Ads

Ibu Ayah Maut Dalam Perjalanan Ke Konvokesyen UMK, Husna Syakira Terkilan Tak Sempat Raikan Kejayaan Bersama

Konvokesyen UMK

Hari yang sepatutnya menjadi hari paling manis dalam hidup seorang anak iaitu hari di mana penat lelah bertahun-tahun di menara gading berbalas dengan segulung ijazah di Konvokesyen UMK tiba-tiba meruap menjadi awan hitam yang sarat dengan air mata.

Bagi Husna Syakira Abd Halim, 23, graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kegembiraan menyarung jubah konvokesyen terpaksa ditelan bersama kepiluan yang amat berat. 

Kedua-dua insan terpenting dalam hidupnya iaitu ibu dan ayah tersayang pulang ke negeri abadi sebelum sempat melihat anak perempuan mereka melangkah naik ke pentas kejayaan ketika Istiadat Konvokesyen UMK. 

BACA JUGA: Usia 53 Tahun Bukan Penghalang! Datuk Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI

Panggilan Video 20 Minit Sebelum Pengakhiran Segalanya, Tidak Sempat hadir Ke Konvokesyen UMK

“Muka mak bercahaya dan bersinar, mereka gelak-gelak. Itu kali terakhir saya hubungi mereka.” kata Husna Syakira Abd Halim.

Segala persiapan telah rapi. Ayah, Allahyarham Abd Halim Bakar, 64, sudah membeli kamera digital baharu semata-mata mahu merakam setiap detik indah anak tercinta menerima ijazah. 

Ibu, Allahyarhamah Siti Sarah Abd Rahman, 58, pula sibuk menyiap dan membelikan baju serta kasut baharu buat Husna.

Ads

Namun, takdir Allah SWT menetapkan segalanya lebih awal daripada perancangan manusia.

Kira-kira 20 minit sebelum kemalangan meragut nyawa mereka, abang Husna, Muhammad Syazwan Hakimi, 28, sempat membuat panggilan video dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa.

Menerusi skrin telefon itulah, Husna sempat merakamkan wajah ibunya yang kelihatan berseri-seri, gembira dan tidak sabar untuk bersua muka di lokasi konvokesyen. 

Gelak tawa dan senyuman riang kedua-dua orang tua itu kini menjadi kenangan paling suci yang terpahat abadi di hatinya.

Ads

Ujian Berat, Kasih Yang Tak Bertepi

Dalam kejadian mengayat hati di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak itu, kenderaan yang dinaiki ibu bapa Husna terbabit dalam nahas dengan sebuah bas persiaran. Abang mereka turut parah dan dirawat di hospital.

Menatap baju baharu yang dibelikan ibu, melihat kamera digital ayah yang kini rosak dan berlumuran kesan darah, luluh hati mana-mana anak yang memandangnya. 

Kasih dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah-payah demi melihat kejayaan anak kini bertukar menjadi memori sunyi.

Namun, di sebalik ujian berat ini, terselit hikmah tentang indahnya sebuah reda dan pengorbanan kasih sayang keluarga. 

Ads

Jenazah kedua-dua Allahyarham selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid As Syakirin, Singkir Laut. 

Pihak UMK turut hadir menyalurkan sokongan moral dan bantuan kebajikan bagi meringankan beban keluarga ini.

Kisah Husna ini menyentap hati kita tentang hakikat sebuah kehilangan. Kita sering merancang masa depan yang sempurna, lupa bahawa masa pinjaman di dunia ini sangatlah singkat.

Selagi ibu bapa masih ada, cium tangan mereka, tatap wajah mereka dengan penuh kasih dan senangkan hati mereka.

Ujian besar datang kepada hamba yang kuat. Semoga Allah SWT menempatkan arwah ibu dan ayah Husna dalam kalangan para syuhada dan orang-orang yang soleh serta mengurniakan ketabahan yang luar biasa buat Husna sekeluarga.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Wakaf Pahang: RM5 Sebulan Buka Peluang Hebat Rebut Pahala Jariah

Wakaf RM5 sebulan pun bermakna, Pahang ajak umat Islam rebut pahala jariah. Tidak perlu menunggu kaya atau memiliki harta yang banyak untuk melakukan amal...