Tatkala ditanya sama ada pernah atau tidak dia kesal dengan kehidupan sebelum ini? Agak lama Shamsul Ghau Ghau atau lebih mesra dipanggil Paksu terdiam. Dengan menghela nafas panjang, dia menjawab, “Sebab itulah Allah sediakan pintu taubat. Allah cipta malaikat yang tak pernah buat dosa langsung, buat pahala je. Allah cipta syaitan/iblis, dia buat dosa sahaja, pahala langsung tak buat. Dan Allah cipta manusia, kadang-kadang dia buat dosa, kadang-kadang dia buat pahala.
“Ya, tentulah saya rasa kesal dengan kehidupan saya sebelum ini. Sebab kita nak sesuatu yang kekal abadi iaitu syurga Allah. Bila rasa kesal itu datang, saya akan solat, istighfar, bertaubat dan minta ampun pada Allah. Minta maaflah dengan Allah bersungguh-sungguh. Menangislah.”
JIKA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH MASA LALU, APAKAH YANG PAKSU INGIN UBAH?
Kalaulah saya boleh mengubah masa pastinya saya akan belajar agama. Dulu tak de kelas tahfiz. Kalau ada pun sekolah pondok je. Lagi pun dahulu ibu bapa lebih tekankan tentang ilmu dunia. Saya ambil kata-kata Syamsul Yusof Haslam, dia pernah berkata, “Kalau masa boleh di ‘u-turn’ dia nak jadi imam. Kenapa nak jadi imam sebab bila jadi imam dia akan baca al-Quran. Bila baca al-Quran dia boleh hafal al-Quran dan lebih menjiwai al-Quran. Jadi andai dapat saya undurkan semula masa yang telah berlalu, saya nak belajar al-Quran secara detail. Saya nak belajar tentang al-Quran secara betul. Mungkin nama saya akan jadi Shamsul Azhar Al-Hafiz barangkali (sambil tersenyum).
PAKSU GEMAR ‘RIDE’ DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI BERSAMA RAKAN-RAKAN. ADAKAH IA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU MEDIUM UNTUK PAKSU MENJALANKAN MISI DAKWAH?
Orang yang stres bila dia ‘ride’, dia akan rasa bebas. Bila lama-lama ia jadi hobi. Selalu orang pergi ‘ride’ biasa dipanggil ‘breakfast ride’ namun bila dah masuk bidang dakwah, tak kan kita nak buat perkara yang sama. Maka daripada ‘breakfast ride’ kita tukar jadi ‘dhuha ride’. Memang kita nak sarapan tapi dalam masa yang sama kita buat solat dhuha. Bila kita hijrah, hobi ‘ride’ pun kita tukar ikut kesesuaian. Jadi kita ubah jadi ‘ride to masjid.’Kita didik masyarakat kita untuk baca doa sebelum mulakan perjalanan. Di kawasan tempat tinggal kami, ada komuniti bikers yang dikenali sebagai ‘Jemaah Bikers.’ Komuniti ini lebih kepada Islamik. Secara tidak langsung melalui program begini program dakwah dapat disampaikan secara mudah kerana sesungguhnya Islam itu mudah.
Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001. Saya rasa sebak sangat. Sedih hingga tidak mampu menahan air mata daripada mengalir. Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?
Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan. Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Alhamdulillah pada 2004 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid. Walaupun diberikan jalan namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian, masa untuk ke masjid terbatas.
Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya. Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan. Ketika itu hati saya sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhi untuk mengaji semula serta mendalami agama.
Ads
NASIHAT KEPADA GOLONGAN YANG INGIN BERHIJRAH/BERUBAH?
Untuk berubah, penuhi tuntutan daripada Allah. Bagi wanita, tutup aurat sebaik yang mungkin. Yang kedua, pelajari ilmu, cari ilmu. Kita yang kena cari ilmu kerana ilmu tidak akan datang mencari kita. Carilah guru yang memang ada ilmu. Bergurulah dengan guru yang betul agar dapat membimbing kita ke jalan yang diredai.
