Firman Allah Taala:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
( Surah al-Isra’, 17:32).

Zina tidak hanya melibatkan kemaluan sahaja tapi mulut, mata dan lain-lain anggota.

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

IKLAN

Dari satu perkongsian fb rumah perlindungan Baitus Solehah, Mak Liza berkongsi kisah seorang gadis sanggup berzina kerana mahu membalas dendam dengan ibu ayahnya kerana melahirkannya tanpa ikatan yang sah.

Moga jadi pengajaran buat ibu ayah untuk mengawasi anak-anak gadis dan bujang agar tidak terjebak dalam zina.

Anak Zina Melahirkan Cucu Zina

Dia sanggup berzina kerana merasa marah dengan ibu ayah apabila mendapat tahu dia anak zina. Ketika usia 21 tahun, dia menemui sijil pernikahan ibu ayahnya. Dia melihat tarikh ibu ayahnya bernikah. Dihitung dengan jari, dia dilahirkan 5 bulan dari tarikh pernikahan ibu ayah. Langsung dia bertanya pada ibunya apakah benar dia anak zina?

IKLAN

Ibunya tidak lagi berdaya untuk berbohong, sementelah gadis ini telah pun menemui sijil nikah yang disoroknya selama ini. Memikirkan gadis ini telah berusia 21 tahun, mungkin boleh menerima takdirnya begitu. Ya, gadis itu terpaksa menerima dalam keadaan yang amat kecewa. Lantas dalam keadaan binggung dia pun berkongsi cerita dengan kawan lelaki yang sama tempat kerja.

Di dalam keadaan dia ni bingung dan keliru, kawan lelaki telah ambil kesempatan. Dibelai-belai orang yang sedang berduka menyebabkan mereka langsung terjebak dalam zina. Kali pertama dan kali kedua, gadis ini masih tidak sedar bahawa dia juga telah berzina sama seperti ibu ayahnya dahulu.

Masih dalam keadaan bingung, dia mohon keizinan ibu ayah untuk pulang ke kampung untuk tinggal dengan datuk nenek menemankan mereka sambil mahu mencari ketenangan jiwa.

Masa berlalu, langsung tidak menyedari akan perubahan bentuk tubuh badan kerana tubuhnya yang gempal dan berisi. Dengan keadaan haid yang tidak teratur, dia tidak menyangka apa-apa. Sehinggalah suatu hari dia sakit perut dan dibawa oleh ibu ke klinik untuk pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila sakit dalam perut, seperti ada ketulan keras itu adalah janin manusia. Doktor mengesahkan dia telah hamil 32 minggu bersamaan 8 bulan.

IKLAN

Terpempam wajah ibu ayah, terbayang lintas langsung kejadian 21 tahun lalu. Apa yang mereka telah lakukan, berulang semula ke atas anak mereka. Dan kini anak zina mereka telah melahirkan cucu zina untuk mereka.

Apakah akan lahir lagi seterusnya keturunan zina mereka? Gadis itu turut berduka kerana dia juga telah mengulangi seperti mana asal usul kejadian dirinya. Menyesal atas kata-katanya terhadap ibu suatu ketika dulu ketika marah telah terjadi pada dirinya kini.

Saya yang mendengar kisah ini pun terkesima seketika, tidak boleh berkata apa dan merasa sentap. Gementar hati, takut dengan hukuman Allah. Hanya ratip istigfar yang bergema di dalam hati.

“Maha Suci Allah, bantulah kami, agar dipelihara iman dan keturunan kami dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh MU. Jadikan kami hamba yang taat dan bersyukur kepadaMU.”

Opah Cucu Seribu,
Mak Liza

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI