
Ujian berat melanda keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib apabila bonda tersayang, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles Ampang.
Berita duka tersebut dikongsikan sendiri oleh Nizar menerusi laporan daripada Sinar Plus.
Dengan rasa rendah diri, beliau merayu agar sahabat handai, saudara-mara serta seluruh masyarakat bersama-sama menitipkan doa buat kesembuhan bondanya.
BACA JUGA: Zahirah MacWilson Mohon Maaf Isu Agama, Dedah Pengakuan Ikhlas
“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon doa daripada sahabat handai, saudara-mara dan kenalan agar sama-sama mendoakan kesihatan bonda tercinta, Tengku Puteri Zainah, yang sedang menerima rawatan di ICU.
“Keadaan bonda masih kritikal. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan buat bonda,” tulisnya.
Bekas Suami Turut Titip Doa Kesembuhan
Dalam pada itu, melalui akaun Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut berkongsi rasa simpati dan menyampaikan doa khusus buat bekas isterinya.
Menerusi hantaran tersebut, pihak beliau mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan serta memberi kesabaran buat ahli keluarga dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
“Kami menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan yang terbaik buat beliau. Marilah kita bersama-sama menitipkan doa agar beliau diberikan rahmat, perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.”
Untuk rekod, Tengku Puteri Zainah yang berusia 65 tahun merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Najib Razak sebelum ini iaitu Nizar, Putri Norlisa, dan Mohd Nazifuddin.
Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT memberikan ketenangan, menyembuhkan kesakitan Tengku Puteri Zainah, dan mempermudahkan segala urusan rawatan beliau.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

sekarang ya?