Sebelum ini ramai yang melabel mereka yang terbabit dalam dunia seni ini kebanyakan jenis yang tidak begitu mementingkan amal ibadah terutamanya bab solat.
Ini adalah kerana melihat cara bekerja mereka yang 24 jam di lokasi penggambaran dan tidak tahu siapa yang bersikap jujur menyempurnakan Rukun Islam kedua ini.
Namun janganlah kita melabel mereka (pelakon termasuk krew) bersikap tidak ambil peduli soal solat.
Sebaliknya mereka juga adalah hamba Allah yang berlumba-lumba untuk mengumpul pahala selain mengerjakakan amalan wajib ini.
Dalam perkongsian di laman Instagram pelakon dan juga pengarah Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya diberi peluang untuk bersolat secara berjemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set penggambaran.
Menurut pengarah tersohor ini, ini adalah pertama kali merasai pengalaman seperti itu dan sangat berterima kasih kepada Uqasha Senrose kerana merealisasikan perkara tersebut.
Malah dia turut memberi ingatan kepada masyarakat di luar sana agar tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal solat terutamanya membabitkan selebriti dan krew di sebalik tabir.
faizal_tahir Leading the way. May Allah be pleased with all of you. Amiin
neelofa Love this !! Semoga Allah bagi lebih byk lagi keberkatan utk set u all . Dimudahkan kerja semua orang di set dan juga dapat buahkan hasil yang baik dan berkat
naj4952 Bagus mike. Sebarkan islam melalui teladan.
hidup_mesti_terus Alhamdulillah..teruskan amalan ini..moga menjadi titik tolak kepada asbab ke syurga kelak.
Sebelum ini produksi JS Picture juga turut pernah muat naik video krew sedang solat berjemaah bersama-sama.
Satu contoh yang baik, menerusi muat naik IG story pengarah dan penerbit Sheila Rusly memaparkan krew produksi dan para pelakon memberhentikan seketika pengambaran bagi menunaikan solat secara berjemaah.
Bukan sahaja kejayaan drama jadi keutamaan, dilihat produksi JS Picture amat menitik beratkan soal solat walau sesibuk mana pun pengambaran ketika itu.
Tidak dinafikan jika mempunyai seorang ketua yang bagus mesti anak buah akan ikut, berperanan bukan sahaja sebagai penerbit dan pengarah, Jinggo mengambil peluang untuk mengimamkan solat.
Situasi ini membuktikan kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa tidak kenal pasangan bahagia Noh Hujan dan isteri tercinta Mizz Nina. Keduanya anak seni ternama dan membina kemasyhuran dalam industri hiburan tanahair. Selepas berkahwin, keduanya memilih jalan di redhai Allah taala termasuk mengubah semua penampilan mereka sebelum termasuk cara berpakaian ke arah kebaikan
Sekali pun rumahtangga pasangan bahagia ini sudah memasuki usia 10 tahun, Noh atau nama sebenarnya Mohamad Noh bin Salleh, 36 dan isteri sentiasa redha dengan ujian Allah taala walau belum dikurniakan rezeki untuk memiliki anak dan menyerahkan kepada Allah akan rezeki tersebut.
Lebih menarik, keduanya sering menjadi idola di kalangan peminat mereka kerana keduanya sentiasa menjaga rumahtangga sebaik mungkin tanpa sebarang kontroversi dan diangkat sebagai ikonik islamik kerana sikap dan peribadi mereka sangat terpuji termasuk banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan hingga ke luar negara termasuk dalam isu Palestin dan Syria.
.
Malah Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman saat ditanya tentang kejayaan pernah dicapaikan berkata, kejayaan seseorang itu adalah akhiratnya. Kerana di situlah semua akan berkumpul sama ada menuju ke syurga Allah atau ke neraka kerana perbuatan baik dan buruk semasa hidup di dunia.
