima kasih ayah sebab jaga Amen sampai umur 33 tahun. Hari ni 11.11 ayah, Amen dah pun 36 tahun. 

3 tahun ni, Amen hidup tanpa ayah, 3 tahun yang berat. Banyak benda nak buat, nak rancang tapi tak ada orang nak bagi jalan,” tulis PU Amin.

Kapsyen tersebut jelas menggambarkan betapa besar pengaruh arwah ayahnya dalam hidup beliau. Arwah bukan sekadar seorang ayah, malah sebagai seorang guru, penasihat dan penyokong terbesar dalam hidup PU Amin.

Ads

“Kadang Amen cakap sorang sorang macam ayah depan Amen. Banyak Allah bagi 3 tahun ni amen nak kongsi dengan ayah, sebab ayah selalu jadi orang pertama yang akan tahu apa amen bawa balik.”

Kenangan Manis & Rasa Tanggungjawab

PU Amin juga mengenang kembali kenangan-kenangan manis bersama arwah ayahnya, terutamanya saat-saat selepas mendapat gaji bulanan. 

“Tiap kali gaji, ayah jadi orang pertama Amen suapkan makanan yang A90ok,[men beli dari gaji bulan bulan.”

Namun, di sebalik kenangan manis itu, terselit rasa tanggungjawab dan penyesalan kerana belum sempat membalas jasa arwah ayahnya sepenuhnya. 

Ads

“Ayah terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab jaga Amen sampai Amen besar. Belum sempat Amen balas semuanya.”

Doa & Harapan

Walaupun menanggung rindu yang mendalam, PU Amin kelihatan reda dengan pemergian ayahnya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah di alam barzakh. 

“Amen reda, ayah. Tapi, amen masih perlukan ayah. Di hari yang istimewa ini, Amen doakan ayah Aman dan selamat di alam baqa’,”.

Beliau juga tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah ayahnya dan mengamalkan doa-doa tertentu sebagai tanda ingat dan rindu.

Ads

“Amen selalu pergi kubur ayah. Doa hari hari Amen baca. Itulah cara untuk legakan rindu yang tak pernah padam ni. Kita jumpa nanti ayah. Amen tak lupa ayah.”

Perkongsian PU Amin ini rata-rata dibanjiri dengan ucapan takziah, kata-kata semangat dan doa daripada pengikutnya di Instagram. 

PU Amin

"Amen Masih Perlukan Ayah" Luahan Rindu PU Amin Sentuh Hati Netizen

Ramai yang turut bersimpati dengan beliau dan berkongsi pengalaman kehilangan orang yang tersayang. Semoga arwah Mohamad Amir ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

PU Amin atau Mohamad Amirul Amin Mohamad ini mula dikenali ramai apabila beliau menyertai program realiti dakwah popular, “Pencetus Ummah” musim pertama pada tahun 2013.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Lewis Hamilton

Bintang F1, Lewis Hamilton Lawat Pintu Sempadan Gaza

Lewis Hamilton melawat sempadan Rafah di Mesir bagi meninjau operasi bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Tindakan mulia bintang F1 ini raih perhatian.