Ads

Haji Ahmad De La Temala Cipta Sejarah Gelar Juara Dunia Memanah

Haji Ahmad De La Temala

Siapa sangka, bermula sekadar minat mendalam dan pernah membeli busur terpakai secara atas talian, seorang pesara kerajaan akhirnya melakar sejarah manis apabila secara rasminya ditabalkan sebagai Juara Dunia dalam acara memanah tradisional.

Kisah ini dibuktikan oleh bekas pesara fisioterapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahmad Harun, 56, yang lebih mesra disapa sebagai Haji Ahmad De La Temala. 

BACA JUGA: Wakaf Pahang: RM5 Sebulan Buka Peluang Hebat Rebut Pahala Jariah

Kecenderungan dan hobi yang dipupuk sejak 10 tahun lalu kini membuahkan hasil luar biasa buat anak jati Kampung Temala Hilir, Terengganu ini.

Haji Ahmad De La Temala Terbang Tinggi Ke Korea Selatan

Haji Ahmad merangkul pingat emas menerusi acara Puta 70 Meter pada Kejohanan 2026 Korea Ulsan World Traditional Archery Championship yang berlangsung di Ulsan, Korea Selatan baru-baru ini. 

Ads

Kejayaan itu dirangkul beliau selepas menewaskan pesaing sengit dari Mongolia, Ganzorig Bat-Erdene pada aksi final.

“Minat saya bermula kira-kira 10 tahun lalu apabila membeli busur secara online sebelum mencari rakan-rakan yang berkongsi minat sama. 

Daripada situ, minat semakin berkembang sehingga menyertai pelbagai pertandingan dan pernah bergelar juara di peringkat negeri serta kebangsaan.

Ads

Alhamdulillah, percubaan ketiga saya menyertai pertandingan di luar negara akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang pingat emas,” katanya.

Berkat Disiplin & Latihan Konsisten

Jelasnya lagi, kejayaan itu bukanlah hadir secara bergolek. Beliau mula menjalani latihan intensif sejak awal tahun ini selepas terpilih mewakili negara ke Sukan World Nomad Games di Kazakhstan pada September 2026, sebelum meneruskan momentum ke kejohanan antarabangsa di Korea Selatan.

Kini menetap di Kampung Rusila, Marang, perjalanan Haji Ahmad menjadi bukti nyata bahawa faktor umur bukannya batu penghalang untuk seseorang mengejar impian dan terus bersinar.

Ads

Menghidupkan sukan sunnah dengan tekun, disiplin dan pengorbanan masa ternyata membawa keberkatan tersendiri. Semoga kejayaan Haji Ahmad De La Temala ini terus menjadi pembakar semangat buat komuniti dan generasi muda di luar sana.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Sumber: TRDI

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

PPZ-MAIWP Salur RM70,000, Inisiatif Murni Hargai Warga Media

PPZ-MAIWP salur RM70,000 kepada 14 badan kebajikan dan surau media, selain menyampaikan bantuan zakat kepada empat warga media sempena majlis apresiasi.