Di sebalik penampilan sentiasa menutup aurat sepenuhnya dan menjaga adab pergaulan, satu perkongsian di instagramnya baru-baru ini menarik perhatian peminat mereka kerana suaminya, Noh Hujan dilihat “seakan mengusik” penampilannya yang cukup menarik itu. Tetapi jelas Mizz Nina memang cantik dengan busana dikenakannya itu ketika keluar jalan makan-makan.
Ketika Mizz Nina menulis “jalan-jalan makan dim sum @yunhouse.kualalumpur الحمد لله Stay safe everyone!, kongsinya.
Selepas dirinya memuat nak gambar tersebut, Noh dilihat membuat usikan manja dengan memuji penampilan isterinya itu dengan menulis, “OMG Sis So Pretty” dan ia dilihat disukai oleh ramai peminat pasangan ini.
Bahkan ada peminat turut “mengusik” Noh dengan menulis “Tahu takpe. buah hati siapa lah tu ??. Bahkan ada yang menulis, “jangan lebih-lebih, bini orang tu”.
Ternyata resepi bahagia itu terletak pada usikan manja suami isteri kerana setiap kata-kata pujian itu memberi bahagia di hati sang isteri. Jadi jangan sesekali kedekut memuji penampilan isteri dan kalau boleh lakukan setjap hari agar mereka tahu, diri mereka sangat dekat di hati suami.
Apa pun semoga rumahtangga pasangan ini kekal bahagia hingga jannah. Sumber gambar:- Instagram Mizznina dan Mohamad Noh Salleh
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan kita tidak dapat pulang ke kampung menjenguk kedua itu bapa.
Hanya telefon melalui pesanan ringkas aplikasi Whatapps jadi penghubung ikatan kekeluargan.
Namun hanya seorang dua ahli keluarga yang boleh berhubung menggunakan panggilan suara atau video ini.
Tetapi bermula 29 April, pengguna WhatsApp boleh menggunakan pangilan video bukan seorang tetapi lapan orang sekaligus.
WhatsApp menerusi sebuah kenyataan memberitahu, fitur ini telah dilancarkan untuk semua pengguna, baik di smartphone Android dan iPhone di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika wabak virus korona menyebabkan WhatsApp meningkatkan keupayaan panggilan video.
Panggilan suara atau video berkumpulan boleh memuatkan sehingga lapan peserta. Fitur ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja pengguna berada.
Untuk menggunakan ciri kumpulan panggilan video agak mudah. Inilah langkahnya:
1. Pastikan aplikasi WhatsApp di telefon yang anda gunakan adalah versi terbaru. Sekiranya tidak, kemas kini aplikasi WhatsApp anda terlebih dahulu.
2. Selanjutnya, pengguna boleh membuat panggilan suara atau video kepada seseorang. Pilih salah satu rakan anda untuk membuat panggilan video sebelum menjemput peserta lain.
3. Kemudian, jika panggilan pertama disambungkan, logo “tambahkan peserta” akan muncul di sudut kanan atas skrin untuk menambahkan lebih banyak peserta ke panggilan video, dengan sehingga lapan orang.Terdapat kaedah mudah untuk membuat panggilan video untuk satu kumpulan sekaligus. Sebagai contoh, Group WhatsApp mempunyai empat atau kurang ahli, jadi semasa membuat panggilan, ia boleh dilakukan secara serentak secara automatik.
Walau bagaimanapun, jika satu kumpulan mempunyai lebih daripada empat ahli, pengguna mesti meningkatkan jumlah peserta satu persatu untuk mencapai maksimum lapan orang.
Walaupun panggilan video kumpulan WhatsApp mampu memuatkan lapan orang, jumlah peserta masih rendah berbanding aplikasi lain.
Contohnya, Google Duo, aplikasi pesanan segera ini telah meningkatkan kapasiti maksimum peserta kumpulan panggilan video dari lapan hingga 12 orang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum agama terbahagi kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Bagaimanapun ada sebahagiannya ditentukan mengikut keadaan semasa. Namun yang paling utama harus kita ingat ialah, didahulukan perkara yang wajib hukumnya kemudian baru dituruti amalan lain mengikut hierarki hukum.